Sabtu, 30 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Feminin

Posted: 30 Apr 2011 09:46 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Biru dinginkan musim panas

Posted:

Biru dinginkan musim panas

Biru dinginkan musim panas

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Tema Underwater banyak menggunakan warna lembut seperti biru.


USAI kedinginan musim luruh dan sejuk, jenama fesyen wanita terkenal dari Eropah, Le Ann Maxima, tampil dengan koleksi segar sempena musim bunga dan panas 2011.

Lebih menarik apabila koleksi musim ini memang sesuai diadaptasi di negara kita yang sememangnya beriklim panas sepanjang tahun.

Bertempat di butik konsepnya yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya, Selangor, barisan peragawati mengatur langkah memperagakan koleksi terbaru dari Le Ann Maxima yang nyata memang lain daripada yang lain.

Dres panjang, denim, kemeja ringkas, gaun senteng, corak berkotak, aksesori sepadan dan jaket adalah antara gaya yang dipersembahkan sebagai manifestasi fesyen wanita moden dewasa ini.

Sebelum pertunjukkan fesyen bermula, tiga selebriti Isma Hanum, Corianne dan Megan Tan telah berkongsi rasa dan minat mereka terhadap jenama yang sinonim dengan wanita Eropah ini.

Ketiga-tiga selebriti ini berkongsi minat pada jenama ini yang menepati pencarian fesyen masing-masing.

Corianne yang baru mendapat cahaya mata pertama, memang mencari jenama dari Eropah yang lazimnya direka untuk wanita bertubuh lampai sepertinya.

"Dan ketika hamil saya mencari pakaian yang sesuai untuk wanita hamil tetapi boleh dipakai semula selepas kembali ke bentuk badan normal dan Le Ann Maxima mempunyai pakaian yang begitu.

"Paling saya suka pada jenama ini ialah dres labuh yang kelihatan begitu feminin dan anggun," jelasnya yang telah membintangi beberapa buah filem seperti Kala Malam Bulan Mengambang.

Bagi Isma Hanum pula perkenalannya dengan jenama ini bermula apabila beliau mencari pakaian untuk satu sesi penggambaran.

"Dari situ saya menjadi penggemar jenama ini dan mendapati bahawa setiap musim Le Ann Maxima tampil dengan rekaan yang memang lain daripada yang lain.

" Bagi koleksi kali ini tema yang diketengahkan ialah Underwater yang banyak menggunakan warna lembut seperti biru," jelasnya yang kini sedang mempromosikan filem terbaru yang bertajuk Dilarang Masuk.

Sementara itu bagi, hos rancangan Quikie di TV8, Megan Tan pula begitu tertarik dengan jenama Le Ann Maxima kerana rekaannya begitu ringkas, ringan, selesa dan feminin.

"Saya teruja dengan koleksi Le Ann Maxima untuk musim bunga dan panas ini kerana mengutamakan warna biru yang memang merupakan warna kegemaran saya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pandora hadiah untuk ibu

Posted:

Pandora hadiah untuk ibu

Pandora hadiah untuk ibu

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my


Gelang Pandora turut menjadi pilihan selebriti tempatan termasuk Vanida Imran dan Sofea Jane.


IBU amat bermakna kepada sesiapa sahaja. Pengorbanan ibu tidak ternilai dan sukar dibalas. Sempena Hari Ibu tidak lama lagi, apa salahnya menggembirakan hati orang yang melahir dan membesarkan kita ini dengan hadiah yang amat bermakna.

Pandora yang terkenal dengan pelbagai barangan kemas berasaskan charm yang unik dan istimewa misalnya boleh dijadikan sebagai pilihan untuk dihadiahkan kepada ibu tercinta.

Antara koleksi barangan kemas ini ialah loket perak berbentuk hati yang mudah dipadankan mengikut gaya anda.

Ia juga boleh digayakan dengan rantai tangan charm sebagai loket, rantai leher atau sebagai subang.

Pelakon Vanida Imran dan Sofea Jane antara tetamu yang memeriahkan pelancaran koleksi Pandora sempena Hari Ibu pada majlis pelancarannya yang diadakan di butik Pandora @ Habib di Ampang Point baru-baru ini.

Pada majlis itu, tetamu khas yang terdiri dari ibu dan anak diberi peluang untuk menghasilkan gelang dihiasi charm yang menjadi pilihan masing-masing.

Ada yang memilih charm tas tangan, strawberi, karung duit atau bunga kerana setiap charm yang dipilih itu mempunyai kenangan manis di sebaliknya.

Keluaran barangan kemas yang berasal dari Belanda sejak tahun 1982 ini kini telah dikenali di lebih 50 buah negara.

Pandora yang diedarkan oleh Habib secara eksklusif ini boleh didapati dengan harga bermula dari RM130 dan ke atas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 30 Apr 2011 09:14 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jangan potong buah sawit muda muda

Posted:

Jangan potong buah sawit muda muda

Jangan potong buah sawit muda muda

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


Peserta kursus Penggredan Buah Tandan Segar melihat sendiri buah sawit segar dan masak yang dipotong di Kampung Air Papan, kelmarin.


MERSING 29 April - Petani dan pekebun kelapa sawit diminta agar tidak memotong buah kelapa sawit ketika ia masih muda kerana tidak menghasilkan perahan yang baik.

Pegawai Tunas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Mersing, Shamsul Ahmad, berkata larangan telah dikeluarkan kepada peniaga buah kelapa sawit supaya tidak membeli atau menerima buah muda daripada pekebun kecil sebaliknya hanya membeli buah yang masak.

"Kami minta kerjasama daripada semua pekebun yang ada agar tidak mengingkari nasihat ini bagi memastikan tahap kualiti yang baik ini akan sentiasa terjamin," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas Kursus Penggredan Buah Tandan Segar (BTS) dan Penggunaan Mesin Cantas, di sini semalam.

Seramai 55 orang pekebun kecil kelapa sawit seluruh daerah itu turut serta dalam kursus yang diadakan di Balai Raya Kampung Air Papan tersebut.

Shamsul menegaskan, kerjasama antara pekebun kecil dengan peniaga perlu bagi memastikan hanya buah masak dan berkualiti dipetik bagi mendapatkan kadar perahan serta harga yang baik.

Jelasnya, MPOB telah menempatkan pegawai di setiap kilang bagi memantau dan memastikan buah kelapa sawit yang akan diproses mematuhi Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit sebagaimana yang ditetapkan agensi itu.

"Jika buah yang dipotong masih muda, ia akan menjejaskan hasil pendapatan pemilik kebun itu sendiri, sekali gus turut menjejaskan industri sawit negara jika ia terus diamalkan," katanya.

Sementara itu, seorang pekebun Rahim Hassan, 35, berkata, dia menyambut baik kursus itu dan berjanji akan mengikut apa yang telah diarahkan.

"Saya menyokong baik saranan ini demi kebaikan semua pekebun di sini," katanya.

Rakannya, Ahmad Hanafiah, 56, pula berkata, sambutan pada kursus ini juga amat menggalakkan kerana ramai yang hadir.

"Dengan adanya program seperti ini diharapkan akan bertambah kualiti hasil yang dikeluarkan nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM15,000 bantu peserta projek cendawan PPRT

Posted:

RM15,000 bantu peserta projek cendawan PPRT

RM15,000 bantu peserta projek cendawan PPRT

KOTA TINGGI 29 April - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) meluluskan peruntukan RM15,000 untuk diagihkan kepada enam peserta projek cendawan di kawasan penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lukut di sini.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, bantuan yang diluluskan TEKUN itu adalah untuk membantu penduduk menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan lagi kualiti kehidupan dengan peningkatan pengeluaran hasil.

"Kita harus berusaha mengubah nasib supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan memulakan hidup yang lebih baik.

"Diharapkan dengan bantuan yang diberikan itu dapat membantu hasil pengeluaran para usahawan cendawan yang telah diusahakan sejak setahun lalu," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian cek TEKUN di pekarangan rumah Ketua Kampung Lukut, Md. Nor Lawang, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai TEKUN Kota Tinggi, Kamisah Mohd. Amin; Penolong Pegawai Pertanian, Azman Aman dan ketua-ketua kampung berhampiran.

Halimah turut mengucapkan terima kasih kepada pihak TEKUN dan Pejabat Pertanian yang proaktif serta semua jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani kerana turun padang mengeluarkan sumbangan dan juga skim yang disediakan kerajaan kepada golongan sasaran.

Katanya, projek cendawan yang ditempatkan dalam 4 buah bangsal di situ turut mendapat peruntukan sebanyak RM90,000 untuk membangun asas tani itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 30 Apr 2011 01:51 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Supermodel Tengku Azura

Posted: 29 Apr 2011 07:25 PM PDT

Ratu

Senang, ringkas, bersahaja

HAMPIR setiap kali majlis pertunjukan fesyen, beliau menjadi orang terakhir yang akan muncul di pentas peragaan. Seperti industri hiburan, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan kemuncak dalam program hiburan, jelas menunjukkan dia yang terbaik!

Begitu juga dengan peragawati terkenal, Tengku Azura Tengku Awang, 36. Kehadirannya dinantikan dan sering kali, wajahnya paling akhir dapat dilihat, penanda kemuncak peragaan fesyen. Tidak mustahil dengan bakat, gaya dan memiliki keunikan serta auranya tersendiri, ramai yang akan bertepuk tangan tidak kurang juga bersorak kerana teruja setiap kali namanya dipanggil atau muncul di pentas peragaan. Inilah yang dikatakan 'supermodel'. Nama ibu kepada dua cahaya mata itu tidak asing lagi dalam arena fesyen tanah air kerana Tengku Azura sudah berkecimpung dalam dunia peragaan hampir 20 tahun sejak tamat zaman persekolahan. Namun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana gaya seorang 'supermodel' apabila tidak bertugas dan bersantai pada masa lapang.

Bagaimana gayanya jika beliau keluar membeli-belah dan apakah diri dihias cantik supaya kekal personaliti sebagai peragawati di luar?

Tengku Azura berkata, beliau lebih selesa dengan gaya ringkas, selesa dan bersahaja. Jika bersantai, keluar membeli-belah bersama anak atau berjumpa rakan, beliau lebih gemar memakai selipar berbanding kasut bertumit tinggi. Fesyen pakaian juga lebih ringkas dan selesa dengan mengenakan seluar jeans dan kemeja-t selain blaus santai.

"Gaya di pentas peragaan perlu mengikut tema acara pertunjukan fesyen sesuatu jenama. Baik dari segi fesyen pakaian, solekan wajah dan juga gaya rambut mengikut konsep yang ditetapkan penganjur.
"Bagaimanapun, jika rambut biasanya disisir rapi atau dibuat pelbagai gaya dan ragam, saya yang berambut panjang ini lebih suka bersanggul atau siput saja kalau mahu keluar ke mana-mana. Ini kerana bagi saya ia memudahkan pergerakan saya.

"Begitu juga dengan solekan ketika di luar, saya tidak bersolek sangat sebaliknya lebih suka solekan tipis," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai supermodel, aspek kecantikan kulit wajah dan badan perlu dijaga kerana menjadi titik tumpuan utama selain ketinggian menjadi ukuran. Rutin penjagaan kulit wajah dan badan Tengku Azura juga sangat ringkas. Beliau tidak kerap melakukan rutin penjagaan di spa seperti kebanyakan wanita lain sebaliknya hanya melakukannya sendiri di rumah.

"Memandangkan terlalu sibuk, selalunya saya tidak sempat untuk melakukan rawatan badan dan wajah di spa atau salun kecantikan. Kalau pergi pun mungkin sebulan sekali untuk rawatan lulur dan ia pun bergantung pada keadaan dan masa.

"Untuk kulit wajah juga hanya sekali-sekala buat rawatan. Apa yang penting, saya pastikan wajah dibersihkan sebaiknya selepas bersolek tebal, memakai penyegar dan menyapu krim malam sebelum tidur. Saya tidak mencuci wajah dengan sabun selepas bangun tidur, hanya basuh dengan air sejuk kerana kulit tidak terdedah dengan pencemaran pada malam hari.

"Namun, masih perlu dititikberatkan jika esok saya perlu bertugas, saya akan pastikan memakai dua pupur wajah yang melembap dan menyegarkan supaya wajah nampak segar apabila bersolek tebal nanti," katanya.

Jika menyaksikan beliau `catwalk' di atas pentas peragaan, pasti ada yang beranggapan Tengku Azura seorang yang sombong dan memiliki suara serak, kasar atau garang. Anggapan itu jauh tersasar sama sekali kerana beliau seorang yang sangat peramah, berbudi bahasa selain menghormati orang sekelilingnya, tidak terkecuali mereka yang lauh lebih muda muda daripadanya. Suaranya juga tidak seperti yang disangkakan kerana Tengku Azura memiliki suara halus dan kecil.

Mudah bekerjasama dengan si tinggi lampai ini walaupun pertemuan petang itu diatur ketika beliau sibuk dengan pertunjukan fesyen Stylo sempena perlumbaan kereta Formula Satu (F1). Kuat bekerja, komited, berdisiplin, itulah yang membawa Tengku Azura berjaya hingga ke peringkat sekarang.

Namun, dalam kesibukan bekerja, ibu kepada dua anak lelaki, Adam Mustaqim, 16, dan Ilyas Ammar, 9, ini sentiasa menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan sepenuh masa bersama anak-anak. Apabila tidak bekerja saya akan membawa mereka bersiar supaya tidak hilang kasih sayang antara ibu dan anak. Saya juga akan pastikan mereka siapkan semua kerja sekolah sebelum masuk tidur.

"Pertunjukan fesyen mengikut musim. Ada masa akan terlalu sibuk dan jadual harian penuh. Saya mahu anak-anak faham dengan kerja saya. Saya akan menerangkan kepada Adam dan Ilyas jadual kerja saya. Setakat ini, mereka memahami tuntutan tugas saya," katanya yang gemar berbasikal pada malam hari bersama anak dan rakan basikal sebagai senaman sampingan.

Mengekalkan berat badan memerlukan senaman yang kerap. Tengku Azura akan berbasikal bersama kumpulan basikalnya pada malam hari meronda sekitar Kuala Lumpur atau ke gimnasium jika ada masa terluang.

Mengakhiri perbualan petang itu, Tengku Azura yang memiliki ketinggian lima kaki sembilan inci dengan berat 55 kilogram, mengakui kecantikan perlu datang dari dalam.

"Ia lebih penting daripada hanya menonjolkan kecantikan luaran," jelasnya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabar diri jadi Raja Dapur

Posted: 29 Apr 2011 07:21 PM PDT

Ratu

AZLIN membuat demo memotong cili sambil diperhatikan Chef Joe dan Chef Zubir (kanan) pada sidang media MasterChef.

AZLIN membuat demo memotong cili sambil diperhatikan Chef Joe dan Chef Zubir (kanan) pada sidang media MasterChef.

MEMASAK bukan digemari semua individu, tapi ia menjadi terapi terbaik kepada mereka yang gemar makan dan menyediakan masakan sendiri.

Bahkan tugas memasak juga adalah rutin hebat kini menyebabkan ramai berminat memilih kerjaya tukang masak selain seronok menjadi 'chef' di dapur sendiri menjamu rakan dan sahabat handai yang gemar bertandang.

Apa kata cuba bakat anda menyertai program terkini diperkenalkan Astro, MasterChef, yang mencari individu berkaliber dalam bidang masakan. Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi, berkata MasterChef terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas dan kebolehan bertutur bahasa Malaysia adalah antara syarat dikenakan kepada mereka yang berminat menyertai program ini.

"Uji bakat berikut akan diadakan di Hotel Beverly, Kota Kinabalu pada 30 April; Hotel Selesa, Johor Bahru (7 Mei); Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu (13 Mei) dan Kolej Universiti KDu, Petaling Jaya (20 & 21 Mei).

"Program ini akan ditayangkan di Astro RIA saluran 104 pada Oktober dan kami mencari bakal MasterChef di lokasi dinyatakan itu. Dua juri terbabit pada sesi uji bakat adalah Chef Johari Idrus atau lebih dikenali dengan Chef Joe dan Chef Zubir Mohd Zain, yang kedua-duanya berpengalaman luas dalam bidang masakan," katanya pada sidang media MasterChef di Bangsar, baru-baru ini.

Azlin berkata, kriteria utama yang perlu ada pada individu berminat menyertai program realiti ini adalah minat mendalam terhadap bidang masakan selain kreativiti semula jadi.
"Peserta mestilah mempunyai keghairahan terhadap dunia masakan. Jika mereka tidak begitu mengetahui mengenai pelbagai makanan, ia tidak menjadi halangan, asalkan mempunyai minat dalam dunia masakan.

"Pada hari uji bakat, mereka juga dikehendaki membawa hidangan halal untuk dinilai oleh juri, peserta mestilah amatur dan tidak menerima pendidikan atau pengalaman profesional dalam bidang masakan serta membawa sekeping gambar berukuran 4R, gambar profil termasuk salinan kad pengenalan," katanya.

Pemenang program realiti masakan ini bakal menerima RM100,000 dan pihak Astro akan menerbit serta mengedarkan buku resipi Juara MasterChef Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, layari web rasmi www.masterchef.com.my.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 29 Apr 2011 11:17 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Galeri Ali Rustam di SMK Bukit Baru

Posted:

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAHB agih zakat kepada 255 murid SKPC

Posted:

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 29 Apr 2011 07:52 PM PDT

Harian Metro: Hati


Himpunan kasual lebih segar

Posted: 29 Apr 2011 09:40 AM PDT

MAXMARA, jenama mewah Itali yang sudah bertapak lebih 60 tahun dalam dunia fesyen antarabangsa dan menjadi pilihan ramai selebriti negara Barat.

Memiliki helaian jenama yang diasaskan oleh pereka Achille Maramotti itu bagaikan satu kelebihan buat wanita kerana rekaannya memenuhi cita rasa.

Sesuai dengan label eksklusif yang dibawanya, koleksi MaxMara adalah pilihan bagi wanita moden yang gemar berfesyen.

Himpunan terkini musim bunga jenama itu tidak kurang menarik untuk dimiliki.


Seperti koleksi sebelum ini, ia masih mengutamakan penggunaan fabrik mewah serta perincian jahitan yang kemas dan teliti.


Sesuai dengan musim yang penuh keceriaan, rekaan jenama itu kali ini banyak mengetengahkan warna ceria seperti oren, kuning, ungu dan coklat.

Pada majlis peragaan khas sempena penganjuran perlumbaan Formula Satu di Pusat Beli-Belah Pavilion baru-baru ini, MaxMara menampilkan 32 rekaan menarik daripada koleksi terbarunya.

Koleksi gaun malam atau koktel menampilkan rona cerah seperti kuning terang dan oren.

Tidak ketinggalan, MaxMara turut menampilkan koleksi kasual untuk wanita yang mahu tampil lebih bergaya.

Rekaan itu juga sesuai digayakan ke tempat kerja atau pada hujung minggu kerana ia praktikal dan selesa.

Koleksi pakaian kasual dipadankan dengan seluar panjang atau skirt itu diimbangi sentuhan moden, manakala rekaan klasik diberi nafas baru bagi menampakkan ia lebih segar.

Penekanan turut diberi pada pakaian menerusi potongan menarik, ringkas dan praktikal serta dipadankan dengan seluar panjang atau skirt.

Rekaan itu sesuai untuk wanita yang aktif dan bekerja, tetapi masih menampakkan gaya elegan yang anggun.

Untuk himpunan formal, rekaan gaun malam dan gaun koktel jenama itu masih menonjolkan gaya feminin bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai. Ia tampil dengan warna sederhana seperti putih, ungu, hitam dan kelabu.

Jenama yang ditubuhkan pada 1951 itu turut melebarkan sayapnya di negara ini menerusi pembukaan butik di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Butik terbaru itu adalah yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belajar cara buat kerongsang

Posted: 29 Apr 2011 09:09 AM PDT

KERONGSANG memang pelengkap gaya. Pelbagai fesyen kerongsang dicipta bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai citarasa.

Ada yang memilih kerongsang kerana sinarnya, ada juga kerana keunikan fesyennya. Ada yang membeli kerongsang yang sesuai dipakai dengan pakaian tertentu saja.

Ada yang menghabiskan berhari-hari mencari kerongsang yang dimahukannya, tidak ketinggalan ada yang mengadu kecewa kerana gagal menemui kerongsang impiannya.
Sekiranya begitu, apa kata buat sendiri kerongsang.

Di Kristal Station DIY, pengunjung boleh membuat sendiri kerongsang, rantai dan gelang impian.

Caranya akan diajar oleh tuan punya kedai, Amrah Harun secara percuma.

Semua peralatan dan bahan untuk membuat apa saja aksesori wanita yang diingini itu juga boleh didapati di kedai Amrah dengan harga berpatutan.

Bagi yang baru mempelajarinya, cuba gaya yang ringkas dahulu supaya tangan boleh membiasakan diri dengan segala peralatan yang digunakan. Semakin anda mahir, cuba fesyen apa saja.

Bahan diperlukan:

  • Pin lembut
  • Kerongsang kecil berwarna putih
  • Loket berbentuk air mata
  • Penyangkut loket
  • Cincin saiz 8
  • 4 butir kristal merah
  • 4 butir kristal putih

    Terima kasih:
    ■ Kristal Station DIY, Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor (016-9063936)

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Pemotoran

    Posted: 29 Apr 2011 01:21 PM PDT

    Kosmo Online - Pemotoran


    Vespa kembali bangkit

    Posted:

    Vespa kembali bangkit

    Vespa kembali bangkit

    Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
    syukran.zainuddin@kosmo.com.my



    SUDAH setahun dia menyimpan duit. Petang itu, segala penat lelahnya berjimat cermat diganti dengan jentera yang pasti membuatnya tersenyum setiap kali berada di atas jalan raya.

    Jelas sekali Trinh My Duong, 24, adalah penggila Vespa. Tidak jauh bezanya dengan kira-kira 3,500 pemilik baru jenama motosikal itu setiap bulan di Vietnam. Kalau dinilai dengan purata gaji pekerja di Vietnam yang cuma AS$40 (RM118) sebulan, Vespa sememangnya barang premium dan bukan untuk semua orang.

    Namun begitu, Trinh tidak peduli. Vespa LX125 i.e berwarna kuning terang itu baru dibelinya pada harga AS$3,450 (RM10,236) secara tunai. Ia pasti akan membuatkan Trinh lebih popular berbanding rakan-rakannya yang lain.

    "Saya beli Vespa kerana prestij namanya dan rekabentuk yang menarik," jelas Trinh ringkas, sambil tersengih.

    Harus tahu bahawa volum keseluruhan industri (TIV) motosikal di Vietnam mencecah 2.5 juta unit setahun. Maka tidak hairanlah jika negara itu menjadi lubuk emas buat pengeluar motosikal. Antara pemain industri yang aktif di sana ialah pembuat skuter terkenal dari Itali, Piaggio.

    Jenama Eropah paling sukses

    Piaggio memulakan operasinya di Vietnam pada tahun Jun 2009 menerusi kilangnya yang bernilai AS$30 juta (RM88.9 juta) di wilayah Vinh Phuc, Hanoi.

    Sejak itu, ia menjadi jenama Eropah paling sukses dengan jualan mencecah 22,300 unit pada tahun 2009. Pada tahun lalu, angka itu melonjak kepada lebih 72,000 unit termasuk model import sepenuhnya (CBU) keluarannya.

    Justeru, langkah Piaggio menjadikan Vietnam sebagai hab pengeluarannya untuk pasaran Asia nyata satu tindakan bijak. Malah, Malaysia turut menerima faedahnya. Melalui program pemasangan tempatan ASEAN (Asean CKD), produk Piaggio dapat dimiliki pada harga lebih murah.


    PRODUK yang dihasilkan oleh kilang Piaggio Vietnam Co. Ltd. ini turut dipasarkan ke pasaran Asia lain termasuklah Malaysia.


    Naza Premira

    Sekitar empat tahun lalu, untuk membeli sebuah Vespa model LX150 buatan Itali, anda perlu membayar hampir RM18,000 seunit. Namun kini, model seperti Vespa LX150 boleh anda miliki pada harga kira-kira RM11,000 sahaja.

    Terima kasih kepada Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) yang bertindak selaku pengedar rasmi jenama tersebut. Anak syarikat Kumpulan Naza itu juga dilihat semakin serius untuk mengembalikan kegemilangan Vespa di pasaran tempatan.

    Sebenarnya, Naza Premira mula memperkenalkan jenama Vespa pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Disember lalu. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan apabila lebih 200 unit motosikal tersebut berjaya dijual.

    Kini, persediaan lebih rapi telah dibuat. Naza Premira bakal tampil dengan pusat jualan dan bilik pameran yang lengkap dengan identiti korporat terbaru Piaggio pada Mei nanti. Peminat Vespa boleh melihat model idaman mereka di beberapa buah pusat pameran yang bertempat di Kota Damansara dan Kampung Baru.

    Sanggup berbelanja lebih

    Antara model yang boleh didapati ialah Vespa LX150, Vespa GTS 300 dan Vespa GTV 250. Bernaung di bawah nama Piaggio, ia turut menawarkan jenama-jenama motosikal Itali yang lain termasuklah Aprilia dan Gilera. Misalnya seperti model Gilera Fuoco dan Gilera Nexus. Lebih menarik lagi, Naza Premira ada menyatakan hasrat ingin memperkenalkan model Vespa Liberty yang baru tidak lama lagi.

    Pengurus Besar Two Wheel Division, Naza Motor Trading Sdn. Bhd., Nik Danial Nik Mahmood menjelaskan skuter Vespa adalah produk gaya hidup. Golongan sasarnya terdiri daripada mereka yang mementingkan gaya. Selain tidak kisah berbelanja lebih demi mendapatkan sebuah skuter yang terbukti mengagumkan dari segi teknologi dan rekabentuknya.

    "Saya boleh katakan bahawa cabaran paling sukar ialah menyerlahkan Vespa sebagai skuter gaya hidup. Lagi pun, ini adalah jenama ikonik dengan kerangka dan tubuhnya diperbuat daripada besi. Itu antara ciri yang membuatkan Vespa berbeza dan istimewa. Jika mesej ini dapat diserlahkan, menjual Vespa mungkin bukan satu masalah besar," katanya.

    Optimis dengan penerimaan pasaran, Nik Danial memberitahu, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 1,000 unit Vespa pada tahun ini.


    NAZA Premira telah membuat perancangan rapi untuk membina rangkaian servis yang terbaik buat setiap pelanggannya di Malaysia.


    Potensi besar

    Bagi mengukuhkan lagi rangkaian jualan, syarikat tersebut mahu ada sebanyak 20 pengedar produknya menjelang akhir tahun ini. Jumlah itu memang tidak banyak, tetapi pemantauan perlu dibuat bagi memastikan pengedar mampu memberikan sevis terbaik kepada setiap pelanggan.

    Presiden dan Pengarah Besar Piaggio Vietnam Co. Ltd., (Piaggio Vietnam) Costantino Sambuy mengakui Piaggio merancang untuk mengukuhkan kembali jenama Itali itu di Malaysia. Piaggio Vietnam juga dilihat begitu agresif dari aspek menjalin kerjasama dengan rakan niaga tempatan di negara produknya dijual.

    "Potensi produk Piaggio di Malaysia sangat besar. Sebabnya, Malaysia merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia kerana sudah ada trend terhadap skuter automatik di sana," kata Sambuy.

    Kenapa agaknya anda perlu membeli sebuah Vespa? Sebabnya mudah, kalau sukakan perhatian, ini skuter paling sesuai buat anda. Jika teknologi dan prestasi menjadi keutamaan, Vespa juga tidak akan menghampakan. Pendek kata, Vespa ada segalanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Teknologi DIG-S Nissan

    Posted:

    Teknologi DIG-S Nissan

    Teknologi DIG-S Nissan

    Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
    geartinggimedia@gmail.com


    TEKNOLOGI DIG-S amat sesuai dipasang pada model bandar terbaru Nissan iaitu Micra.


    ANAK-ANAK muda yang 'bermain' kereta lewat tahun 1990-an dan awal tahun 2000 pasti teringat akan populariti Nissan March SuperTurbo. Kereta kompak itu sebaris dengan Daihatsu Charade, Toyota Starlet dan Suzuki Swift GTi.

    Nissan March SuperTurbo dua pintu adalah paling sukar diperolehi atau bahasa glamornya 'rare'. Uniknya March terletak pada teknologi enjin yang mengabungkan sistem pengecas lampau (supercharge) dan pengecas turbo (turbocharge).

    Itulah yang dikatakan 'super rare', teknologi yang paling sukar antara sukar. Bayangkan pada lewat tahun 1980-an, pengeluar Jepun sudah bermain dengan teknologi yang begitu rumit.

    Kembali kepada retro

    Seperti kebetulan, pergerakan trend dunia automotif kembali kepada unsur-unsur retro. Pengeluar kereta utama dunia nampaknya kembali kepada teknologi turbo dan pengecas lampau menerusi penambahbaikan komponen tersebut bagi disesuaikan dengan regulasi serta keperluan semasa.

    Teknologi pendesak (force induction) boleh diibaratkan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan kuasa ekstra dengan kadar segera daripada enjin. Hasilnya, enjin berkapasiti sederhana seperti 1.6 liter mampu menjana kuasa seperti enjin 2.0 liter.

    Demam teknologi tidak terhad kepada pengeluar kereta dunia. Bahkan ia turut menjangkiti Proton yang sedang bersiap-siap melancarkan model Exora berkuasa turbo dalam masa beberapa bulan lagi.

    Nissan tidak mahu ketinggalan dengan trend arus perdana. Mereka mempunyai teknologi enjin kecil dengan janaan output besar yang diberi nama DIG-S. Akronim empat huruf itu merujuk kepada Direct Injection Gasoline-Supercharger.

    Maksudnya, enjin tersebut menerima bantuan daripada pengecas lampau. Enjin DIG-S dikatakan mampu menghasilkan output tinggi, di samping penggunaan bahan api yang ekonomikal serta emisi rendah. Enjin itu direka bagi memenuhi dan menjangkaui keperluan pemanduan harian masa kini. Ia dilihat sangat ideal untuk dipadankan pada model Micra, kereta bandar terbaru Nissan.

    Inovasi teknikal dipakejkan ke dalam enjin DIG-S. Ia menggunakan kitaran Miller dan pancitan terus (direct injection) bagi meningkatkan nisbah mampatan 13 kepada 1 untuk mendapatkan kecekapan dalam kebuk pembakaran. Sementara supercharge pula berfungsi mendapatkan kuasa tambahan segera.

    Penanda aras baru industri

    Enjin bersesaran 1,198cc tiga silinder itu menghasilkan output kuasa bersamaan enjin konvensional empat silinder 1.5 liter. Secara spesifiknya DIG-S berkuasa 98ps dengan 142Nm tork serta mampu memecut sehingga 180 kilometer sejam (km/j).

    Melalui enjin DIG-S, para jurutera Nissan berjaya mencapai penanda aras baru dalam standard industri. Konfigurasi enjin tiga silinder itu dikatakan mempunyai beberapa kelebihan seperti lebih ringan dan kurang geseran, hasil daripada kurangnya peralatan yang bergerak.

    Pakej enjin dilengkapkan lagi dengan beberapa teknologi seperti sistem Start/Stop yang menghentikan enjin dalam keadaan melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api. Dipadankan dengan bateri berprestasi tinggi dan motor penghidup, sistem itu hanya mengambil masa 0.4 saat (model CVT) untuk menghidupkan enjin selepas ia dimatikan.

    Teknologi regeneration pula menjana semula kuasa semasa nyahpecutan melalui alternator yang mengecas bateri bagi membekalkan kuasa untuk peralatan elektrik, seterusnya mengurangkan beban kepada enjin.

    Micra DIG-S bukan setakat inovatif pada nadi kuasanya sahaja. Ia turut dilengkapi dengan alat bantuan pemandu yang dikenali sebagai Parking Slot Measurement System (PSM). Seperti namanya, sistem itu mengukur ruang parkir dan memaklumkan kepada pemandu sama ada ruang tersebut sesuai atau tidak untuk kereta. Dengan sistem itu, masa dapat dijimatkan dan kuranglah kes pemandu yang teragak-agak untuk memarkir kereta mereka.

    Dari segi luaran, Nissan Micra DIG-S tidak jauh bezanya dengan Micra biasa. Kedua-dua model itu mempamerkan lencana Nissan Pure Drive sebagai tanda emisi karbon oksidanya rendah daripada 130g/km.

    Bezanya, cuma spoiler bumbungnya lebih panjang, selain spoiler kecil pada bahagian depan kereta. Walaupun tidak signikan, pekali seret (drag coefficient) berjaya dikurangkan dari 0.33 kepada 0.29.

    "Jelas bahawa enjin baru kami, Direct Injection Gasoline-Supercharger menawarkan penyelesaian terbaik untuk kereta kecil seperti Micra. Dengan respon pendikit yang pantas, prestasi dan penjimatan bahan api, ia lebih baik berbanding enjin diesel dengan output kuasa yang sama. Tambahan pula tahap emisinya jauh lebih baik," kata Naib Presiden Strategi Produk dan Perancangan, Nissan International, Pierre Loing.

    Walau bagaimanapun, jika anda berminat dengan Nissan Micra, harap maaf. Kereta itu hanya ditawarkan untuk pasaran Eropah buat masa ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jaminan penyelenggaraan Jurutera RS

    Posted:

    Jaminan penyelenggaraan Jurutera RS

    Jaminan penyelenggaraan Jurutera RS


    PASUKAN jurutera RS terdiri daripada individu yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.


    DEMI memberikan perkhidmatan kelas satu kepada para pemilik kenderaan Renault Sport, satu pasukan, Jurutera Renault Sport (RS) telah ditubuhkan oleh pengedar jenama tersebut, TC Euro Cars (TCEC). Ini merupakan perkhidmatan servis untuk semua pemilik Renault Sport bagi memastikan jentera mereka sentiasa berada dalam kondisi terbaik.

    Jenama Renault Sport mencetuskan momentumnya pada tahun 2008. Ia dimulakan dengan pengenalan model Renault Sport Megane R26, sebelum diikuti oleh model berkuasa seperti Renault Sport Clio RS. Model terbaru ialah Renault Sport Megane RS 250 Cup yang dilancarkan pada tahun lalu.

    Tidak dapat dinafikan bahawa kenderaan Renault Sport dimiliki oleh peminat sebenar dan benar-benar tahu dengan kemampuan jentera yang mereka pandu.

    Jadi, Jurutera RS bertanggungjawab memastikan perhatian dan servis diberikan kepada jentera berkenaan.

    Setiap Renault Sport yang meninggalkan bengkel perlu diberi sijil kawalan kualiti oleh Jurutera RS. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan kenderaan itu perlu diperiksa semula.

    Tujuannya bagi memastikan semua komponen jentera berfungsi mengikut spesifikasi pengeluar. Jika timbul keperluan, Jurutera RS akan dihantar ke lokasi luar untuk memberi bantuan menerusi kenderaan bantuan teknikal Renault.

    Selain itu, Jurutera RS turut memiliki akses langsung dengan Renault Technical Center di Korea Selatan dan sokongan Renault Sport di Dieppe, Perancis.

    Pasukan Jurutera RS terdiri daripada Zulhelmi Othman dan Luqman Salehuddin Md. Salehuddin. Zulhelmi memiliki kelayakan Renault Co-Tech dan pengalaman 12 tahun dalam industri automotif. Dalam tempoh tersebut, graduan Federal Institute of Technology itu sudah mempunyai pengkhususan selama tujuh tahun untuk kenderaan Renault menerusi TC Euro Cars.

    Zulhelmi menyelia pemeriksaan prapenghantaran untuk semua kenderaan baru. Selain berperanan sebagai pengajar teknikal Renault dan teknologi baru. Beliau juga merupakan penasihat teknikal untuk semua cawangan Renault di Malaysia.

    Luqman pula berkelulusan Automotive Maintenance Technology dari Malaysia-France Institute. Beliau mempunyai pengalaman enam tahun dalam industri automotif termasuk berkhidmat dengan pemain automotif Jerman dan Jepun dalam bidang penyelenggaraan kenderaan, baik pulih dan penyelesaian masalah.

    Sejak TC Euro Cars memperkenalkan jenama Renault pada tahun 2003, Hab Servis Renault yang terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya sudah bersedia menampung keperluan penyelenggaraan mana-mana model Renault.

    Bagi pelanggan Renault di luar Lembah Klang, mereka boleh mengunjungi Pusat Servis Renault di bandar-bandar besar. Antaranya di Klang, Cheras, Ipoh, Butterworth, Bayan Lepas, Langkawi, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

    Berhubung alat gantian pula, ia dibekalkan menerusi 44 buah cawangan di seluruh negara. Rangkaian sama yang membekalkan alat gantian Nissan. Ia dikendalikan oleh Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) yang berupaya menjalankan semua jenis khidmat diperlukan dengan sokongan 900 kakitangannya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads