Isnin, 3 Disember 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


LOCENG BERBUNYI: Perkhemahan <b>Di Pulau Wan Man</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 02:45 PM PDT

Seramai 211 orang murid-murid tahun 6 terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap,TKRS,PBSM,Puteri Islam dan Tunas Puteri telah menyertai perkhemahan tahun 6 di Pulau Wan Man selama 3 hari 2 malam bermula 12 hingga 14 Mei,2011.

Program ini sangat penting bagi menilai kebolehan dan semangat setia kawan disamping mendedahkan pengalaman baru kepada anak murid dan yang paling penting membentuk disiplin untuk diaplikasikan nanti dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.

Beberapa aktiviti seperti sukaneka,river cruise,water confident,paddle boat dan akitiviti pertandingan seperti kawad kaki,pakaian kertas,gubahan hantaran dan malam kreatif.Kesemua aktiviti tersebut agak mencabar dan memerlukan ketahanan mental juga fizikal disamping mendapat pengalaman baru.

Usaha murni pihak sekolah untuk menambahkan ilmu perkhemahan kepada murid-murid patut dipuji karana kesinambungan ke sekolah menengah nanti akan mematangkan lagi pemikiran serta yang lebih penting sikap berdisiplin.Ilmu tersebut sangat sesuai sebagai bekalan apabila tamat persekolahan nanti.

Semua guru berharap murid-murid ini akan menjadi pelajar yang berterampilan.Selagi ada kemampuan pihak sekolah akan meneruskan program sebegini lagi untuk tahun-tahun mendatang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads