13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Apa Itu DADAH? Posted: 01 Feb 2001 12:00 AM PST PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badansecara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada 1. Opait 2. Perangsang (stimulants) 3. Penekanan (Depressants) 4. Hallucinogen 5. Ganja (Cannabis) OPAITDadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein,Ganja. PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE) JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH 1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri. 2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. 3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan 4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. 5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. 6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa. 7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah. 8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya. 9. Kerana keporak perandaan rumahtangga. 10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. 11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya. 12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya. 13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai agama. DADAH YANG TERKENAL 1. APA DIA SYABU I.I. Nama panggilan dan nama saintifik SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:- a. ICE b. GLASS c. CRACK METH d. HIROPONG e. BATU (STONES) Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri1.2 Rupa Syabu Di Pasaran 1.3. Bungkusan (Packaging) 1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
3. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU 3.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina. 3.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah. 4. NAMA BRAND DAN GRED SYABU 5. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE] a. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran; b. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang; c. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan d. Bersifat agresif. Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:a. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok); b. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental; c. Keracunan pada sistem saraf tunjang; d. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya; e. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan f. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan