Selasa, 4 Disember 2012

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


Program masak bubur asyura perdana <b>di</b> DUN <b>Kuala Besut</b>

Posted: 23 Nov 2012 12:33 AM PST


YB Dr A Rahman Mokhtar mengacau bubur asyura

Oleh: Mohammad Ishak 

Program memasak bubur asyura yang diadakan di pekan Kuala Besut berjaya menarik penyertaan penduduk setempat yang hadir memeriahkan acara berkenaan.

Sebanyak 18 kawah bubur asyura berjaya dimasak oleh peserta yang mewakili pelbagai lapisan penduduk di perkampungan nelayan itu.

Program anjuran Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan itu mengambil bahagian dalam gotong royong memasak asyura berkenaan.

Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar yang juga ADUN Kuala Besut bersama isterinya memeriahkan lagi suasana persekitaran di lokasi tempat memasak.

Dr A Rahman berkata, beliau bangga melihat semangat kerjasama penduduk yang mengambil bahagian dalam program itu dan menampakkan ciri-ciri perpaduan dan keharmonian penduduk negeri ini.

Beliau dan isteri kemudian turut bergotong royong mengacau bubur asyura sambil meninjau kerja yang dilakukan oleh peserta sejak awal pagi semalam.

"Program ini walaupun kelihatan penat tetapi peserta dengan penuh semangat menyiapkan kerja-kerja sejak awal pagi sehingga bubur asyura berjaya di masak pada tengahari," katanya.

Isnin, 3 Disember 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Empat sekolah <b>Hulu Terengganu</b> terbaik UPSR

Posted: 18 Nov 2012 11:17 PM PST

Oleh: Aida Abd Rahman

Empat sekolah rendah di Hulu Terengganu tersenarai sebagai 10 sekolah yang merekodkan pencapaian terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012.

Sekolah yang mendahului pencapaian GPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tapu (1.12), SK Kemat (1.23), SK Teris (1.34) dan SK Kuala Berang (1.37). Sementara SMK Chalok (1.23), SK Kampung Bari Sungai Tong (1.50), SK Kampung Jaya, Setiu (1.51), SK Rantau Petronas,Kemaman (1.51), SK Tepus, Dungun (1.51) dan SK Tok Dor, Besut (1.52).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zakaria Hussin, berkata semua sekolah yang terletak di luar bandar tersenarai sebagai sekolah terbaik berdasarkan nilai GPS berikutan jumlah pelajarnya yang kecil berbanding sekolah terletak di dalam bandar.


"Murid Tahun Enam yang menduduki UPSR di sekolah luar bandar tidak ramai berbanding sekolah di dalam bandar. Oleh yang demikian, pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah khususnya dapat memberi lebih tumpuan kepada murid yang disasarkan mampu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.

"Oleh itu, sekolah yang kecil dengan jumlah muridnya yang kecil pastinya mempunyai potensi besar bagi menyumbang prestasi dan pencapaian terbaik kepada GPS dan juga Gred Purata Negeri (GPN) secara keseluruhannya," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, pagi ini.

 Hadir sama, Ketua Sektor Akademik JPNT, Haji Zubir Embong.

Encik Zakaria berkata, SK Tapu umpamanya hanya mempunyai 20 murid yang menduduki UPSR dengan 16 daripada mereka berjaya memperolehi keputusan cemerlang yang mencatat A bagi semua mata pelajaran.

Sementara itu, Katanya, SK Paya Bunga yang terletak dalam Bandar Raya Kuala Terengganu pula merekodkan dua daripada 10 murid yang mengambil peperiksaan itu mencapai keseluruhan A bagi mata pelajaran yang diambil.

 "Oleh itu, GPS berkenaan bukanlah menjadi kayu ukur utama yang menggambarkan bahawa pencapaian sekolah di bandar menurun sebaliknya situasi itu perlu dinilai daripada pelbagai aspek termasuk bilangan calon murid," katanya.

Katanya, pencapaian calon cemerlang (semua A) di bandar dan luar bandar pada tahun ini mengalami penurunan masing-masing sebanyak 2.23 peratus dan 2.05 peratus.

Walau bagaimanapun, peratusan calon yang memperolehi pencapaian baik (minimum C tidak termasuk semua A) di kedua-dua lokaliti berkenaan meningkat, masing-masing 1.11 peratus dan 2.18 peratus.

Menurutnya, daripada pencapaian itu juga menunjukkan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.0 peratus.

"Begitu juga dengan dengan peratusan calon yang memperolehi semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum masing-masing telah meningkat sebanyak 0.93 peratus dan 1.49 peratus.

"Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan minimum calon di bandar adalah lebih berbanding calon di luar bandar dengan beza sebanyak 0.56 peratus," katanya.

Encik Zakaria berkata, peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat menerusi nilai Gred Purata (GP) yang mengurang iaitu 0.06 bagi bandar dan 0.07 bagi luar bandar, sementara jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar bertambah sebanyak 0.01 mata nilai GP.


13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


LOCENG BERBUNYI: Perkhemahan <b>Di Pulau Wan Man</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 02:45 PM PDT

Seramai 211 orang murid-murid tahun 6 terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap,TKRS,PBSM,Puteri Islam dan Tunas Puteri telah menyertai perkhemahan tahun 6 di Pulau Wan Man selama 3 hari 2 malam bermula 12 hingga 14 Mei,2011.

Program ini sangat penting bagi menilai kebolehan dan semangat setia kawan disamping mendedahkan pengalaman baru kepada anak murid dan yang paling penting membentuk disiplin untuk diaplikasikan nanti dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Beberapa aktiviti seperti sukaneka,river cruise,water confident,paddle boat dan akitiviti pertandingan seperti kawad kaki,pakaian kertas,gubahan hantaran dan malam kreatif.Kesemua aktiviti tersebut agak mencabar dan memerlukan ketahanan mental juga fizikal disamping mendapat pengalaman baru.

Usaha murni pihak sekolah untuk menambahkan ilmu perkhemahan kepada murid-murid patut dipuji karana kesinambungan ke sekolah menengah nanti akan mematangkan lagi pemikiran serta yang lebih penting sikap berdisiplin.Ilmu tersebut sangat sesuai sebagai bekalan apabila tamat persekolahan nanti.

Semua guru berharap murid-murid ini akan menjadi pelajar yang berterampilan.Selagi ada kemampuan pihak sekolah akan meneruskan program sebegini lagi untuk tahun-tahun mendatang.



13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


13 EKAR SAWIT <b>JABOR</b> ~ Zenith Harvard Sdn. Bhd.

Posted: 02 Dec 2012 07:55 PM PST

13 EKAR SAWIT JABOR UNTUK DIJUAL

LOKASI :- KG PERASING, JABOR
STATUS :- PERTANIAN  ( SAWIT     TAHUN )
KELUASAN :- 6 + 7 = 13 EKAR  ( 2 GERAN )

HARGA :- RM95,000/EKAR @ RM 1.235 JUTA

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Kemaman</b>: Kita Harus <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 05:40 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Kuang: Siapa Dari Pakatan Rakyat menjadi PM bukan masalah, akan tetapi jibby Altantuya nak hilang ke mana? » Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Kemaman: Kita Harus ...

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Anugerah Homestay: Tanah <b>Kemasik</b>, Terangganu

Posted: 28 Nov 2012 01:59 AM PST

Tanah Kemasih, Kemanan, Terenganu utk Dijual..

Tanah merupakan betul-betul ditepi jalan Utama, Free Hold dengan Jarak seperti berikut:-

1) 2km (3minit) shj ke Mesra Mall, Kerteh (Giant, Gurdian, Maybank,Sport Centre bowling n badminton court, d.l.l.)
2) 650meter ke Pejabat Pos
3) berhadapan dengan Deretan Kedai Pekan Kemasik.
4) 500meter ke Masjid Besar..
5) 1km ke Pantai Kemasik.
6) 1.2km ke SMK Badrul Alam Shah.
7) 4km ke Perumahan Petronas Rantau Bukit
8) 15km ke Rantau Petronas dan Gas di Kerteh.
9) 12 KM ke Giant Kijal, dan Tapak Hospital Kemaman Baru dalam pembinaan.
10)19km ke Perwaja Steel, Kemaman.

Tanah Yang Hendak di Jual.. Dari tepi jalan termasuk Dengan banguan rumah tersebut (akan dirobohkan selepas mendapat pembeli)

 Dari Lokasi, Pemandangan Jalan arah ke Kemaman/Kuantan..
Dari Lokasi, Pemandangan Jalan arah ke Kerteh/Kuala Terenganu
 Deretan Kedai pekan Kemasik berhadapan dengan lokasi
  Deretan Kedai pekan Kemasik berhadapan dengan lokasi

Keluasan Tanah adalah 7225kaki persegi (650 meter persegi)

Tanah Free Hold...

RM680,000..

Berminat hubungi :
Hidir - 019-6060952

Agent tidak diperlukan dalam urusniaga ini..
Hanya direct buyer sahaja diperlukan.. Terima kasih

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> | MyNewsHub

Posted: 07 Sep 2012 08:19 PM PDT

DUNGUN – Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lepas, selamat dikebumikan pada 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini Sabtu.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung tersebut.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan Mara tiba di sini pada 6.53 pagi terus dibawa ke masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam Jumaat dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya 12.40 tengah malam Jumaat.

Dalam kejadian tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


hotel citra kuala berang: Hotel Baru <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 12 Nov 2012 10:52 PM PST

 Lokasi Hotel Citra Kuala Berang

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b>

Posted: 06 Aug 2012 05:52 AM PDT

Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...
Sejarah Bukit Besi
 
Sejarah Bukit Besi bermula semenjak tahun 1930-an dan terkenalnya Bukit Besi di mata dunia adalah kerana tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi dimana sumber bijih-bijih besi asli terdapat di sekitar kawasan-kawasan Bukit Besi. Sejarah bermula apabila syarikat perlombongan bijih besi yang diusahakan oleh warganegara  Jepun telah memulakan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi semasa Malaya dijajah Jepun.

Hari ini di Bukit Besi, aktiviti perlombongan bijih besi telah bermula semula walaupun tidak sehebat seperti dulu. Kehebatan Jepun menerokai seluruh pelusuk Bukit Besi dengan membina pelbagai kemudahan untuk aktiviti perlombongan masih kekal hingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan jalan keretapi telah beransur hilang kerana Bukit Besi kini dibangunkan semula untuk penempatan baru serta dilindungi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Kesan-kesan perlombongan serta bangunan-bangunan yang dibina oleh Jepun masih kekal hingga ke hari ini.
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada
Kronologi Sejarah Bukit Besi
1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.
1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun
1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar.
1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku
pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.
1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah.
1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).
1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.
1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India.
1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945.
1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.
1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos.
1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun.
1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi.


(^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. 

"Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya" - George Santayana

update! tetiba jumpe plak...
Galeri Sejarah Bukit Besi,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217
Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg
credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU 

Ahad, 2 Disember 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Tun_Telanai: DSAI <b>DI SETIU</b> TERANGGANU PADA 17.11.2012

Posted: 22 Nov 2012 09:39 PM PST

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


afasz.com: Aktiviti Malam Raya <b>di Jerteh</b>

Posted: 27 Aug 2012 10:12 PM PDT

Alhamdulillah . . .  tahun ni dapat juga aku bersama family aku beraya bersama nenek aku di Jerteh. Sempat main bunga api. ngeh ngeh ~ Tahun lepas pun main bunga api , leh tengok entry kat SINI.

Budak baru belajar menulis.  . . 
I kecik sangat, LOVE tu dah cantik dah, U besar benorrrrr. . . 
Itula aktiviti kami di malam nak raya. Seronok gak main bunga api ni sampai ada yang terluka di kaki. hahahahahahahahaha !!!!!
Belum main MERCUN lagi !!!

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


gempar berapi : umno dan maksiat <b>di dungun</b> - Malaysia Hari Ini

Posted: 12 Nov 2012 10:40 PM PST



Panas !!! Umno Dan Maksiat

Pemimpin Umno Dungun & Pemuda BN menjamu hiburan pada malam hari di Hulu Dungun sempena lawatan Mat Said ke Syukur & Pasir Raja pd 2 Nov lalu.



Dah takde orang agama ke dalam Umno untuk tidak memaksiatkan masyarakat Dun Bkt Besi? ~ FB Saiful Bahri

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


NURUL ATHIRAH: Visited To <b>Pulau Bidong</b>, Terbaikkk

Posted: 16 Oct 2012 07:36 AM PDT

Assalamualaikum.

Kali ni, aku ada cite baik punyeee.. UMT memberi peluang kepada semua pelajar tahun 1 untuk menyertai beberapa aktiviti yang begitu menarik sekali.. iaitu PROGRAM SERVIVAL LAUT & PENGHAYATAN WARISAN. Antara objektifnya adalah untuk kita lebih mengenali hidupan laut (salah satu ciptaan tuhan yang tidak diendahkan oleh manusia), melihat kerjasama antara ahli kumpulan dan merasai kehidupan seorang nelayan.

Pelajar SM Kaunseling & SM Pelancongan berpeluang ke Pulau Bidong pada 15 & 16 Oktober 2012. Perasaan aku pada mula-mula naik bas untuk ke jeti adalah gembira+takut. Gembira sebab nak pi Pulau tapi takut sebab aku tak pandai berenag. Sampai sahaja aku di jeti, aku terus naik bot bersama beberapa rakan (seramai 12 orang). Pada mulanya, abang yang bawak bot tu ok je, sedap je aku menikmati pemandangan laut yang terbentang luas & angin yang begitu sedap sekali. 5 minit selepas itu, abang tu bawak laju sangat, aku tak tau apa yang die nak kejarkan.. Bot tu punye laju buat aku dan kawan-kawan terhentak2 punggung dengan tenpat duduk..die punye sakit, Tuhan je yang tahu. Makin kitorang jerit, makin kuat die bawak bot tu, dah la ombak kuat waktu tu. Taubat aku nak naik bot tu lagi. Nak cerita lajunya bot tu, kitorang merupakan kumpulan ke 3 yang sampai,sedangkan bot kitorang ke 6 yang bergerak pergi.bayangkan betapa lajunya bot tu.

Sampai sahaja di Pulau Bidong, kami diarahkan untuk berkumpul. Aku mendapat Kumpulan Jerung, yang diketuai oleh pelajar kaunseling iaitu Adie. Pada permualaan, majli dimulakan dengan kata aluan dari kapten dan timb. diikuti dengan penyerahan bendera kepada setiap kumpulan dan sorakan dari setiap kumpulan.

Aktiviti pertama yang dilakukan adalah Water Confident. Pada mulanya, aku rasa agak takut sebab aku tak pandai berenang, terapung tau la. Semua orang diarahkan untuk membuatnya, Alhamdulillah aku boleh buat dengan baik sekali cuma perkara yang tidak ku duga... iaitu semua orang kena berenang sampai ke kapal. jauh tu wei... Mula2 aku cuba berenang biasa tapi tak boleh sebab tak gerak aku... orang lain semuanya dah jauh dari aku so aku cari cara lain dengan berenang dalam keadaan kita terapung, barulah laju sikit. Dipertengahan laut, tiba2 leher aku rasa sakit sangat, aku pun berhenti dan minta bantuan fasi, selepas beberapa minit aku pun teruskan usaha untuk sampai ke kapal.. dan akhirnya aku berjaya juga. Aku ingat dah selesai, rupanya kena renang semula dari kapal ke pulau. Yang seramnye tu, aku kena loncat dari dalam kapal ke laut, seram sejuk aku dibuatnye tapi Alhamdulillah aku boleh. cuma waktu dah terjun tu, aku cam takut tak timbul je... dan aku antara yang terawal yang sampai ke Pulau.

Aktiviti kedua adalah Snorkeling. Aku sangat excited nak lakukan aktiviti ni..bila dah masuk laut tu, aku rasa cam nak nangis je sebab terlalu teruja melihat hidupan laut yang begitu cantik dan aku tak pernah terfikir yang aku akan merasai semua ini. Terima kasih Allah kerana memilih aku untuk melihat keindahan di dasar laut. pelbagai jenis ikan dan warna yang begitu unik sekali. Aku paling tertarik dengan ikan yang warnanya unggu pink. tapi sayangnya, aku tidak berpeluang untuk melihat ikan nemo seperti kawan2ku yang lain. Aku rasa macam tak nak naik je, sangat seronok..

Aktiviti ketiga adalah Memancing . Di sini aku dapat merasakan betapa susahnya untuk menangkap ikan dan makanan laut yang lain. Semuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Selama 30 minit, aku cuma mendapat sebanyak 2 ekor ikan sahaja (ikan kerisi). Mabut tu tak yang cakap la, dah ramai yang tubang atas bot, Alhamdulillah aku tak seteruk itu, aku cuma sakit kepala sahaja. Hasil tangkapan kumpulan aku adalah sebanyak 71 ekor ikan. Balik dari memancing, kitorang diarahkan untuk solat dengan mengambil wuduk dengan air laut dan solat dengan pakaian yang basah. Pertama kali dalam hidup aku buat perkara sebegini. Selesai solat, kami menjamu selera.

Pada pukul 2 lebih, kami meneruskan aktiviti keempat iaitu berkayak. Sangat jauh ye destinasi untuk ke jejak warisan. Tangan aku sangat sakit, aku antara yang paling lambat sampai di tempat berkumpul. Apabila semua sudah berkunpul di tengah laut, kami mempuat pertukaran pasangan untuk kayak. Aku antara orang yang dipilih untuk bertukar pasangan. Agak menggigil la kaki ni untuk berlari di atas kayak sampai ke hujung. Ia merupakan satu pengalaman yang agak seronok walaupun agak beresiko.

Aktiviti terakhir adalah Jejak Warisan. aktiviti ini sangat penat kerana kena mendaki bukit yang agak tinggi tapi kumpulan aku dapat mendaki dalam masa yang begitu singkat iaitu selama 15 minit berbanding kumpulan lain. Ia menberi pendedahan kepada ku tentang sejarah peninggalan penjajah dan menunjukan yang penjajah ini masih boleh hidup walaupun dalam hutan walaupun agak sukar padaku.

Pada malamnya, setiap kumpulan diwajibkan untuk membuar persembahan. Kumpulan Udang membuat nyanyian, Kumpulan Pari membuat Dikir barat (memang gempak ar), Kumpulan Ketam membuat sketsah dan Kumpulan Jerung (akulah tu) membuat gabungan sajak+sketsah+koir. Semua persembahan hebat2 belaka. Disebabkan kumpulan Jerung & Pari masih ada bendera, kami diizinkan untuk menjamu selera dahulu (BBQ, ikan yg ditangkap). Ikan tu memang terbaik la, sangat segar dan manis.

Keesokan harinya, kami cuma ada aktiviti gotong-royong dan penyampaian hadiah. Kumpulan Jerung menang sebagai persembahan terbaik pada malam kebudayaan. Akhir sekali majlis salam-salaman dan bersurai. Banyak benda yang aku dapat belajar disana, Aku harap kawan-kawan semua dapat merasa pengalaman ini... Terbaikkk

Sampai sini sahaja, harap anda semua terhibur dengan cerita aku ni, Wasalam.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search




ronda-ronda kuala lumpur - sekolah kebangsaan <b>kuala berang</b>

Posted: 20 Nov 2012 03:07 AM PST

Bermula pada 1 Oktober 2012 hingga 4 Oktober 2012, seramai 42 orang murid gabungan tahun 6 dan tahun 4 telah bersama mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur anjuran Unit Kaunseling SK Kuala Berang.
Mengikuti pakej lawatan di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad, lawatan ini menjadi sesuatu yang amat rileks dan santai.  Pegawai KTMB yang mengendalikan SK Kuala Berang iaitu Encik Anuar bin Abdullah memudahkan dan melicinkan perjalanan lawatan apatah lagi dengan 'tourist guide' yang cukup sporting dan peramah iaitu Encik Suraji.  Seronok bersama mereka di sepanjang lawatan.
Kami bertolak dari SK Kuala Berang menaiki bas ke Stesen Keretapi Tanah Merah pada jam 2.30 petang.  Keretapi bertolak dari Stesen KTMB Tanah Merah jam 7.45 malam dan tiba di KL Sentral jam 8.00 pagi.  Pengalaman menyeronokkan buat murid-murid yang pertama kali menaiki keretapi.
Perjalanan pulang bermula dengan menaiki keretapi di KL Sentral jam 7.30 malam dan tiba di Stesen KTMB Tanah Merah jam 11.30 pagi.  Alhamdulillah, perjalanan yang panjang yang terpaksa ditempuhi ini berakhir dengan selamat berkat izin Allah s.w.t.
Sesungguhnya, SK Kuala Berang amat berbesar hati menerima layanan yang amat memuaskan daripada KTMB juga daripada penaja-penaja yang telah menaja semua makanan sepanjang kami berada di Kuala Lumpur iaitu Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran.






Encik Suraji - tourist guide

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


jawatan kosong <b>di</b> lembaga muzium <b>negeri terengganu</b>

Posted: 15 Nov 2012 04:09 AM PST

4 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut :-

1. PEMBANTU MUZIUM
2. PEMBANTU TADBIR
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
4. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 21 November 2012

ads