Selasa, 14 Jun 2011

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal | Syafiq Salim

Posted: 26 May 2011 06:51 AM PDT

26
May
2011

Hello people…

Pernah dengar Taman Tamadun Islam ? tak pernah, Sadis ! :)

Pernah dengar Masjid Kristal ?  tak pernah gak, Sadis ! :)

Pernah dengar apa itu DLSR ? kalau tak pernah jugak sila letak tangan di bahu, pandangan ke atas. Dan bermonologlah dalam diri korang, apa nak jadi dengan aku, semua benda tak pernah dengar.

Ok. Sudah² ! Btaw, aku just nak tempek gambar² jerk since mood untuk berblogging kembali menurun. Al-maklumlah malam esok aku dah nak balik UTM, Skudai untuk menjalani latihan PALAPES selama 6 minggu. Lama dowt ! grrr

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Source : wikipedia

Pintu gerbang Taman Tamdun Islam, Terengganu

Adik guwa sebagai model :)

Guwa pose gaya bajet style ! Cam haram jerk !

Nampak besar, tapi kecik jer pun masjid yang tak layak dipanggil Masjid Kristal ni. It should be Surau Kristal !

Snap sambil berjalan, gambar senget cam Si Capik… Weeehuuu  v(^_^)

Front view,ramai yang lepak kat tempat guwa berdiri snap picture ni. Segan pulak :)

Satu²nya monumen yang boleh di snap tanpa perlu masuk ke kawasan monumen. Nampak dari luar. Di sekeliling kawasan monumen ni, ianya dilitupi oleh pokok² yang padat daunnya supaya orang bayar tiket dulu baru boleh snap gambar. Sapa nak bagi free weh !!

Kedai² makan dan cenderamata buat yang tersayang :)

Last post dari adik guwa. Tak banyak sangat gambar² Masjid Kristal yang guwa snap. Mostly gambar posing guwa dengan adik guwa jerk dan sesetengahnya melompat cam beruk ! wakaka :) Btaw, I LOVE THIS PICTURE !

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads