Selasa, 14 Jun 2011

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Pemuda Maut Motosikal Rempuh Van <b>di Dungun</b> - Teganuku..

Posted: 06 Jun 2011 09:18 AM PDT

Seorang pemuda, Che Mat Khamizan Che Habu Hanifah, 21, maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah van di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) pagi kelmarin.

Mangsa dan pembonceng motosikal itu, Mohamad Kusyairie Sutling Mohamad, 22, terbabit dalam nahas kira-kira pukul 6.30 pagi setelah bertembung dengan sebuah van.

Ketika kejadian, mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya selepas selesai minum pagi di sebuah warung di Pekan Paka.

Kejadian dipercayai berlaku apabila van milik sebuah syarikat penerbangan itu dikatakan bergerak melawan arus untuk ke tempat membuat pusingan U sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.

Rakan mangsa dan pemandu van terbabit, Wan Rusdi Wan Jusoh, 39, yang mengalami cedera ringan, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

Ibu mangsa, Faridah Awang, 48, berkata, anaknya baru tamat menjalani kursus untuk bekerja di kawasan Industri Petrokimia di Kerteh.

Menurut Faridah, anaknya itu sebelum ini tidak pernah keluar rumah pada awal pagi dan terkejut apabila diberitahu dia mendapat kemalangan sebelum bergegas ke Hospital Dungun.

"Luluh hati saya sebaik sahaja tiba di Hospital Dungun dimaklumkan anak saya itu telah meninggal dunia," katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kemalangan itu.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah memandangkan pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak kenderaan di atas jalan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads