Sabtu, 30 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 30 Apr 2011 07:31 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Ijazah palsu dalam talian

Posted: 29 Apr 2011 12:22 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dengan harga semurah AS$80 atau kira-kira RM240, seorang penipu sudah boleh membeli segulung ijazah atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) secara dalam talian tanpa perlu mengikuti pengajian yang mengambil masa bertahun atau menyediakan tesis.

Mereka bebas memilih apa saja bidang atau universiti untuk diisi di dalam ijazah palsu itu sebelum menggunakan gelaran doktor untuk memperdaya orang ramai sama ada ketika memohon pekerjaan, menjadi pakar motivasi, menceburi bidang politik, perniagaan atau sekadar berlagak sebagai bijak pandai akademik.

Tidak perlu menunggu lama sehingga mengambil tempoh empat ke lima tahun pengajian, sebalik dengan cara sedemikian ijazah atau PhD yang ditunggu boleh sampai ke tangan selepas tujuh hari pembayaran dilakukan, malah jika mahu menjimatkan masa, pembeli boleh mencetak sendiri sijil yang dibeli itu.

Ditambah sikap orang ramai yang mudah percaya dengan kepetahan seseorang individu bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah orang yang memohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa.


Mendedahkan perkara itu, Pakar Kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, pihaknya menerima aduan antara 40 hingga 50 kes ijazah dan PhD yang diragui ketulenannya sejak 2004.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terima hidayah dalam lif

Posted: 29 Apr 2011 12:22 PM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya berniat terjun bangunan dari tingkat 14 kerana tertekan dengan tindakan suami berhutang RM100,000 daripada along hingga kehidupan saya diganggu setiap hari.

"Ketika itu saya sarat mengandung tujuh bulan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu, tetapi ketika berada di dalam lif hati berdetik supaya Tuhan tunjukkan jalan sebelum terlintas satu cahaya putih dan bisikan menasihati saya pulang ke rumah serta minum air kosong, tidur dan masalah akan selesai," kata mualaf, Nurul Hidayah Abdullah, 40.

Dia yang juga ibu tunggal lima anak itu berkata, selepas itu niat untuk terjun bangunan dilupakan, sebaliknya keajaiban berlaku apabila fikirannya kosong manakala hati tenang sebaik terjaga daripada tidur keesokannya.

"Sejak itu hati bertambah yakin mengenai kebesaran Tuhan kerana sewaktu meminta petunjuk, saya menyebut nama Allah kerana sejak kecil mengetahui sedikit sebanyak mengenai Islam melalui pelajaran di sekolah.


"Selepas yakin dengan jalan yang dipilih saya nekad memeluk Islam walaupun ibu dan ayah serta adik-beradik menentang keras," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 30 Apr 2011 07:14 AM PDT

Kosmo Online


Seludup syabu guna penerbangan domestik

Posted:

Seludup syabu guna penerbangan domestik

Seludup syabu guna penerbangan domestik

30/04/2011 6:25pm

JOHOR BAHARU - Polis berjaya mematahkan cubaan dua lelaki warga Iran menyeludup 4.55 kilogram dadah jenis syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, hari ini berkata kedua-dua lelaki yang menaiki penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang ditahan sebaik tiba di sini pada pukul 4.30 petang.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 27 tahun itu, yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa, ditahan selepas polis menemui dadah tersebut disorok dalam ruang khas sebuah beg troli milik kedua-dua lelaki itu.

Katanya hasil tangkapan itu dilakukan oleh gerakan bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Johor dan Bukit Aman.

"Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM1.2 juta di pasaran tempatan dan boleh dibekalkan kepada 15,000 penagih," katanya pada sidang media di sini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga kereta polis remuk

Posted:

Tiga kereta polis remuk

Tiga kereta polis remuk

30/04/2011 6:25pm

KUALA LUMPUR - Tiga kereta peronda polis rosak dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek pecah rumah yang bertindak nekad untuk meloloskan diri daripada ditahan di Taman Mutiara, Cheras, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata, dalam kejadian 7.30 pagi itu, ketiga-tiga kereta peronda polis cuba menghalang kereta suspek di kawasan perumahan itu selepas lelaki itu dilaporkan cuba memasuki sebuah rumah dua tingkat di taman itu.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan suspek berusia 52 tahun itu selepas dikejar selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan itu, katanya pada sidang media di di sini.

Mohan berkata polis turut menemui pelbagai jenis peralatan dalam kereta suspek antaranya pemutar skru dan tukul yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah.

Katanya kejadian itu bermula apabila sebuah kereta peronda polis dihantar ke Taman Mutiara setelah polis menerima panggilan daripada seorang wanita bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan mencurigakan berada di perkarangan rumahnya.

Katanya suspek yang terkejut dengan kehadiran polis segera melarikan diri dari perkarangan rumah itu dengan menaiki sebuah kereta sebelum anggota polis mengekori kereta tersebut.

Menurutnya anggota polis dalam kereta peronda itu kemudian meminta bantuan dua kereta peronda lain apabila suspek enggan memberhentikan kereta dan cuba melarikan diri dari kawasan taman perumahan itu.

Mohan berkata suspek kemudian melanggar kereta peronda ketika cuba disekat tetapi anggota polis berjaya memberkasnya.

Beliau berkata suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gangguan bekalan air di Wilayah

Posted:

Gangguan bekalan air di Wilayah

Gangguan bekalan air di Wilayah

30/04/2011 1:21pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada 9, 11 dan 12 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata gangguan pada 9 Mei (Isnin) membabitkan kawasan Wilayah Petaling yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya ekoran kerja-kerja pengalihan paip sedia ada bersaiz 600MM dan 200MM di tapak pembangunan Setiawalk, Bandar Puchong Jaya Fasa 1. Kawasan yang terlibat ialah Koi Tropika Puchong, Puchong Indah, Puchong Perdana, Puchong Permai, Puchong Prima, Taman Industri Puchong, Perindustrian Puchong Utama, Tasik Prima, Perindustrian Maju Jaya, Jalan Puchong Batu 13, Puchong Permata, Pusat Bandar Puchong dan Sri Puchong, katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Halem berkata gangguan pada 11 Mei (Rabu) dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya pula membabitkan kawasan Wilayah Sepang iaitu seluruh Taman Putra Perdana dan Taman Nusa Putra.

"Gangguan ini disebabkan kerja-kerja membekal dan memasang injap serta pemasangan dalam zon penyediaan injap keruk," katanya.

Gangguan pada 12 Mei (Khamis) pula membabitkan kawasan Pusat Bandar Puchong dan Perindustrian Pusat Bandar Puchong dalam Wilayah Petaling yang juga bermula dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya berikutan kerja-kerja pengalihan paip sedia ada bersaiz 500MM di Tapak Pembangunan Setiawalk.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut, katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada Pusat Khidmat Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Informasi berhubung perkara itu juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan di laman facebook dengan menaip puspel atau puspel syabas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 30 Apr 2011 03:44 AM PDT

Utusan Online - Utara


Bukit Mertajam dilanda banjir

Posted:

Bukit Mertajam dilanda banjir

Bukit Mertajam dilanda banjir

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
utusanpenang@utusan.com.my


BANJIR kilat melanda kawasan perumahan dan rumah kedai di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam, semalam.


BUKIT MERTAJAM 29 April - Hujan lebat kira-kira empat jam sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan termasuk pusat perniagaan dan taman perumahan sekitar bandar ini dilanda banjir.

Paling teruk terjejas ialah penduduk di Kebun Sireh, Permatang Batu, Taman Desa Damai, Permatang Rawa dan Taman Sri Rambai yang menyaksikan lebih 60 buah rumah ditenggelami air sehingga 1.5 meter.

Jalan Permatang Rambai dan Jalan Desa Damai yang menempatkan deretan premis perniagaan turut dinaiki air sejak pukul 8 pagi, menyebabkan ramai peniaga menanggung kerugian kerana terpaksa menutup premis mereka.

Banjir turut menyebabkan beberapa laluan menuju ke pusat bandar mengalami kesesakan luar biasa pada sebelah pagi terutamanya di persimpangan masuk ke taman-taman perumahan sekitar Taman Desa Damai dan Kebun Sireh.

Bagaimanapun, sehingga pukul 2 petang ini, belum ada penduduk yang dipindahkan ekoran paras air yang mula menampakkan tanda-tanda akan pulih.

Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu, agensi dan jabatan kerajaan termasuk bomba dan polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya berlaku lagi hujan lebat dalam masa terdekat.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, penduduk serta peniaga yang mula sibuk membersihkan rumah dan premis masing-masing yang dipenuhi lumpur.

Penduduk Permatang Batu, Ramli Usman, 58, berkata, banjir kali ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku ekoran hujan lebat luar biasa sejak awal pagi ini.

''Kejadian banjir memang menjadi lumrah setiap kali hujan lebat tetapi kali ini agak luar biasa kerana ia (air bah) melimpah sehingga ke jalan-jalan raya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi penduduk Solok Nangka, Taman Desa Damai, yang hanya mahu dikenali sebagai Khor, 48, pula mendakwa, kejadian banjir kali ini berpunca ekoran kerja-kerja membina rumah pam di kawasan berhampiran yang belum siap sepenuhnya.

''Kerja-kerja tersebut dihentikan sementara sehingga menyebabkan terdapat sistem saliran yang tertutup dengan tanah. Saya percaya jika ia tidak disiapkan secepat mungkin, banjir menjadi lebih buruk jika hujan lebat melanda dalam masa terdekat," katanya.

Kakitangan swasta, Saidin Omar, 57, pula merayu pihak berkuasa supaya segera menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

Posted:

Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

Kerajaan DAP Pulau Pinang diingat martabatkan agama Islam

PULAU PINANG 29 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan supaya terus memantapkan usaha bagi memartabatkan agama Islam di negeri ini dengan menggiatkan dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti.

Harapan itu disuarakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas ketika berucap merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu, Abdul Rahman turut menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya membelanjakan secara berhemah peruntukan yang disediakan untuk hal ehwal Islam yang berjumlah RM33.33 juta bagi tahun ini.

''Hasrat kerajaan negeri dalam mengembangkan syiar Islam juga diteruskan dengan pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang mana pelaksanaan projek ini diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan peruntukan RM36 juta.

''Saya sendiri sudah mendapat taklimat daripada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung reka bentuk kompleks ini. Tawaran tender bagi projek ini akan dibuka pada Jun 2011 dan surat tawaran kepada kontraktor terpilih serta majlis pecah tanah dijadualkan Oktober 2011," katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Farizan Darus, barisan exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari barisan penyokong serta pembangkang dan ketua agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, faktor paling penting dalam kejayaan negeri ini mencatatkan pelaburan berjumlah RM12.2 bilion pada tahun lalu yang merupakan tertinggi di antara negeri di Malaysia adalah kerana sumber manusianya.

''Sumber manusia iaitu daya kepakaran, daya tenaga dan daya usahasama sama rakyat Pulau Pinang adalah tarikan utama kepada pelabur.

''Selain disebabkan faktor lain seperti kemudahan infrastruktur dan komunikasi yang baik, urus tadbir yang baik dan pentadbiran yang bersih dan amalan CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kerajaan Persekutuan telah memberikan pelbagai geran untuk dilaksanakan di negeri ini.

Kata beliau, ia termasuklah geran berjumlah RM1.2 bilion bagi pelaksanaan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang yang akan dilaksanakan Satikat China International Water & Electric Corporation (M) Sdn. Bhd. bagi menjamin bekalan air mencukupi kepada penduduk negeri ini.

Selain itu, kata Abdul Rahman, sebuah lagi agensi Kerajaan Pusat iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM236 juta pada tahun ini bagi melaksanakan 230 projek merangkumi projek bekalan elektrik sedia ada serta memperkukuhkan sistem bekalan sedia ada.

''Kerajaan negeri berterima kasih kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana meluluskan semula peruntukan asal berjumlah RM57 juta bagi pelaksanaan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Dalam Kawasan Perindustrian Perai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

''Sehingga 28 Mac lalu, projek ini mencapai kemajuan sebanyak 64.79 peratus dan dijangka siap 14 Ogos 2011," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

Posted:

Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

Dua ADUN lewat duduk di kerusi awam

PULAU PINANG 29 April - Gara-gara terlewat masuk ke dalam dewan semasa Majlis Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini, dua wakil rakyat pembangkang terpaksa 'duduk' menumpang di bahagian galeri awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan ADUN Sungai Bakap, Makhtar Shapee yang masuk selang beberapa minit antara satu sama lain dilihat duduk di bahagian tersebut yang menempatkan golongan pemerhati dan wartawan sebaik menyedari majlis telah bermula.

Ketika itu, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas sedang berucap merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Sidang DUN Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, sebaik membuka pintu dewan untuk masuk, kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan teragak-agak. Gelagat mereka ini menyebabkan beberapa wakil rakyat lain yang berada dalam dewan tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 30 Apr 2011 03:36 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Posted:

Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan dan Idris Haron serta sebahagian daripada kontraktor melaungkan '1Malaysia' selepas majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 29 April - Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) dinasihatkan supaya tidak menjual ataupun menyewa rumah mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan melalui bantuan perumahan yang disediakan kerajaan itu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap segelintir pemilik RMR di negeri ini yang didapati menyalahgunakan 'hadiah kerajaan' itu kerana ia bertentangan dengan objektif dan hasrat pelaksanaannya.

''Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bukan semua pemilik yang berbuat demikian, seperti kata pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

''Mereka tidak sepatutnya menjual atau menyewa rumah mereka kerana tujuan utama RMR diwujudkan adalah berasaskan keperluan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri," katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Sembilan di Dewan Besar, Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Prof. Dr. Kamarul Rashdan Salleh.

Jelas Mohamad, meskipun pemilik RMR perlu membayar RM150 sebulan, tetapi rumah berkenaan boleh dianggap hadiah kerana kerajaan telah memperuntukkan subsidi 30 peratus terhadap setiap rumah RMR yang dibina.

''Tidak ada kerajaan dalam dunia yang memberikan kemudahan sebegini, oleh itu, saya harap pemilik RMR menghargai pemberian ini dengan mendiami rumah yang telah dibangunkan oleh SPNB melalui amanah kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut memberitahu, SPNB telah meluluskan pembinaan 90 lagi buah rumah jenis RMR untuk dibina di sekitar negeri ini sepanjang 2011.

''Hari ini, kita telah menyerahkan sebanyak 90 inden kerja kepada kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja pembinaan rumah RMR yang bernilai hampir RM5.8 juta bagi Negeri Sembilan pada tahun ini.

''Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 179 permohonan RMR pada 2010 yang telah diluluskan oleh SPNB untuk dibina di negeri ini bagi tahun ini," katanya,

Sementara itu, Mohamad menambah, sehingga Mac tahun ini, SPNB telah menerima permohonan sebanyak 4,260 dan telah meluluskan hampir 1,782 permohonan pembinaan RMR di negeri ini melalui peruntukan sebanyak RM110.9 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

Posted:

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

MELAKA 29 April - Mana-mana syarikat kontraktor yang didapati menjalankan kerja tanpa mengikut undang-undang sedia ada akan disenaraihitam dari mendapat sebarang projek pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang cuba merosakkan produk-produk sejarah di negeri ini terutamanya pokok-pokok yang berusia ratusan tahun.

Beliau yang nyata berang dengan perbuatan itu juga telah mengarahkan penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri meneliti undang-undang sedia ada bagi menghukum kontraktor berkenaan.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi kebenaran kepada kontraktor untuk menebang pokok. Saya minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil tindakan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1972 kepada kontraktor terbabit kerana menebang pokok-pokok itu tanpa kebenaran.

"Kontraktor berkenaan juga akan disenaraihitam selain tidak boleh mendapatkan sebarang projek di Melaka bagi memberi pengajaran kepada kontraktor lain," katanya kepada pemberita di sini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan mengenai tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Parameswara dan Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini yang menebang beberapa batang pokok berusia ratusan yang mempunyai nilai sejarah di tapak projek berkenaan.

Kesemua pokok ratusan tahun itu terletak di Zon Penampan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

Posted:

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang


Mohammed Najeeb Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM2,500 kepada Kamalul Arifin Abu Kasim sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di Ampangan, kelmarin.


SEREMBAN 29 April - Golongan kurang bernasib baik dari pertubuhan anak yatim tidak seharusnya dipinggirkan, malah perlu diberikan perhatian bagi menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, semua pihak terutamanya sektor korporat diharap sedia menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan, pelbagai pertubuhan anak yatim mampu melahirkan generasi yang cemerlang memandangkan komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan melalui Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan di sini.

''Saya amat berbangga kerana pertubuhan ini telah berjaya ditadbir dengan baik, malahan mampu melahirkan seramai lima orang penghuni sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

''Oleh itu, seharusnya kita turut serta membantu memberikan sedikit kemudahan serta bantuan untuk meningkatkan semangat mereka dalam meningkatkan mutu pelajaran," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada program jalinan mahabbah di bangunan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan dekat sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, Mohammed Najeeb turut menyampaikan replika cek berjumlah RM2,500 kepada pengasasnya, Kamalul Arifin Abu Kasim untuk menampung kos pentadbiran pertubuhan tersebut.

Seramai 32 penghuni berumur dari tiga hingga 16 tahun turut menerima cenderamata serta barang keperluan persekolahan.

Seorang penghuni, Normaznah Shamsudin, 16, merupakan anak yatim piatu yang menetap lebih tujuh tahun lalu merasa amat terharu dengan bantuan yang diberikan.

''Saya berterima kasih dengan bantuan yang diberikan malahan sedikit pun tidak rasa dipinggirkan oleh golongan yang lebih bernasib baik," katanya.

Rakannya, Nordiana Morter, 16, berkata, dia tidak akan lupa jasa baik yang diberikan oleh mana-mana pihak serta berjanji membantu insan memerlukan selepas dia berjaya kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 30 Apr 2011 03:33 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Tiga kereta polis remuk dilanggar kenderaan suspek

Posted: 30 Apr 2011 02:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Tiga kereta peronda polis rosak dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek pecah rumah yang bertindak nekad untuk meloloskan diri daripada ditahan di Taman Mutiara, Cheras, dekat sini, hari ini.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar Panama

Posted: 30 Apr 2011 02:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]WASHINGTON: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Panama awal hari ini, kata kerajaan Amerika Syarikat.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 30 Apr 2011 03:23 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

Posted:

Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

Syarikat PKS diberi kelonggaran mohon permit

PUTRAJAYA 29 April - Kerajaan akan memberi kelonggaran kepada syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memohon permit dan lesen perniagaan bagi memperluaskan pasaran masing-masing di peringkat tempatan dan global.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPKK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengelakkan syarikat-syarikat PKS daripada terlibat dengan unsur berkaitan rasuah.

Menurut beliau, komitmen itu juga setara dengan analisis Bank Dunia yang menyebut bahawa lebih banyak lagi permit dan lesen diperlukan oleh syarikat-syarikat PKS untuk menjalankan perniagaan.

"Oleh itu MPKK menetapkan bahawa satu langkah radikal perlu diambil untuk melonggarkan keperluan permit secara menyeluruh. Tanggungjawab mengkaji semula perkara ini akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

"Ini kerana beliau merupakan Pengerusi Pasukan Petugas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) sekali gus membolehkan beliau berurusan dengan sektor swasta. KSN merupakan individu terbaik untuk melakukannya dan seterusnya memberi cadangan kepada kerajaan," katanya.

Turut menyertai mesyuarat selama hampir dua jam itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Najib berkata, MPKK juga memutuskan bahawa sesuatu mesti dilakukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk menaikkan tahap produktiviti barangan dan perkhidmatan PKS sehingga 100 peratus berbanding sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hargai kecekapan SPRM – Najib

Posted:

Hargai kecekapan SPRM – Najib

Hargai kecekapan SPRM – Najib

PUTRAJAYA 29 April – Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesalah rasuah yang mencatat tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan jenayah itu harus dihargai oleh rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan jenayah rasuah termasuk mengatasi masalah pengaliran wang keluar secara 'gelap'.

"SPRM telah diberi begitu banyak kuasa oleh kerajaan dan mereka telah mengambil langkah- langkah seperti yang dibentangkan dalam laporan di Parlimen (semalam).

"Kita dah kata untuk kurangkan rasuah ialah salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan. Antaranya seperti yang sedang kita lakukan di bawah deklarasi import eksport.

"Ini semua langkah-langkah positif yang terus diambil kerajaan termasuk beberapa kes berprofil tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Seramai 944 pesalah rasuah ditahan oleh SPRM tahun lepas iaitu jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

Malah, lebih ramai pemberi rasuah berjaya ditahan berbanding penerima sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kukuhkan etika kewartawanan

Posted:

Kukuhkan etika kewartawanan

Kukuhkan etika kewartawanan

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara dalam masa terdekat bagi mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, majlis itu merupakan manifestasi perkongsian tulen di antara kerajaan dengan para pengamal media tempatan.

Katanya, penubuhan majlis itu tidak sesekali akan mengongkong kebebasan media yang dinikmati sekarang tetapi akan terus mempromosikan hak tersebut dengan lebih hebat.

"Tetapi kebebasan itu tentulah berbumbungkan perundangan dan berlantaikan peraturan yang kita anuti bersama.

"Penubuhan majlis itu juga nanti dapat mengukuhkan pengamalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media," katanya ketika berucap merasmikan Malam Wartawan Malaysia 2011 di sini malam ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya.

Sementara itu, kata Rais, para pengamal media diingatkan supaya tidak sesekali menggadaikan prinsip kewartawanan kerana mereka mempunyai peranan mulia dalam meneliti persekitaran mereka, mengumpul dan menerbitkan maklumat yang diperoleh.

"Para wartawan tulen tidak akan membenarkan diri mereka terperangkap dalam budaya menyebar fitnah dan dusta seperti yang cenderung dilakukan oleh sesetengah penulis blog," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 30 Apr 2011 03:08 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Gerak hati ayah penyelamat nyawa

Posted: 29 Apr 2011 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang tergerak hati keluar lewat 15 minit daripada kebiasaan untuk menghantar anaknya ke kelas al-Quran terselamat daripada dihempap tiang elektrik di hadapan rumahnya di Jalan J/15 Taman Melawati, di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Azahaan Abdullah, 50, berkata dia kebiasaannya keluar awal, tetapi disebabkan tidak sedap hati, dia melewatkan perjalanan dan bersyukur tindakan itu menyelamatkan nyawanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, tiang kabel menyalurkan bekalan elektrik ke Depot Rapid Kuala Lumpur (Rapid KL) Taman Melawati di hadapan rumah Mohd Azahaan tumbang dan menghempap empat kereta hingga mengalami kerosakan dianggarkan lebih RM50,000.

Mohd Azahaan berkata, tiang berkenaan yang diikat pada tiang utama dengan menggunakan dawai kecil itu berbahaya sejak diletakkan di kawasan perumahan itu dan dia pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan diambil.


"Nasib baik, kejadian pagi tadi (semalam) tidak mengorbankan nyawa sesiapa kerana ketika kejadian bukan sahaja saya ingin keluar untuk menghantar anak ke kelas mengaji, tetapi jiran saya berada di perkarangan rumah untuk ke keretanya yang terletak di luar," katanya ketika ditemui, semalam.


Jirannya, Daniel Ng Chung Tern, 26 turut menjadi mangsa apabila keretanya rosak teruk akibat dihempap tiang yang tumbang itu.

Lebih membahayakan, wayar kabel jatuh di hadapan deretan rumah di Jalan J/15 terbabit.


"Saya menganggarkan kerosakan kereta saya membabitkan kerugian lebih RM10,000. Nasib baik kabel itu tidak menghempap ibu saya yang baru keluar untuk ke tempat kerja," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati selain pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sementara itu, jurucakap TNB ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi selepas menyiasat kejadian terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik rumah perlu guna Roro berdaftar

Posted: 29 Apr 2011 11:12 AM PDT

AMPANG: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menasihatkan penduduk yang ingin melakukan kerja pengubahsuaian rumah supaya mengupah syarikat mengangkut sisa buangan bahan binaan yang mempunyai tong sampah besar atau Roll-On-Roll-Off (Roro) berdaftar secara sah.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob, berkata pemilik rumah dan pengusaha syarikat pengubahsuaian sepatutnya menggunakan perkhidmatan Roro disediakan MPAJ dan bukan daripada syarikat pengangkutan sisa buangan bahan binaan yang tidak mempunyai permit.


"Kami mendapati, hal ini juga berlaku disebabkan pemilik rumah dan pengusaha syarikat itu sendiri tidak memohon permit melakukan kerja pengubahsuaian rumah di MPAJ sedangkan mengikut peraturan mereka wajib membuat begitu.

"Justeru, mereka memilih syarikat pengangkutan yang membekalkan Roro itu secara haram. Perkara ini menyebabkan sisa buangan bahan binaan dibuang di merata tempat dan mengakibatkan pencemaran," katanya.


Mohammad berkata, penduduk boleh menyewa Roro itu di MPAJ dengan harga RM250 bagi memastikan sampah dan sisa buangan bahan binaan dapat diselenggara serta dibuang ke tempat disediakan.


Upah mengangkut yang jauh lebih murah iaitu RM100 dikenal pasti menjadi faktor penduduk memilih syarikat pengangkutan terbabit.

Katanya, MPAJ hanya boleh melakukan tangkapan ke atas pelaku atau pekerja syarikat terbabit sekiranya mereka melakukan kerja itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 30 Apr 2011 01:38 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


‘Bob usah hipokrit, riak’

Posted: 29 Apr 2011 12:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak," kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap 'menyerang' dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

"Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


"Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


"Kita pernah sama-sama 'cari makan' dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi," katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ruang solat kecoh

Posted: 29 Apr 2011 12:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.

Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.


Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.

Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.


Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.


Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.


Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu 'bertegang urat' dengan polis.

Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.


Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.


Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.


Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.


"Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.


"Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku," katanya.


Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: "Dia (Eskay) bagi pihak (semua)." Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 30 Apr 2011 01:38 AM PDT

Utusan Online - Timur


Jenayah seksual remaja serius

Posted:

Jenayah seksual remaja serius

Jenayah seksual remaja serius

YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 April – Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian serius dan membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dilaporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada di antara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 13 hingga 17 tahun telah ditahan.

Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol dilaporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

"Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini, bermula 12 April apabila terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita bimbang ketujuh-tujuh melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini?," soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azham berkata, kesemua remaja terlibat melakukannya secara suka sama suka, namun ia tetap diklasifikasikan sebagai rogol kerana mereka masih di bawah umur.

Difahamkan, terdapat pasangan dari sekolah sama dan ada dari sekolah berlainan dengan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hamil tujuh bulan semasa laporan dibuat.

Ada di antara mereka mengakui terpengaruh setelah menonton video seks daripada telefon bimbit kawan, Internet atau media.

Menurut Azham, walaupun

jumlah kes rogol yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu lebih tinggi iaitu 38 kes, namun rekod masih menunjukkan angka yang tinggi pada tahun ini.

"Remaja-remaja ini perlu mendapat pengetahuan agama dan moral secukupnya untuk menghindar mereka terjebak dengan pergaulan bebas dan melakukan hubungan seks.

''Pihak polis hanya boleh menasihat dan memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang bermasalah,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau berharap semua pihak memainkan peranan.

''Ibu bapa perlu memberikan pendidikan sewajarnya. Guru-guru pula perlu menerapkan nilai murni kepada remaja-remaja ini dalam pengajaran di sekolah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rampasan barang RM3 juta sejak Januari

Posted:

Rampasan barang RM3 juta sejak Januari

Rampasan barang RM3 juta sejak Januari


Fauzi Haron (kanan) diiringi Azmi Abdul Samad (dua dari kanan) meninjau harga di Pasar Raya PKT Pasir Tumboh, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 29 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas pelbagai jenis barangan bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa operasi penguatkuasaan sejak Januari lalu.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, rampasan terbesar membabitkan 2,800 balang gas yang disita bersama peralatan kerana diubah suai bernilai RM2 juta pada 7 April lalu .

"Selain itu, pihak kami turut merampas sebanyak 923 unit katrij jenama palsu berjumlah RM80,000 dalam sembilan kes.

"Tindakan terhadap kes-kes ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Sepanjang tempoh empat bulan ini, terdapat satu kes di bawah Akta Hak Cipta 1987 melibatkan penggunaan perisian cetak rompak dengan nilai rampasan RM70,000.00," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya PKT Pasir Tumboh dekat sini semalam.

Turut hadir, Pengurus Operasi Pasar raya berkenaan, Azmi Abdul Samad.

Fauzi memberitahu, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 12,500 buah premis perniagaan telah diperiksa dan 209 tindakan telah diambil ke atas peniaga atas pelbagai kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan para peniaga supaya tidak terpengaruh dengan tindakan individu tertentu yang menggunakan nama pejabat berkenaan memungut derma bagi mengadakan program.

"Pihak kami tidak pernah mengarahkan mana-mana individu atau kumpulan untuk berbuat demikian. Jadi, saya nasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang perkara ini supaya menghubungi talian hotline kami di 09-741600," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNO

Posted:

Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNO

Keluarga arwah Awang terus dapat perhatian UMNO

JELI 29 April - Keluarga warga emas, Awang Jusoh, 72, yang maut disengat lebah di Kampung Gemang dekat sini, baru-baru ini terus mendapat simpati pemimpin UMNO tempatan yang menziarahi mereka untuk menghulurkan bantuan.

Antara yang mengunjungi mereka ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Azmi Stapa bagi menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah, Bunga Musa, 70.

Azmi berkata, kunjungan beliau bagi melihat sendiri keluarga arwah dan beberapa penduduk kampung berkenaan yang dilaporkan turut berdepan dengan pelbagai masalah serta memerlukan bantuan.

"Kunjungan ini juga untuk mendekat dan mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dengan pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Bunga menyuarakan rasa terharu dengan kunjungan Azmi dan beberapa pemimpin UMNO lain sebelum ini, termasuk Ahli Parlimen Jeli sendiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Saya berterima kasih kepada Datuk kerana meluangkan masa berkunjung ke rumah kami untuk bertanya khabar selepas kematian arwah suami," katanya.

Pada 21 April lalu, akhbar melaporkan kejadian seorang warga emas maut disengat lebah ketika mencari madu di kawasan hutan di Bukit Lacang Gemang dekat sini selepas diajak oleh seorang rakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 30 Apr 2011 01:25 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

Posted: 29 Apr 2011 11:13 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. 

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? 

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini. 

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. 

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno. 

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. 

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM

Posted: 29 Apr 2011 10:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. 

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu. 

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar. 

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya. 

"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini. 

"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini. 

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini. 

"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam. 

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal. 

"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya. 

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand. 

"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. 

"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran. 

Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. 

Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. 

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. 

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. 

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. 

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam. 

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu. 

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." 

Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. 

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini. 

Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai. 

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin. 

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube. 

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu. 

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. 

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 30 Apr 2011 01:10 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Shazryl Eskay sempurna sumpah laknat

Posted:

Shazryl Eskay sempurna sumpah laknat

Shazryl Eskay sempurna sumpah laknat

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Shazryl Eskay ketika melafazkan sumpah laknat sambil ditemani Abdul Rahim Thamby Chik (kiri) dan Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


KUALA LUMPUR 29 April – Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di sini bagi membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sambil memegang kitab suci al-Quran, beliau berjaya menyempurnakan lafaz laknat kira-kira pukul 4.25 petang walaupun sebelum itu ada usaha daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi menghalang acara itu diadakan.

Ia berlangsung selama lima minit di hadapan wartawan, jurufoto, jurukamera dan beberapa penyokong PKR.

Sebelum acara lafaz sumpah itu berlangsung, seorang pendakwah bebas, Syamsul Firdaus Mohamed Supri sempat mengadakan ceramah ringkas di hadapan Shazryl Eskay mengenai kesan sumpah yang terpaksa ditanggung sehingga akhirat.

Dia juga turut mendakwa apa yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu tidak ada di dalam syariat Islam.

Turut sama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Sebelum acara lafaz sumpah bermula, ketiga-tiga mereka itu menunaikan sembahyang sunat di ruang solat masjid tersebut.

Mereka tiba di pekarangan masjid itu yang terletak di Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.10 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Estima.

Bagi tujuan keselamatan, tiga sahabat itu telah dipakaikan baju kalis peluru selain diiringi oleh sepasukan anggota polis memasuki ruang masjid.

Antara kandungan lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut: ''Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut.

''Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku.''

Semalam pada satu sidang akhbar, Shazryl Eskay mencabar Anwar melakukan sumpah laknat bersama tetapi sehingga pukul 5 petang ini kelibat Anwar langsung tidak kelihatan.

Dalam pada itu, acara lafaz sumpah laknat yang sepatutnya diadakan sejurus selepas solat Jumaat terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan yang dicetuskan oleh sekumpulan penyokong PKR yang diketuai Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kekecohan bermula apabila ada di antara mereka menyerbu ke arah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali untuk diserahkan sebuah buku bertajuk Qazaf menjawab fitnah.

Ia kemudian berlanjutan sehingga satu peringkat berlaku tolak-menolak antara dua kumpulan di dalam ruang solat sehingga keadaan menjadi kelam-kabut.

Masing-masing mahu menunjukkan 'kehebatan' hingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh dianggap mencemar kesucian masjid.

Di dalam masjid itu mereka menjerit-jerit meminta Trio Datuk T itu ditahan hingga menyebabkan Pengerusi masjid tersebut, Abdul Razak Husin menaiki mimbar untuk menenangkan keadaan.

''Saya telah diberitahu bahawa program yang dirancang petang ini terpaksa dibatalkan,'' ujarnya bagi tujuan menyuraikan para penyokong Anwar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumpah laknat Eskay urusan peribadi

Posted:

Sumpah laknat Eskay urusan peribadi

Sumpah laknat Eskay urusan peribadi

KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat berhubung isu video seks hari ini adalah keputusan peribadinya dan bukan urusan kerajaan atau UMNO.

Kata Presiden UMNO itu, kerajaan dan UMNO juga tidak boleh menghalang atau menggalak mana-mana pihak membuat sumpah laknat kerana pada akhirnya apa yang berlaku dinilai oleh rakyat meskipun tanpa sumpah laknat itu dilakukan.

''Mana-mana parti sekali pun perlu mengambil sikap yang sama kerana ini (bersumpah laknat) adalah soal peribadi.

''Kalau Eskay mahu bersumpah laknat atau Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mahu bersumpah laknat itu adalah urusan peribadi masing-masing,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan ahli perniagaan terbabit yang melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini dengan menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan rakaman video seks yang didedahkan beliau baru-baru ini adalah dirinya dan Anwar.

Tambah Najib, apa sahaja urusan yang berlaku di dalam masjid (termasuk sumpah laknat) tidak salah dari segi peraturan selagi pentadbiran masjid mengizinkannya.

''Tidak ada siapa yang mahu gugat apa sahaja urusan dalam masjid, (namun) kesucian di dalam masjid perlu dijaga,'' katanya.

Kepada satu soalan mengapa Anwar menyalahkan UMNO sebagai dalang dalam isu rakaman video seks itu dan menghentam media termasuk Utusan Malaysia, Najib berkata, tuduhan Anwar itu bukanlah satu perkara baharu.

Dalam konteks media pula, kata beliau, adalah menjadi tanggungjawab media melaporkan apa yang berlaku apatah lagi apabila ia berkait dengan seorang tokoh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat

Posted:

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April - Keadaan di dalam dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kumpulan itu dilihat cuba menggagalkan majlis lafaz sumpah laknat yang dijanjikan oleh Shazryl Eskay semalam berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa masuk ke dalam masjid untuk menenangkan keadaan.

Pada masa sama, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin mengambil tempat di atas mimbar dan meminta orang ramai untuk bersurai.

Keadaan beransur tenang dan terkawal manakala orang ramai mula dilihat keluar dari dewan solat masjid.

Kira-kira pukul 3.30 petang, kelihatan pintu pagar masjid tersebut ditutup pihak polis dan hanya pintu belakang pagar masjid dibuka.

Tepat pukul 4.10 petang, ketiga-tiga Datuk Trio iaitu Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tiba di pekarangan masjid dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.

Sebaik Shazryl Eskay selesai melafazkan sumpah laknat tepat pukul 4.20 petang, beberapa orang dipercayai ahli AMK sekali lagi menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan ketiga-tiga Datuk Trio itu dilihat meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui di masjid berkenaan memberitahu, beliau dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berhubung hasrat Shazryl Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan masjid meminta bantuan pihak polis untuk membuat kawalan keselamatan dan memastikan keadaan di dalam serta pekarangan masjid terkawal.

"Walaupun berlaku sedikit kekecohan namun, kita berjaya meleraikannya dan tiada mana-mana individu ditahan berhubung insiden itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 29 Apr 2011 11:42 PM PDT

Utusan Online - Politik


Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

Posted:

Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan memperkenalkan anugerah khas iaitu Tokoh Wanita Melayu Terbilang bagi menghargai peranan dan sumbangan kaum itu kepada negara.

Kata Presiden UMNO itu, anugerah tersebut merupakan penambahbaikan kepada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 yang dijadualkan pada 11 Mei ini.

Najib menjelaskan, majlis sambutan ulang tahun UMNO sebelum ini hanya memberikan anugerah kepada Tokoh Lelaki Melayu Terbilang sahaja.

''Bagaimanapun nama-nama penerima anugerah tokoh ini akan dirahsiakan sehinggalah pada malam majlis sambutan berkenaan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, mesyuarat majlis tertinggi kali ini turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang dalam konteks perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Kata beliau, antara yang menjadi tumpuan adalah perjalanan jentera pilihan raya, aspek pentadbiran dan bagaimana untuk menangani isu dan kesan berkaitan yang boleh dijadikan pengajaran.

''Kita membaca dari semua aspek dan sudut,'' katanya.

Kepada soalan adakah tumpuan terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak itu bermakna UMNO sudah bersedia untuk berdepan PRU ke-13, Najib berkata, proses bersedia adalah satu proses perjalanan yang berterusan.

Apa yang dilakukan UMNO, jelas beliau lagi, adalah proses untuk mengukuhkan parti sebagai sebuah organisasi sama ada sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang atau dalam konteks UMNO sebagai sebuah parti yang memerlukan perubahan.

''Transformasi politik itu adalah agenda yang sedang diperjuangkan oleh UMNO,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

Posted:

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Chua Soi Lek menjelaskan kenyataan memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang di Melaka, semalam. – utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 29 April – MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti.

''Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

''MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara.

''Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Percambahan Minda Pemimpin MCA Kebangsaan yang di Philea Resort, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Soi Lek berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

''MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas," ujarnya.

Beliau berkata, pencapaian parti itu pada pilihan PRU-12 dengan 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata tidak memuaskan.

Katanya, keputusan pada 2008 itu menjadi ukuran buat MCA untuk memastikan mereka mampu menyumbang kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan peruntukan 40 kerusi Parlimen dan 90 DUN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 29 Apr 2011 11:38 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Nilai pertama EKUINAS RM483.2j

Posted: 29 Apr 2011 05:50 PM PDT

Nasional

NAJIB  menunjukkan Buku Laporan Tahunan Ekuinas sambil diperhatikan (dari kiri)  Abdul Rahman, Raja Arshad  dan Nor Mohamed (kanan) selepas mengumumkan pencapaian tahun pertama Ekuinas, di Putrajaya, semalam.

NAJIB menunjukkan Buku Laporan Tahunan Ekuinas sambil diperhatikan (dari kiri) Abdul Rahman, Raja Arshad dan Nor Mohamed (kanan) selepas mengumumkan pencapaian tahun pertama Ekuinas, di Putrajaya, semalam.

Peningkatan 1.28 kali ganda pelaburan tingkatkan ekuiti Bumiputera: PM

PUTRAJAYA: Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), syarikat pengurusan dana berkaitan kerajaan, berjaya meningkatkan nilai ekuiti Bumiputera bagi tahun pertama penubuhannya sebanyak RM483.2 juta, peningkatan 1.28 kali ganda daripada jumlah dilaburkan RM380.6 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peningkatan itu dihasilkan daripada jumlah pelaburan ekuiti yang dilaksanakan EKUINAS serta peningkatan nilai saham yang berjaya dicipta untuk syarikat dan semua pemegang saham Bumiputera dalam syarikat portfolio pelaburannya. Beliau berkata, kejayaan tahun pertama EKUINAS itu membuktikan bahawa keputusan kerajaan untuk menggunakan pendekatan lebih inovatif dan kreatif ke arah melaksanakan dasar afirmatif untuk meningkatkan pembabitan Bumiputera secara saksama membuahkan hasil yang diharapkan.

EKUINAS ditubuhkan pada 2009 sebagai pendekatan baru dan inovatif, bertujuan meningkatkan pembabitan ekonomi Bumiputera menerusi prinsip mesra pasaran, berdasarkan merit dan telus.

"Bagi tahun kewangan 2011, kerajaan difahamkan EKUINAS akan membuat pelaburan sehingga RM600 juta dan seterusnya membantu pelaburan modal sehingga RM1 bilion secara langsung ke dalam ekonomi Malaysia.

"Kerajaan berharap menerusi pelaburan itu akan terus meningkatkan pembabitan Bumiputera dari segi pemilikan ekuiti, pengurusan, peluang pekerjaan dan rantaian bekalan," katanya ketika mengumumkan pencapaian tahun pertama EKUINAS di sini, semalam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi EKUINAS, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dan Ketua Pegawai Eksekutif EKUINAS, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Bagi tahun pertama, kerajaan menyalurkan dana permulaan sebanyak RM500 juta kepada EKUINAS sebagai peruntukan awal daripada RM5 bilion seperti yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Kesembilan dan RMKe-10.

Dalam tahun pertama operasi, EKUINAS membuat pelaburan dalam Alliance Cosmetics Group (ACG), Tanjung Offshore Berhad (TOFF), Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan APIIT/UCTI Education Group (APIIT) membabitkan nilai RM482.7 juta.

Dicampur bersama rakan pelaburan EKUINAS, keempat-empat pelaburan itu berjaya menyuntik modal sebanyak RM602.4 juta ke dalam ekonomi, sekali gus memberi kesan positif kepada iklim pelaburan negara.

Najib berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pelaburan EKUINAS dari semasa ke semasa bagi memastikan pencapaian objektif penubuhannya dari segi kewangan dan sosial.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan Diraja Britain meriah

Posted: 29 Apr 2011 05:47 PM PDT

Nasional

Upacara di Westminster Abbey jadi tumpuan dua bilion penonton dunia

LONDON: Putera William dari Britain dan Catherine Middleton selamat melangsungkan perkahwinan mereka di Westminster Abbey semalam dalam satu upacara diraja penuh gilang gemilang yang menarik tumpuan dua bilion penonton di seluruh dunia selain menyuntik kehidupan baru dalam keluarga diraja.

Sebelum melafazkan ikrar, Middleton, 29, 'rakyat biasa' pertama yang berkahwin dengan seorang pewaris takhta sejak 350 tahun lalu, memakai gaun putih dan penutup muka jarang, melangkah perlahan di hadapan 1,900 tetamu sambil diiringi lagu dendangan Charles Parry berjudul, I Was Glad. Ketika kedua-duanya dipertemukan di altar gereja, William, 28, atau nama sebenarnya William Arthur Philip Louis yang memakai seragam tertinggi tentera merah berselempang biru kelihatan berbisik kepadanya, menarik senyuman manis pengantin perempuan pada permulaan upacara.

Ketua paderi Canterbury, Rowan Williams mengesahkan pasangan itu sebagai suami isteri dengan ucapan: "Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri."

Beberapa jam sebelum upacara bersejarah itu, William dan Middleton mendapat hadiah perkahwinan diraja daripada Ratu Elizabeth, gelaran Duke dan Duchess of Cambridge.

Istana Buckingham berkata William kini digelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala Catherine Middleton, akan memakai gelaran Her Royal Highness The Duchess of Cambridge.
Kenyataan istana juga menyebut bahawa William turut dinamakan sebagai Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus manakala Middleton menjadi Countess of Strathearn dan Baroness Carrickfergus.

Sementara itu gaun pengantin Middleton yang menjadi tumpuan spekulasi industri fesyen selama beberapa bulan diperbuat daripada sutera satin berwarna gading dengan renda dan layah panjang rekaan Sarah Burton dari Alexander McQueen.

Beliau memakai tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan nilam bertatah berlian yang pernah menjadi milik bonda William, Puteri Diana, yang bercerai daripada Putera Charles pada 1996, setahun sebelum kematiannya dalam satu kemalangan kereta tragik di Paris ketika berusia 36 tahun.

Loceng berbunyi dengan kuat dan tiupan trumpet kedengaran ketika 1,900 tetamu terlebih dulu mengambil tempat di dalam gereja bersejarah itu yang tapak penyatuan untuk keluarga diraja sejak William the Conqueror ditabalkan pada 1066.

Ratu Elizabeth, anggota keluarga diraja lain, pemain bola sepak David Beckham dan isterinya Victoria, penyanyi Elton John dan Perdana Menteri David Cameron adalah antara tetamu yang hadir.

Tidak ketinggalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari Malaysia, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand, Putera Albert II dari Monaco dan tunangnya, Charlene Wittstock serta Puteri Lalla Salma dari Maghribi.

Mereka menyertai 50 ketua negara serta pekerja kebajikan dan veteran perang yang mengenali putera berkenaan sejak beliau menjalani latihan ketenteraannya.

Sementara itu jumlah penonton upacara perkahwinan Putera William dan Kate, seramai dua bilion orang adalah lebih ramai berbanding 750 juta orang ketika perkahwinan ayahanda dan bondanya Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. – Reuters/Agensi

Rakyat Britain rai di Hotel Intercontinental KL

KUALA LUMPUR: Lebih 500 jemputan termasuk rakyat Britain yang menetap di Malaysia meraikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton di Hotel Intercontinental di sini, semalam.

Majlis anjuran Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur itu bermula kira-kira jam 6 petang dengan jemputan menyaksikan siaran langsung majlis perkahwinan pasangan diraja itu disusuli acara memotong kek, persembahan muzik dan tarian serta sesi kebajikan.

Pesuruhjaya Tinggi Britain, Simon Featherstone, berkata perkahwinan William dan Kate dianggap peristiwa sangat menarik kepada United Kingdom (UK).

"Hampir dua bilion orang di seluruh dunia menonton dan meraikan perkahwinan William dan pasangannya, Kate termasuk kami di Malaysia. Ini menunjukkan negara ini dan UK ada banyak persamaan.

"Saya percaya perkahwinan ini mempunyai signifikasi yang mencerminkan nilai kreatif dan moden dinamik Britain," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kemeriahan perkahwinan diraja itu yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen, turut menarik minat Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Perdana Menteri secara berseloroh memberitahu wartawan sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini semalam, perlu diadakan secara ringkas.

"Banyak yang minat...ini semua (merujuk kepada beberapa Ahli MT UMNO yang turut hadir pada sidang media itu) teringin sangat nak tengok perkahwinan diraja itu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 29 Apr 2011 11:19 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Alat ganti survival mini

Posted:

Alat ganti survival mini

Alat ganti survival mini

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



KEPUTUSAN menceburi bidang automotif sekitar tahun 80-an sememangnya langkah yang tepat bagi seorang anak jati Perak berusia 40 tahun. Dia kini bergelar antara pengusaha kereta klasik berjaya di negara ini.

Ternyata kemahiran membaiki kereta lama terutama jenis Mini milik gurunya semasa menuntut di sebuah sekolah teknik di Taiping, Perak memberi kelebihan kepada Rosli Jaafar hingga mampu menjalankan bisnes bengkel kereta Mini sepenuh masa sejak 18 tahun lalu.

Meskipun permulaan penglibatan dalam perusahaan bengkel pada tahun 1990-an dilihat agak sukar disebabkan bekalan alat ganti yang sememangnya mahal, dia nekad meneruskan bengkel tersebut.

"Pada tahun 90-an, alat ganti terpakai sukar dicari dan jika ada pun yang baru harganya mahal kerana diimport dari England.

"Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 90-an, saya bernasib baik kerana alat ganti terpakai telah masuk ke Malaysia terutamanya kereta Mini potong dari Jepun," katanya.

Menyingkap kembali perkembangan kenderaan ciptaan Sir Alec Issigonis, kereta Mini klasik merupakan sebuah kenderaan kecil yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation (BMC), Leyland Motor Corporation (BLMC) dan Rovers Group dari tahun 1959 sehingga tahun 2000.

Ia adalah kereta buatan British paling popular dan dianggap sebagai ikon tahun 1960-an. Ia mempunyai reka bentuk unik, tiada batasan zaman, menjimatkan ruang dan memiliki enjin pacuan roda depan yang menjadi ikutan pengeluar kereta lain.

Bahkan, disebabkan populariti tersebut, kereta Mini menduduki tempat kedua dalam senarai kereta paling berpengaruh dalam abad ke-20. Ia hanya dikalahkan oleh kereta Model T Ford.

Dalam sejarahnya, Mini telah bersilih ganti nama pengeluar iaitu Austin, Morris, Leyland, British Leyland, Austin Rover, MG-Rover dan Innocenti.

Namun, satu perkara yang tidak diganti dan masih kekal adalah reka bentuknya yang klasik sehinggakan pada zaman ini ia masih utuh di jalan raya.

Bagaimanapun, setelah mengecapi tempoh kegemilangan selama 41 tahun, Mini klasik akhirnya menghentikan pengeluaran pada Oktober 2000 dan digantikan dengan New Mini buatan BMW dengan rupa yang lebih moden setahun kemudian.


KHAZIN (paling kiri) bersama ahli-ahli jawatankuasa kelab Peminat Kereta Mini Malaysia yang bergiat aktif mewarnai aktiviti industri permotoran negara.


Meskipun pengeluaran Mini klasik tidak lagi dihasilkan, ia masih digilai para peminat yang setia di seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara ini.

Antara individu terkehadapan menghidupkan kembali Mini klasik ialah para mekanik yang berhadapan dengan 1,001 kerenah kenderaan tersebut.

Bagi mereka yang telah berkecimpung dalam dunia kereta Mini sejak bertahun-tahun lamanya, mereka menganggap keadaan itu sebagai cabaran yang memberi kepuasan.

Kini, melalui Kelab Peminat Kereta Mini Malaysia, ahli-ahli kelab tersebut mula menganjurkan aktiviti riadah agar momen bersama kereta comel masing-masing dapat diteruskan.

Kereta potong Jepun

Mengulas lanjut berkenaan kereta Mini, Rosli yang merupakan pemilik bengkel Mini Heritage (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Subang Jaya, Selangor itu berkata, kereta potong Mini dari Jepun menjadi pilihan kerana negara matahari terbit berkenaan adalah pengimport kedua terbesar dari England.

"Pemilik kereta Mini di Malaysia mempunyai alternatif untuk mendapatkan alat ganti terpakai yang jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

"Sebenarnya kereta potong dari Jepun asalnya diimport dari England memandangkan Jepun adalah pengimport kedua terbesar dari sana.

"Boleh dikatakan hayat Mini klasik di seluruh dunia disebabkan adanya alat ganti. Kalau alat ganti sudah tiada, kemungkinan kereta ini akan pupus," katanya yang memiliki kereta pertama dari model Mini Clubman.

Bercerita mengenai peralatan membaiki, bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, tiada masalah bagi membaiki kereta Mini kerana peralatan boleh dibeli di mana-mana sahaja.

Namun, terdapat beberapa bahagian sahaja yang memerlukan peralatan khas yang dibuat sendiri dan kemungkinan tiada di pasaran iaitu puller untuk membuka flywheel.

"Sebelum ada alat khas itu, mekanik terdahulu mengetuk menggunakan penukul bagi membuka bahagian tersebut, tetapi risiko perumah (casing) enjin untuk pecah amat tinggi.

"Jadi, saya mengelak menggunakan penukul kerana apabila pelanggan melihat kita pakai penukul, mereka tidak yakin nak hantar kereta pada kita," katanya yang turut memiliki enam orang pekerja.

Tambahnya, trend memiliki kereta Mini semakin hari semakin meningkat daripada pelanggan baru terutama generasi muda. Bahkan, peminat dari luar negara seperti Jepun, Singapura, Brunei dan China turut menggunakan khidmatnya.

Sementara itu, seorang lagi mekanik Mini yang berjinak-jinak dengan kereta berkenaan sejak tahun 70-an, Alvin Teo Huwy Tim memberitahu, membaiki kereta Mini tidak begitu sukar jika seseorang mengetahui teknik yang betul.


MEKANIK menjadi individu terpenting semasa program konvoi sama ada di dalam atau luar negara.


"Membaiki kereta Mini ini tidaklah susah. Hanya keadaan enjinnya agak sempit sikit selain peralatan membaikinya yang agak luar biasa. Ia juga menggunakan ukuran inci yang menjadi identiti kereta buatan British.

"Sebaliknya, jika kita lihat kereta Jepun, semua peralatan menggunakan ukuran milimeter (mm)," katanya yang tidak kekok berkongsi pengalaman.

Tahan lama

Alvin yang membuka bengkel secara sambilan di Malim Jaya, Melaka mempunyai pandangan yang sama dengan Rosli apabila lebih suka menggunakan peralatan membaiki yang dibuat sendiri kerana lebih praktikal dan tahan lama.

Jelas lelaki berusia 59 tahun itu lagi, rata-rata peralatan membaiki sedia ada di pasaran tidak tahan lama dan kurang memberi kepuasan kepadanya.

Bekas pekerja di syarikat pengedaran kereta British, Wearne Brothers Limited yang telah lama menutup operasinya itu berkata, bagi menyelenggara kereta Mini, peralatan khas perlu digunakan supaya sesetengah bahagian tidak rosak.

"Semasa di Wearne Brothers dahulu, kita sudah biasa menghasilkan peralatan khas bagi memudahkan kerja membuka bahagian yang sukar atau sempit, contohnya pada klac.

"Jika tiada peralatan khas pun boleh buat kerja tetapi agak susah sikit. Mini bukan seperti kereta lain kerana semua bahagian enjin disekalikan pada satu bahagian," ujar Alvin yang turut memiliki tiga buah kereta Mini model Mk1, Mk3 dan Traveller.

Mengulas mengenai pengalaman berkonvoi yang disertainya baru-baru ini ke Koh Samui, Thailand, dia berkata, tidak semua alat ganti dibawa oleh mekanik sebaliknya setiap peserta bertanggungjawab membawa barangan yang dirasakan perlu.

"Kebiasaannya, kita akan membawa benda-benda penting yang sering mengalami masalah seperti palam pencucuh, kabel palam pencucuh, karburator, hos air dan hos petrol.

"Jika berlaku masalah pada sesebuah kereta semasa perjalanan, saya biasanya mencari penyelesaian pantas tidak kira apa cara sekalipun. Yang penting, kereta boleh bergerak sehinggalah kita menemui kawasan yang sesuai untuk membaiki kereta. Saya juga akan mengelak daripada menggunakan trak penunda," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 29 Apr 2011 11:04 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Konstabel wanita cedera parah

Posted:

Konstabel wanita cedera parah

Konstabel wanita cedera parah

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 29 April – Seorang anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri cedera parah selepas terperosok di bawah kenderaan dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri dalam serbuan di sini malam tadi.

Konstabel Rohayu Samlan, 24, mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan luka dalaman, kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, kejadian berlaku pukul 10.30 malam selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalankan operasi 'Ops Tapis' di sekitar bandar ini.

Katanya, sepasukan polis ketika itu menahan sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna merun dan bernombor pendaftaran WGS 8236 yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun, disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

"Semasa polis menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Mas di sini, pemandu kereta itu tiba-tiba membuat pusingan dan memecut kenderaannya," katanya kepada pemberita, di HTJ hari ini.

Menurut beliau, lima anggota polis lain sempat melompat tetapi mangsa terperosok di bawah kereta yang dipandu suspek terbabit menyebabkan dia cedera di muka, badan serta disyaki mengalami pendarahan di paru-paru dan perut.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek namun tersasar dan suspek berjaya melarikan diri.

Osman berkata, polis dapat mengenal pasti suspek, Tan Kok Fui, 45, yang nombor MyKad 660819-05-5223 dari Seremban memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah ke Kuantan, Pahang pada 2009.

"Polis kemudian pergi ke rumah suspek awal pagi ini dan menahan adiknya yang berusia 44 tahun kerana memiliki tiub dadah jenis heroin," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau melihat kenderaan dinaikinya, diminta menghubungi Asisten Supritendan Wee Huat Ne di talian 06-6033222 atau Cif Inspektor S. Kanapaty (06-7682389).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam miliki rekod lampau

Posted:

Enam miliki rekod lampau

Enam miliki rekod lampau

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April - Enam daripada 10 rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand selepas cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta), dikesan pernah memiliki rekod lampau termasuk satu kes menyeludup masuk dadah ke Australia beberapa tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, siasatan awal mendapati salah seorang daripada yang ditahan telah menjalani hukuman berikutan tuduhan menjadi 'keldai dadah' ke Australia.

Katanya, suspek tersebut sudah lama dibebaskan dari sebuah pusat pemulihan dadah di negara ini beberapa tahun lalu.

"Walaupun usia suspek masing-masing sudah masuk lima dekad malah ada yang sudah beranak cucu, namun itu tidak menginsafkan mereka daripada melakukan jenayah sama.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan ganjaran lumayan ditawarkan hingga mereka sanggup berdepan risiko ditangkap kerana menyeludup dadah. Tambahan pula, harga dadah dalam pasaran di New Zealand adalah 10 kali ganda berbanding negara-negara lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis sedang menyiasat sebuah agensi pelancongan tempatan yang dipercayai menguruskan penerbangan 14 rakyat tempatan ke New Zealand yang dijadualkan berlepas kira-kira pukul 11.25 pagi Selasa lalu.

Pihak polis turut mengesahkan penahanan 10 rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 58 tahun dan paling mengejutkan, mereka yang berusia lingkungan 50-an lebih ramai ditahan.

Noor Rashid memberitahu, siasatan terhadap agensi pelancongan itu masih dijalankan dan polis turut mengesahkan empat lagi rakyat tempatan yang menyertai pakej pelancongan tersebut, bebas dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan keldai dadah itu.

"Pemeriksaan turut mendapati kebanyakan 10 rakyat tempatan yang ditahan tersebut menetap di sekitar Lembah Klang.

"Polis masih menyiasat pihak yang menawarkan ganjaran kepada keldai dadah tersebut sama ada ia dilakukan rakyat tempatan atau penglibatan sindiket antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 29 Apr 2011 07:47 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Viedeo seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

Posted: 29 Apr 2011 12:44 AM PDT

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

NONEPada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONERakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis "menari mengikut rentak parti pemerintah".

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

"Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

"Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

NONEGambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

azlanMereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mat Sabu tunda pelancaran kelab penyokong di FB

Posted: 29 Apr 2011 12:35 AM PDT

Bimbang dengan reaksi negatif para perwakilan dalam pemilihan PAS, seorang bakal calon timbalan presiden Mohamad Sabu bertindak menangguhkan satu majlis pelancaran akaun Facebook bagi satu kelab penyokongnya.

Mohamad Sabu berkata, beliau bertindak demikian bagi "mengelakkan salah faham" dan juga "mengekang budaya yang dilihat tidak sihat atau tidak boleh diterima oleh ahli PAS."

NONE"Saya berhasrat supaya program besar ini ditangguhkan sebab boleh dianggap sebagai bahan kempen kepada saya menjelang muktamar akan datang.


"Sebagai parti Islam, kempen berlebihan akan dilihat negatif kepada parti dan jemaah," katanya ketika bercakap dalam satu sidang media hari ini.

Tarikh baru bagi program yang dijadualkan pada 6 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah Persekutuan/ Selangor itu akan diputuskan selepas muktamar diadakan pada Jun, katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut menjelaskan bahawa beliau berniat untuk bertanding kali ini bagi membolehkan PAS menerima sokongan lebih luas dan bukan terhad kepada anggota parti sahaja.

Raih sokongan lebih luas

"(PAS) tidak akan kuat dan berjaya jika dapat sokongan daripada ahli semata-mata. Dia mesti dapat sokongan orang Islam luar PAS, orang bukan Islam, badan NGO dan sebagainya.

"Saya nampak saya boleh sedikit memberi khidmat dalam membantu presiden dalam hal yang saya sebut itu," katanya yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu.

NONEKetika ditanya, Mohamad menafikan bahawa PAS selama ini lemah dalam meraih sokongan daripada golongan luar daripada parti.

"Tidak ada kelemahan cuma perlu dipertingkatkan sebab politik tahalluf atau pakatan ini masih macam agak baru kepada (PAS).

"Walaupun kita telah buat pakatan dengan Semangat 46 sebelum ini, tapi dengan (parti) berbagai kaum ini agak baru, oleh itu kita perlu kembangkan lagi.

"(Sebab) itu saya cuba beri khidmat. Kebetulan pergaulan saya dengan rakan-rakan ituagak luas terutama dengan orang-orang bukan Islam," katanya.

Ditanya lanjut, Mohamad berkata beliau tidak mengetahui berapakah jumlah pencalonan sebenar yang diterimanya setakat ini.

"Ada yang kata 20 pencalonan, ada yang kata lebih 50. Saya tak tahu.

"Setakat sekarang saya tidak mengambil keputusan untuk bertanding lagi. Hanya melihat perkembangan sehinggalah kepada 15 Mei akan datang, melihat jumlah pencalonan dan sokongan daripada kawan-kawan, itu yang kita perlu lihat," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 29 Apr 2011 07:31 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

Posted:

Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@pahang.com.my


Zulkifli Yaacob (duduk, kanan) mendengar aduan seorang penduduk mengenai longkang rosak di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan di Kuantan, semalam.


KUANTAN 29 April - Hari Mesra Pelanggan yang diadakan di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini kurang mendapat sambutan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya menerima kira-kira 20 aduan hari ini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, bilangan aduan itu dianggap rendah kerana program itu tidak diadakan di kawasan tumpuan awam.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan program tersebut di kawasan tumpuan awam seperti di kompleks beli-belah dan taman perumahan pada masa akan datang.

"Sebelum ini, kita mengadakan program bulanan di kawasan tumpuan orang ramai namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa diadakan di ibu pejabat MPK.

"Nampaknya kaedah mendekati orang ramai lebih berkesan di tempat tumpuan awam seperti kompleks beli-belah dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, antara aduan yang diterima pada program itu termasuk berkaitan jalan rosak, sampah, longkang tersumbat dan rosak serta kekurangan tempat letak kereta.

Katanya, menerusi usaha tersebut, ia memudahkan MPK mendapat maklumat dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan berkesan.

"Kita juga dapat memberi penjelasan dan penerangan secara terus serta cuba menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin secara berperingkat," katanya.

Tambahnya, MPK sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk memberi cadangan, pandangan atau aduan pada bila-bila masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

Posted:

Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

JERANTUT 29 April - Kadar kes penyakit tibi berjaya dikurangkan lebih 50 peratus apabila sebanyak 44 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 104 kes pada 2009.

Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohamad berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 12 kes penyakit tibi dikesan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan terus mempertingkatkan pengawasan walaupun kadar kes penyakit tibi di daerah ini semakin berkurangan.

''Tibi merupakan penyakit berjangkit yang wajar diberi perhatian serius.

''Penyakit tibi boleh dirawat hingga sembuh tetapi memerlukan jangka masa lama," katanya ketika berucap pada program 'Moh Cergas' sempena sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat daerah di sini semalam.

Majlis anjuran bersama Jabatan Kesihatan daerah dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

Hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan daerah, Wan Jaimi Wan Mustaffa dan Pengerusi MAYC Jerantut, Muhammad Razman Sidik.

Menurut Wan Abdul Rahim, bagi memastikan penyakit tibi terus terkawal, penduduk perlu bekerjasama menerusi penyertaan dalam kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kata beliau, antara faktor menyebabkan penyakit itu terus menular kerana pesakit kurang peka kepada rawatan manakala penduduk mengabaikan penjagaan kesihatan hingga memudahkan jangkitan di kalangan ahli keluarga dan individu terdekat.

''Perkara ini amat membimbangkan dan wajar ditangani untuk mengelakkan penyakit tibi terus merebak.

''Semua pihak perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan masing-masing terutama yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit tibi," ujarnya.

Justeru, kata beliau, pihaknya meminta penduduk membuat pemeriksaan awal untuk mengesan penyakit itu sekali gus mengelakkan daripada dibiarkan berterusan hingga sukar dipulihkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas terharu terima kerusi roda

Posted:

Warga emas terharu terima kerusi roda

Warga emas terharu terima kerusi roda


Zali Ngah ceria ketika menerima kerusi roda dan kunjungan Bakkiss sambil diperhatikan Wan Azlan Wan Salleh (empat dari kanan) di Kuantan, semalam.


KUANTAN 29 April - Seorang bekas nelayan yang menghidap pelbagai penyakit kronik terharu apabila menerima sumbangan kerusi roda daripada Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) di Kampung Pasir Garam, Beserah di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh kepada warga emas terbabit, Zali Ngah, 73.

Zali ketika ditemui bersyukur kerana sumbangan kerusi roda itu dapat mengurangkan beban isterinya, Teh Hassan, 56, dan anak bongsunya, Nurul Fatihah Husna, 16, yang selamanya ini menjaganya.

"Saya terharu saya kerana sekian lama, ada juga orang yang bersimpati dan menghulurkan bantuan," katanya yang menghidap penyakit angin ahmar, kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung sejak enam tahun lalu.

Menurut Zali, isterinya juga kurang sihat selain mengalami masalah pendengaran menyebabkan banyak urusan rumah diserahkan terhadap Nurul Fatihah Husna.

"Selama ini, pergerakan saya agak terbatas namun, dengan adanya kerusi roda ini bolehlah membantu saya bergerak tanpa terlalu bergantung kepada isteri dan anak," katanya yang mempunyai sembilan anak berusia antara 16 hingga 50 tahun.

Sementara itu, Nurul Fatihah Husna mengakui kesukaran hidup keluarganya menyebabkan dia nekad berhenti sekolah sejak dua tahun lalu dan tidak sempat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan dan ingin memujuk bakal suami tinggal di rumah ini untuk menjaga kedua-dua ibu bapa," katanya yang sebelum ini menyimpan hasrat untuk menjadi doktor.

Bagaimanapun, kata Nurul Fatihah Husna, mereka bernasib baik kerana dapat memiliki sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selain bergantung bantuan abang sulungnya yang menghulurkan wang untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Wan Azlan berkata, sebagai sebuah badan kebajikan yang merangkumi kawasan Chendor hingga Beserah, pihaknya akan membantu keluarga terbabit untuk mendapat perhatian sewajarnya.

"Kita akan merujuk kes keluarga ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mengharapkan pihak lain tampil menghulurkan sumbangan sewajarnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 29 Apr 2011 03:57 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Elak terperangkap cara Barat

Posted:

Elak terperangkap cara Barat

Elak terperangkap cara Barat

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

SATU persidangan meja bulat anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini membangkitkan beberapa persoalan yang bagus antaranya, adakah pendapatan tinggi menjamin keselesaan hidup dan nilai murni masyarakat?

Dengan tajuk Jawapan Umat Islam Kepada Era Keruntuhan Sistem Ekonomi Kapitalisme, persidangan itu turut mendedahkan kegagalan negara maju yang berjaya dari segi zahir tetapi gagal dari segi nilai murni dan sosial.

Anggota panel persidangan dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan menjelaskan, senario ekonomi dunia kini yang masih mengamalkan kapitalisme membawa kepada 75 peratus kekayaan global dipegang oleh 20 peratus daripada 6.7 bilion penduduk paling kaya.

"Bagi 40 peratus penduduk paling miskin seluruh dunia, mereka hanya berkongsi lima peratus kekayaan dengan sekitar 1.8 bilion orang hidup dengan pendapatan kurang AS$2 (RM5.97) sehari pada 2008.

"Walaupun ada tokoh dan cerdik pandai Barat yang mengkritik sistem kewangan Barat, mereka masih tidak pergi kepada puncanya dan kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Jelasnya, sistem kapitalisme memberi fokus kepada pencapaian ekonomi iaitu KDNK (keluaran dalam negara kasar) serta penekanan untuk peningkatan pendapatan per kapita dan bukannya keadilan dalam pengagihan kekayaan.

"Saya tidak setuju dengan cara ini. Islam memberi keutamaan kepada penyusunan kehidupan manusia di peringkat individu, keluarga dan masyarakat untuk membina tamadun," ujarnya.

Nik Mustapha memberi contoh peradaban di Barat yang kini sukar untuk memberi definisi keluarga dengan pelbagai masalah sosial sehinggakan lelaki dan perempuan boleh kahwin dengan sama jantina.

"Janganlah kita berlagak pandai daripada tuhan. Jika cara hidup sudah songsang, siapa yang akan mendokong masyarakat yang semakin berusia kelak?

"Kita juga perlu menilai di mana silapnya sistem pendidikan 11 tahun di sekolah negara ini yang gagal mengajar nilai-nilai keagamaan kepada muda-mudi yang kini menjurus kepada cara Barat," tegasnya.

Katanya lagi, antara permasalahan yang timbul dengan kapitalisme termasuk sifat rakus dan mementingkan diri yang dipupuk dalam individu yang seterusnya membawa kepada penindasan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, amalan rasuah.

Tambahnya, usaha menyelesaikan masalah ekonomi sepatutnya fokus kepada kelemahan akibat menggunakan sistem kapitalisme dan bukannya sekadar kepada petanda zahir seperti inflasi dan pengangguran.

"Umum perlu dijelaskan dengan takrif riba dan perlu memahami sistem kewangan semasa supaya bersama dapat mengubahnya kepada sesuatu yang lebih baik dan kukuh," ujarnya.

Nik Mustapha dengan itu mencadangkan satu Dasar Pembangunan Negara yang bersepadu meliputi semua aspek termasuk individu serta keluarga dan bukan sekadar ekonomi sahaja.

"Selain KDNK dan pendapatan tinggi, kita perlu bersifat proaktif dalam menyusun negara ke arah mencetus kegiatan ekonomi, membasmi kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kos sara hidup yang rendah dan agihan kekayaan yang saksama (adil)," tegasnya.

Seorang lagi anggota panel persidangan tersebut, Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail dari Fakulti Peniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM) berpendapat rakyat perlu dijelas dan memahami bahawa harta dan kebendaan bukan perkara utama dalam hidup.

"Nilai murni seperti belas dan tolong-menolong menjadi asas untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan, bukannya asyik berebut kek ekonomi sampai 'hancur berkecai' kek itu.

"Rakyat terutamanya yang bergama Islam jangan tertipu dengan kekayaan semata-mata kerana hidup juga perlu ada nilai-nilai dan pengisian untuk membawa makna dan kesejahteraan berkekalan," katanya.

Beliau menyarankan semua pihak termasuk rakyat dan pemerintah mengambil iktibar daripada situasi di Barat dan negara maju lain yang kaya tetapi tidak dapat menjamin kesejahteraan rakyatnya.

"Amalan riba dan berhutang (dalam kapitalisme) akan membawa kepada kemelut kewangan sedangkan kesejahteraan jangka panjang masyarakat tidak bergantung kepada tahap pendapatan.

"Pada zahirnya, negara maju berjaya dengan pendapatan tinggi tetapi kesemuanya mengalami krisis berulang kali," jelasnya.

Menurut Mohd Nazari, Jepun mengalami kemelesetan ekonomi teruk sejak 1989 kerana amal riba dan kapitalisme serta membenarkan berlakunya spekulasi sementara Amerika Syarikat (AS) menghadapi krisis ekonomi sejak abad ke-18 lagi tetapi terus mengamalkan berhutang.

"Negara maju lain seperti Greece, Iceland, Ireland, Korea Selatan dan Singapura juga menghadapi pelbagai masalah berikutan amalan riba dan hutang melalui sistem kapitalisme.

"Singapura mempunyai kadar bunuh diri tertinggi Asia Tenggara dan 20 peratus rakyatnya mahu berhijrah ke negara lain sementara ramai yang 'lari' ke Malaysia di hujung minggu," ujarnya.

Beliau mendakwa, sebilangan warga pulau kecil itu menyatakan tidak tahan tinggal di sana dan menganggap sebagai 'pejabat' sahaja dan memilih untuk tinggal di negara jiran.

"Korea Selatan yang memintas pembangunan negara kita pula tersungkur ketika gawat 1997 akibat terlalu banyak berhutang untuk memacu pembangunan ekonomi mereka.

"Negara kita terselamat ketika itu kerana tidak banyak berhutang dan tidak terjejas ketika matawang jatuh mendadak kerana lebih bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI)," jelasnya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat Malaysia tidak terperangkap dengan mengikut sepenuhnya cara dan model negara maju kerana masalah yang mereka hadapi juga bakal menyusul.

"Apa yang penting adalah pemahaman tentang sistem kapitalisme supaya kita dapat mengubahnya walaupun perlahan-lahan dan kesanggupan untuk mengubah nilai diri supaya tidak tamakkan kebendaan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sejuta rakyat kita berhijrah ke luar negara

Posted:

Sejuta rakyat kita berhijrah ke luar negara

Sejuta rakyat kita berhijrah ke luar negara

Saranan Salleh

BANK Dunia kelmarin menyatakan terdapat sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Tentu sekali angka ini jauh lebih tinggi daripada apa yang kita pernah diberitahu iaitu antara 300,000 sehingga 500,000 sahaja.

Brain drain memang suatu fenomena yang menjadi kebimbangan kepada kerajaan kerana ia melibatkan beberapa perkara.

Pertama, tentu sekali dalam usaha kita untuk meningkatkan tahap tenaga kerja berkemahiran supaya kita sebagai sebuah negara dapat beralih ke rantai nilai teknologi dalam pelbagai bidang ke tahap yang lebih tinggi dan canggih.

Kita ketinggalan dalam menarik pelaburan langsung asing walaupun pada 2010, pelaburan yang kita terima sebanyak AS$9 bilion lebih baik daripada AS$1.4 bilion yang kita terima pada 2009.

Perbezaan angka dengan negara jiran kita begitu jauh berbeza. Kita hakikatnya tidak mampu menampung pelabur yang membawa masuk teknologi yang memerlukan tenaga kerja mahir untuk mengendalikan pelbagai peralatan, jentera dan perisian.

Apa yang penting ialah kita menyedari keadaan kita ini. Kita menyedari yang kita ditinggalkan oleh jiran-jiran yang pada suatu masa dulu sama setanding dengan kita.

Di antara usaha yang menunjukkan kita melakukan sesuatu adalah mengiktiraf perlunya kita memberikan tumpuan yang sama kepada sekolah-sekolah vokasional dan teknikal. Bilangan yang disalurkan ke arah sekolah jenis ini dapat ditingkatkan daripada 10 peratus mungkin kepada 30 peratus atau 40 peratus.

Mungkin untuk membantu kita dari segi tenaga pengajar kita boleh mendapat bantuan daripada negara seperti Korea Selatan dan Jepun atau negara-negara Eropah seperti Belanda dan negara sebelah sini seperti Australia.

Suatu lagi langkah yang telah pun diumumkan dan ditubuhkan untuk melihat pengaliran keluar mereka yang mahir ini ialah Perbadanan Bakat. Kita percaya perbadanan ini perlulah mengenal pasti pelbagai sebab kenapa seseorang rakyat Malaysia itu sanggup berhijrah ke negara lain.

Perbezaan gaji dan faedah yang tinggi antara bekerja di luar negara dan di negara ini mungkin suatu tarikan tetapi banyak lagi perkara lain yang mungkin dijadikan sebab penghijrahan.

Antara yang disebut-sebut oleh kawan mereka yang berhijrah ialah sistem pendidikan kita yang kepada sesetengah orang menganggap tidak sesuai untuk anak-anak mereka.

Kepada mereka yang menggunakan ini sebagai alasan untuk berhijrah tak mampulah kita hendak menarik mereka balik kecuali kita sanggup mengubah beberapa perkara seperti keutamaan kepada bahasa Inggeris.

Memang tidak dapat kita nafikan suasana di tempat kerja antara negara luar dan negara kita berbeza, misalnya dari segi peluang untuk kenaikan pangkat, imbuhan dan lebih-lebih lagi pengiktirafan pihak majikan yang kadangkala dikatakan bersifat diskriminasi.

Peluang kerjaya masa depan yang tidak jelas dalam syarikat-syarikat kadangkala menjadi perangsang kepada pekerja untuk bekerja di negara lain yang mana prestasi diberikan pengiktirafan.

Tidak hairan juga kalau kemahiran yang dimiliki oleh seseorang itu tidak dapat digunakan di negara ini misalnya dalam bidang kedoktoran kerana pengkhususannya begitu canggih, atau kalau boleh digunakan di luar negara lebih diiktiraf dari segi pembayaran gaji dan kemudahan dan sebagainya.

Kita percaya Perbadanan Bakat akan mengambil kira faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berhijrah supaya kita tidak memujuk balik yang tidak lagi berminat untuk sama-sama menyumbang ke arah hasrat kita untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sesiapa yang diberikan tanggungjawab mengenal pasti mereka yang layak perlu melihat daripada pelbagai dimensi; betul-betul tidak berat sebelah atau mengorbankan sesuatu proses pemilihan yang telah ditetapkan dan terpengaruh dan unsur-unsur yang kurang sihat.

DATUK SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 29 Apr 2011 01:19 PM PDT

Kosmo Online - Negara


'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

Posted:

'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai memenuhi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Shazryl Eskay Abdullah meneruskan niatnya melakukan sumpah laknat walaupun terdapat cubaan sabotaj para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggagalkan niat ahli perniagaan itu untuk membuktikan bahawa Anwar merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks dengan pelacor yang mula tersebar sejak 21 Mac lalu.

Upacara sumpah laknat selama kira-kira lima minit itu dilakukan oleh Shazryl yang turut mewakili bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Rahim dan Shuib duduk bersama Shazryl ketika sumpah laknat itu dilafazkan.

Sumpah laknat itu terpaksa dilakukan pada pukul 4.20 petang selepas ditunda dari pukul 2 petang kerana berlaku ketegangan yang dipercayai membabitkan kumpulan penyokong parti pembangkang.



Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut selepas seorang pendakwah bebas, Firdaus Supri memberi penerangan kepada trio Datuk T tentang risiko bagi orang Islam yang melakukan sumpah laknat jika perkara itu tidak benar.

Sumpah laknat itu bersaksikan Timbalan Imam Masjid Amru Al-As, Ezhan Shahril Md. Piah.

Selain itu, terdapat kira-kira 200 orang menyaksikan Shazryl melafazkan sumpah laknat tersebut.

Anwar yang dicabar oleh trio Datuk T untuk sama-sama melakukan sumpah laknat itu bagaimanapun tidak hadir ke masjid tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid

Posted:

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid


PENYOKONG pembangkang yang mencetuskan ketegangan berasak-asak dengan orang ramai di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam dibanjiri lebih 4,000 jemaah ekoran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memilih masjid berkenaan sebagai tempat dia melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang sudah tersebar di Internet.

Masjid itu mula dibanjiri orang ramai bermula pada pukul 12.30 tengah hari sebelum kembali tenang pada pukul 4.30 petang selepas trio Datuk T meninggalkan masjid.

Dua lagi trio Datuk T ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Turut kelihatan membanjiri masjid itu ialah sekumpulan pelajar sekolah agama. Mereka diperalatkan oleh pihak tertentu untuk mengangkat sepanduk membantah tindakan trio Datuk T yang mahu mengadakan sumpah laknat.

Keadaan di dalam masjid mula kecoh selepas solat Jumaat iaitu pada pukul 2.10 petang apabila beberapa orang penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin melaungkan takbir serta ungkapan 'kami mahu qazaf, bukan sumpah'.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadang pencen swasta 58 tahun

Posted:

Cadang pencen swasta 58 tahun

Cadang pencen swasta 58 tahun


KERAJAAN mencadangkan had umur pencen pekerja swasta dilanjutkan kepada 58 tahun agar mereka dapat memberi sumbangan lebih lama kepada negara. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Had umur persaraan bagi sektor swasta mungkin dilanjutkan kepada 58 tahun selaras dengan umur persaraan sektor awam, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan mengambil masa sebelum dimuktamadkan.

"Kita dalam proses mengadakan perbincangan dengan semua stakeholder untuk mencari satu jalan... suatu umur yang ditetapkan bagi sektor swasta.

"Tujuan kita membenarkan mereka bekerja lebih lama (berbanding umur bersara pada 55 tahun sekarang) kerana mereka masih mempunyai keupayaan dan boleh menyumbang kepada produktiviti (syarikat masing-masing)," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pernah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 29 Apr 2011 12:12 PM PDT

Utusan Online - Kota


Henti berniaga luar sekolah

Posted:

Henti berniaga luar sekolah

Henti berniaga luar sekolah

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


Dr. Sallehudin Abu Bakar (kiri) dan Ketua Bahagian Kesihatan dan Persekitaran DBKL, R. Azraei Ramli (dua dari kiri) memeriksa makanan ringan yang dijual menggunakan kenderaan persendirian berhampiran sebuah sekolah di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 29 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi amaran kepada peniaga makanan ringan di luar kawasan sekolah di ibu negara supaya menghentikan perniagaan mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Sallehudin Abu Bakar berkata, ia selaras dengan arahan Kementerian Pelajaran supaya perkara tersebut dihentikan demi kebaikan kanak-kanak.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan DBKL, kebanyakan peniaga di luar pagar sekolah tidak mempunyai lesen dan menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan itu.

"Pada peringkat ini, DBKL mahu menyampaikan mesej supaya tidak berlaku kegiatan penjualan makanan ringan di luar sekolah.

"Pihak kami akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa dan jika masih lagi terdapat golongan yang berdegil maka tindakan akan diambil ke atas mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi memantau penjualan makanan ringan di luar kawasan sekolah di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1), di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Perubatan dan Kebersihan Zon Cheras, Dr. Nasir Ikhram Khan.

Dalam tinjauan itu, beliau bertemu dengan dua orang penjaja di setiap sekolah berkenaan yang sedang menjual minuman dan makanan ringan.

Sallehudin berkata, DBKL tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap peniaga itu, sebaliknya menasihati mereka supaya tidak lagi menjaja makanan ringan di sekitar kawasan sekolah.

"Kita boleh mengambil tindakan ke atas penjaja terbabit seperti atas kesalahan tidak mempunyai lesen sah tetapi hari ini, kita hanya beri nasihat," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, DBKL telah menutup sebanyak 15 premis makanan daripada 412 yang diperiksa sejak Januari lalu selepas pengusahanya didapati gagal mematuhi tahap piawaian kebersihan dan kesihatan.

Selain itu, katanya, sebanyak 335 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pengusaha-pengusaha premis makanan yang diperiksa.

"Hampir 60 peratus daripada kesalahan adalah di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Establishmen Makanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 1981.

"Daripada jumlah kompaun yang dikeluarkan, hanya 54 peratus sahaja yang telah dijelaskan. Bagi yang gagal membayar kompaun itu,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program khas Mara lahirkan modal insan global

Posted:

Program khas Mara lahirkan modal insan global

Program khas Mara lahirkan modal insan global

KUALA LUMPUR 29 April - Majlis Amanah Raya (Mara) mewujudkan tiga program khas dalam Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (SPMRSM) mulai tahun ini dalam usaha menyediakan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global.

Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, program itu meliputi pendidikan pintar cerdas dengan pendekatan melalui penemuan dan penyelidikan, selain integrasi ilmu sains dan tahfiz melalui program Ulul Albab.

Katanya, menerusi program berkenaan, para pelajar turut berpeluang mengambil peperiksaan peringkat antarabangsa, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian di universiti luar negara lebih awal.

"Buat permulaan program itu dilaksanakan di MRSM Pekan, Pahang dan disertai 180 pelajar maktab berkenaan.

"Kita merancang untuk mewujudkan tiga lagi maktab tahun depan masing-masing di Parit, Perak, Johor Bahru dan Sandakan, Sabah yang boleh menampung 1,000 pelajar," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Hadir sama Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek.

Pada majlis tersebut seramai 30 pelajar cemerlang yang memperoleh semua A+ bagi semua subjek dalam peperiksaan SPM termasuk empat penerima anugerah Al-Huffaz program Ulul Albab.

Turut dirai adalah maktab terbaik meliputi kategori Bukan MRSM Program Khas Pendidikan ; MRSM Program Khas Pendidikan dan sekolah bantuan penuh kerajaan.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, pihaknya berjaya mengutip RM400 juta bayaran balik pinjaman daripada para pelajar tajaan mereka selain tidak berhasrat mengenakan tindakan keras seperti dilakukan sesetengah pihak.

Terdahulu Mohd. Shafie dalam ucapan perasmiannya berkata, kementeriannya akan terus menumpukan usaha memartabatkan ilmu demi pembangunan anak bangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanah runtuh: 8 kereta tertimbus

Posted:

Tanah runtuh: 8 kereta tertimbus

Tanah runtuh: 8 kereta tertimbus


Sebahagian daripada kenderaan yang dihempap tembok penghadang jalan selepas tanah runtuh di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 April – Sebanyak lapan buah kereta remuk akibat dihempap tembok penghadang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan letak kereta Pangsapuri Fasa Dua Kuchai Lama di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi, dua daripada lapan kereta tersebut berjaya dikeluarkan kerana tidak mengalami kerosakan teruk.

Difahamkan, aktiviti penebangan pokok atas tebing tanah berkenaan diikuti hujan lebat beberapa hari lalu, dipercayai menjadi punca berlaku kejadian tanah runtuh itu.

Beberapa penghuni dikatakan hanya menyedari kejadian itu dua jam selepas runtuhan berlaku.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, dia terdengar bunyi yang kuat seperti guruh kira-kira pukul 5 pagi namun tidak menyangka ia adalah kejadian tanah runtuh.

"Sebelum ini, beberapa individu datang menebang pokok di kawasan tebing bukit itu, kemungkinan hujan lebat sejak semalam menyebabkan tanah terhakis dan tembok penghadang itu runtuh," katanya di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 29 Apr 2011 10:21 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Eskay ajak Anwar lafaz sumpah laknat

Posted: 28 Apr 2011 03:19 PM PDT

Ketua pembangkang enggan sumpah laknat KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertainya melafazkan sumpah laknat di di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini hari ini jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita warga asing seperti dalam rakaman video yang didedahkannya baru-baru ini.

Shazryl Eskay yang mendakwa sudah lama mengenali Anwar berkata, beliau berani berbuat demikian kerana beliau sendiri berada di lokasi kejadian dan dipaparkan dalam rakaman video itu.

"Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan," katanya ketika membacakan kenyataan bertulis kepada wakil media di sebuah hotel, di sini semalam.

Bagaimanapun, Shazryl Eskay berkata hanya beliau yang akan melafazkan sumpah, manakala dua lagi rakannya dalam kumpulan Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim hanya akan berbuat demikian jika ada keperluan.
"Kami bertiga akan hadir di masjid. Kami akan sembahyang (Jumaat) di sana dan berharap Datuk Seri Anwar akan datang. Saya jemput dia untuk sumpah laknat dengan saya. Saya akan tunggu beliau," katanya.

Ditanya tanggapan beliau jika Anwar tidak hadir ke masjid hari ini, Shazryl Eskay berkata: "Biar rakyat yang menilai."

Beliau juga berkata, keputusan untuk sumpah laknat itu adalah bagi menyahut cabaran pelbagai pihak yang mahu beliau berbuat demikian selepas timbul pelbagai spekulasi berikutan pendedahan video berkenaan.

"Tetapi saya tidak akan lakukannya tanpa kehadiran ulama. Biar ulama yang putuskan apa yang perlu saya lakukan. Jika semua pihak menegaskan saya patut buat (sumpah laknat), maka saya akan buat... terpulang pada ulama esok. Kalau ulama kata buat solat hajat, maka kita buat solat hajat," katanya.

Pada sidang media kemudian, beliau menafikan Trio Datuk T terbabit mendedahkan serta menyebarkan bahagian pertama dan kedua klip video berkenaan yang dimuat naik di laman Youtube, sebelum disebarkan oleh beberapa blog, masing-masing pada 4 April dan kelmarin.

Katanya, mereka bertiga tidak tahu menahu bagaimana ia tersebar kerana rakaman asal klip sudah diserahkan kepada polis.

"Saya tidak tahu bagaimana keluar (di Youtube). Saya tiada kena mengena. Sebenarnya hari ini (semalam) saya cuma mahu menjawab dua soalan saja (berkaitan penyerahan sampel DNA dan hasrat melafazkan sumpah laknat), yang lain saya akan jawab esok (hari ini).

"Terserah kepada polis membuat siasatan siapa yang muat naik video itu. Saya percaya polis akan kenal pasti mereka," katanya sambil menafikan mereka mempunyai salinan asal rakaman video berkenaan kerana ia sudah diserahkan kepada polis.

Mengenai penyerahan sampel DNA di kelmarin, Shazryl Eskay berkata beliau memberikan sampel air liurnya bagi membantu siasatan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Ditanya sama ada lokasi rakaman itu di sebuah kondominium di ibu negara, beliau berkata: "Siasatan belum selesai... malah jam 2.30 petang ini (semalam) ada lagi siasatan (Anwar dipanggil beri keterangan)."

Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata, beliau bersama Rahim dan Shuib merancang mengadakan beberapa lagi sidang media berhubung isu itu sebelum mereka bertiga didakwa di mahkamah.

Ditanya bagaimana mereka tahu akan didakwa, beliau berkata: "Ia hanya andaian kerana polis sebelum ini ada menyebut mereka bertiga mungkin didakwa atas kesalahan menyebar bahan lucah. Lagipun, kes ini sudah lama... jadi kami membuat andaian mungkin dalam minggu depan atau dua minggu lagi kami akan didakwa di mahkamah."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

paping

KAMI ADALAH PEMUDA MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA BANGSA MELAYU, CINA, INDIA, PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK.

KAMI INGINKAN GENERASI KAMI TIDAK DIJILAT DAN DIROBEK OLEH ISU-ISU YANG TIDAK ADA KEPENTINGAN.

KAMI SANGAT KECEWA DENGAN PENYIARAN VIDEO LUCAH DAN ISU LIWAT SERTA ISU-ISU NEGETIF YANG MEROSAKAN MINDA, YANG SETIAP HARI TERPAPAR DIDADA AKHBAR, SERTA SETIAP MALAM MENJADI MENU ISTEMEWA OLEH SIARAN TV BERITA TEMPATAN. WAL HAL BANYAK LAGI ISU YANG LEBIH PENTING UNTUK KEPENTINGAN NEGARA DAN GENERASI KAMI.

KAMI AMAT SEDIH DAN SERBA SALAH APABILA ADIK-ADIK KAMI SETIAP MALAM MELIHAT SERPIHAN VIDEO LUCAH DALAM BERITA DAN BERITA BERGAMBAR, YANG TELAH MENGAJAR MEREKA MENGENAL ERTI LUCAH DAN LIWAT,KERANA ITU YANG MEREKA DIHIDANGKAN SETIAP MASA OLEH MEDIA.

KAMI MERAYU DAN MERINTIH BERHARAP DENGAN SANGAT KEPADA PARTI POLITIK,PIHAK KERAJAAN, PIHAK NGO, PIHAK MEDIA,DAN SEMUA PIHAK TOLONG HENTIKAN SEMUA INI.

TOLONG HENTIKAN SEMUA INI…….

KAMI MEMOHON SEKIRANYA ADA KES BERBAU SEPERTI INI LAGI, BIARLAH PIHAK BERWAJID YANG SELESAIKAN. JANGANLAH RACUN MEMIKIRAN KAMI.DENGAN SETIAP HARI MENJADI RUTIN MENGISIAN MINDA KAMI. BIARLAH PIHAK MAHKAMAH DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA MENJALANKAN TUGAS TULUS MEREKA.

KAMU TIDAK AKAN MEMBIARKAN GENERASI KAMI DIPIKAU DAN DIJAMPI OLEH ISU-ISU TIDAK KEPENTINGAN SEPERTI INI, KAMI TIDAK AKAN MEMELUK TUDUH DAN MENEGUKKAN PANDANGAN BEGITU SAJA DALAM MENGHALALKAN DAN MEMBIARKAN GENERASI KAMI DIJILAT KEZALIMAN YANG BERLAKU DALAM NEGARA.

PERCAYALAH……………………………..
KAMI AKAN TIUPKAN SEMANGAT BARA API MENYALA KEDALAM URAT DAN DARAH SAMPAI SUMSUM TULANG TEMBUS KEDALAM HATI PEMUDA DAN PEMUDI DISELURUH MALAYSIA. UNTUK MENGANGKAT KEBENARAN KEDAULATAN NEGERA..

PERCAYALAH……………………………..
KAMI TIDAK AKAN TERPENGARUH DAN JATUH SUJUD OLEH SAJIAN DUIT,HARTA,PANGKAT DAN KEMEWAHAN. KAMILAH REMAJA YANG RELA HIDUP MERANA DALAM MEMPERTAHANKAN KEBENARAN DALAM NEGARA, DARIPADA HIDUP MEWAH TETAPI KIANAT,DERHAKA,GADAI,MELUDAH MARUAH NEGARA.

PERCAYALAH………………………………
KAMI AKAN BERSATU MENGENGGAM LAVA KEBENARAN DAN BERJUANG UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA. KAMI AKAN MENGIGIT SEKENTAL SEMANGAT SERTA MEMBAKAR JIWA DAN KEPINGAN HATI-HATI KAMI BERJUANG UNTUK MALAYSIA TERICINTA.

PERCAYALAH………………………………….
KAMI TELAH DISUNTIK OLEH JARUM TENAGA YANG SANGAT KUAT UNTUK PERTAHANKAN KEBENARAN NEGARA. JIWA KAMI BERKOBAR-KOBAR SEPERTI LETUSAN GUNUNG BERAPI MENGEGARKAN DAN MENGHANCURKAN KEZALIMAN NEGARA.

KAMILAH GENERASI PEMUDA DAN PEMUDI MALAYSIA.

anjekem

Kalau benar DSAI bukan pelakunya lakukan sajalah sumpah laknat drpd pergi ke sana sini, marah n maki org utk tegakkan kebenaran. Takut lagi byk berckp lagi byk pembohongan dan btmbah lg dosa. Kalau bukan anda tak perlu berasa takut, bukankah Allah itu maha adil...

Sidik

Takde keje lain asyik nak sumpah laknat je. Bukan ape kalau kao sorang je kene laknat takpe, aku takut satu M'sia kene laknat nanti, turun bala ke, kes naya ni bro...

SAM

RILEKS JE NGAKU ADA DALAM VIDEO TU. SAH2 BERSUBAHAT. DARIPADA HANG BERSUMPAH BAIK HANG BERTAUBAT

Superstar

Adakah anda rela bersumpah jika anda tidak bersalah? Berani kerana benar.

musykil

pelikkk..kata ada d tempat kejadian & siap ada dlm paparan video lg...knapa x report kt pencegah maksiat or sape2 yg brkenaan terus p tangkap..kan senang..

maya

ya allah!tunjukkanlah kebesaranmu...kepada orang2 yang begitu mudah melafaskan sumpah.

minat

sebab ada ajenda lain, keadaan makin rumit, sepatutnya dah lam selesai, sebelun ni berlambak lagi video klip lucah remaja melayu diedarkan kenapa tak siasat,, jawapan nya ada pada tuan-tuan sendiri... wallahua'lam

abdullah

aku dah MUAK dgn politik Msia. KOTOR! JIJIK! kbnykn politician gila kuasa! tolonglah fikir utk rakyat dan masa depan negara.

anirzam

Ya Allah.. Hanya Kau yang mengetahui segala-galanya. Berilah kami petunjuk Mu..

waibee

sy tinggal di UK, skrg mereka busy dan berdebat secara ilmiah untuk referendum Alternative Vote serta election setempat (seperti pemilihan DUN di msia), meskipun panas tapi semuanya berlangsung penuh beradab, teratur dan bermaruah. Takde pun channel tv serang2 calon dengan video lucah, calon bersumpah etc..eh politician kat msia..tolonglah contohi budaya politik seperti di UK nih.

kuala nerus

Kembalilah Datuk Seri kepangkal jalan, tak payah bersumpah PUN TAK APA pergilah bertaubat, cukuplah.. ..

maman

ketahuilah wahai orang melayu yang mengaku beragama ISLAM, ALLAH AKAN SEMBUNYIKAN AIB KAMU JIKA KAMU MENYEMBUNYIKAN AIB SAUDARA SEISLAM DI AKHIRAT NANTI.

hohone

Sumpah cukup utk m'buatkn m'siaku maju jaya....xpayah kje...

Waqiah

Selamat berjuang dan semoga anda bertiga diberi kekuatan serta di limpahi rahmat.

berani

bagi saya, sbnrnya x kisah nk b'sumpah di mana sekalipn sbb Allah maha mengetahui..kita x bleh ckp sumpah ni palsu semata-mata...pada pandangan saya seseorang tu bleh b'sumpah utk menyatakan bahawa dia di pihak yg benar tp bkn utk m'jatuhkan hukuman tnp p'bicaraan...bila seseorang utk dituduh atau dikatakan fitnah, sebagai individu saya b'pendapat mereka ada hak utk menyatakan yg dakwaan mereka benar dan DSAI pn bleh melakukan perkara yg sama utk buktikan dia bkn lelaki dlm video tersebut.. soal jatuh hukum biarlah Allah yg tentukan..kita manusia t'lalu kerdil utk menilai siapa yg betul/salah..jadi saya sokong supaya sumpah laknat dijalankan kerana b'pegang pada prinsip "berani kerana benar" dan Allah selalu memberi perlindungan kepada org yg BENAR..

khalid

huh... aper motif trio dato T nih... sy tak sebelah mana2 pihak.. tp c TRIO ni cermin latarbelakang u Alls dulu. dan saya hairan siapa mereka sampai boleh bagi statment "kami akan teruskan buat sidang akbar sebelum kami di dakwa" hebat!! mane kelibiliti PDRM.. tolong la keluar 1 memo meminta sesiapa tidak di benarkan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes ini d bicarakan.. seperti kes2 yang lain.. dan lagi mereka2 ni lah yang merosakan bangsa. agama dan negara. memalukan orang ISLAM je... pihak Media tolong lah cari maklumat dan dapat komen dari mufti2 kita pulak.. kekadang klu tegok klip yg kedua macam muka c Eskay tu pun ye.. mungkin kerana tu DNA dia d perlukan. heran!!!

staq

nak main2 dengan sumpah laknat pula.... pedih nye azab kalau makan sumpah ni.. keturunan binasa.. kalau sazril ada kat situ masa kejadian kenapa dia tak laporkan terus..??

aminul

Selamat berjuang demi bangsa dan agama. Semoga kelian bertiga di beri kekuatan dan di limpahi rahmat.

baha_rudin1@yahoo.com

Tabik untuk Datuk Eskay, kebenaran harus ditegakkan walaupun pahit , yang palsu, batil harus dinyakkan demi keselamatan dan keharmonian Negara dan rakyat. Tahniah semuga Allah melidungi. Amin

Sumpahsesumpah

Come on anwar. Kalau x bersalah just sumpah jer la. Kalau korang la, kalau x bersalah korang akan selamber angkat sumpah ke x?

sumpahsumpit

aiseh..kelak menyesakkan kawasan Bandar Baru Sentul yg sedia sesak dan menyusahkan jemaah yg nak bersolat Jumaat.

Buat je lah di Seri Carcosa Negara, sumpah laknat tak semestinya buat di masjid. Allah maha melihat dan mendengar di mana-mana pun...

remo.upsi

sumpah tak membawa ape2 makna. buktikan secara saintifik.. malu jadi rakyat m,sia sbb isu ni..

NORILAH BINTI JUNUS

sukar di mengerti siapa yang betul... dahsyat sampai ke tahap angkat sumpah laknat lagi 2.Apa2 pn kebenarannya akan di ketahui juga tu...

ahmad kamal bin mohd yusop

berani kerana benar tuan...

intai

syabas kpd berita harian kerana ruangan Komen Anda. mana tahu mungkin pandangan-pandangan segelintir rakyat boleh mewakili majoriti rakyat negara. boring dgn cakap-cakap orang-orang politik dan media pro kerajaan. kata PM beliau mahu dengar dari semua orang tidak kira kawan atau musuh.

MYG

Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk ke Umat Islam di negara ini. Semakin banyak isu yang mengaibkan umat Islam berlaku di negara ini. Kalau banyak duit, pergi ke Baitullah dan berdoa untuk mendapat petunjuk. InsyaAllah bersih nurani. Fikir-fikirkanlah.

orang kampung

Jangan permainkan sumpah laknat:..penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.."Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie."Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.

tekno

salam ramai rakyat malaysia....semoga ceria selalu di pagi yg cerah ini..Moga negara terus maju menuju ke arah wawasan 2020...selamat maju jaya...warga malaysia....


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads