Rabu, 18 April 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: MBD DAN MBM

Posted: 09 Apr 2012 06:23 PM PDT


Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi negara ini.
Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.
Tujuan-tujuan utama majlis ialah :
Berusaha menegak dan mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratik dalam pergerakan belia.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau kepada badan-badan yang lain mengenai perkara-perkara berkaitan belia.
Mengadakan dan menjalinkan hubungan dengan majlis-majlis lain dan pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan antarabangsa.
Menggalakkan penghormatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan-kegiatan belia.
Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
Keahlian MBM adalah terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan belia kebangsaan dan Majlis-Majlis Belia Negeri di Malaysia yang mendukung matlamat serta usaha MBM.
Sesebuah pertubuhan belia kebangsaan layak menjadi badan gabungan jika ia mempunyai tidak kurang dari 20,000 ahli perseorangan dan bergerak sekurang-kurangnya di enam daripada empat belas buah negeri di Malaysia.
Pertubuhan itu juga hendaklah demokratik, dan bergerak sebagai pertubuhan sukarela, menjalankan urusan-urusan dengan berdikari dan memberikan peluang sepenuhnya kepada semua ahli untuk mengambil bahagian yang wajar dalam semua kegiatan, di samping keahlian itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Sekarang ini terdapat 36 buah badan kebangsaan dan majlis belia negeri serta 4 buah badan bersekutu yang bergabung dengan MBM (hampir kesemua pertubuhan belia di Malaysia) dengan jumlah ahli perseorangan tidak kurang dari 3 juta orang.
Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu; Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.
i. Organisasi Belia Biasa
Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti sosio-ekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antarapersatuan yang terlibat dalam kategori ini ialah :
1. Gerakan Belia 4B Malaysia  
2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
3. Majlis Belia Felda Malaysia
4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
5. Pergerakan Pemuda Malaysia
6. Persatuan Asrama Belia Malaysia
7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
10. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
11. Persatuan Belia Thai Malaysia
13. Junior Chamber Malaysia
14. Majlis Belia India Malaysia
15. Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
ii. Organisasi Belia Beruniform
Organisasi belia beruniform kebanyakannya ditubuhkan di zaman penjajahan British pada awal abad ke 20. Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Persatuan-persatuan tersebut ialah :
1. Briged Putera Malaysia
2. Briged Puteri Malaysia
3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
4. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
5. St. John Ambulans Malaysia
iii. Organisasi Belia Agama
Organisasi yang terletak di bawah kategori ini menjadikan agama sebagai landasan gerakan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan hidup beragama di kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini ialah :
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia
3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)
4. Majlis Belia Hindu Malaysia
5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia
iv. Organisasi Belia Pelajar
Organisasi belia yang termasuk dalam kategori ini kebanyakkan daripada golongan masyarakat melayu. Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang termasuk dalam kategori ini ialah :
1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
3. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
Majlis Belia Negeri merupakan badan penyelaras belia peringkat negeri. Kecuali Sabah dan Sarawak, semua negeri-negeri mempunyai majlis belia negeri masing-masing.
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)    
2. Briged Putera Malaysia
3. Briged Puteri Malaysia    
4. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)   
5. Gerakan Belia 4B Malaysia  
6. Gerakan Belia Bersatu Malaysia 
7. Majlis Belia Felda Malaysia
8. Majlis Belia Hindu Malaysia    
9. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia
10. Pergerakan Pemuda Malaysia
11. Persatuan Asrama Belia Malaysia 
12. Persatuan Belia Buddhist Malaysia 
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Persatuan Pandu Puteri Malaysia  
15. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia 
16. Persekutuan Pengakap  Malaysia  
17. St. John Ambulans Malaysia
18. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)  
19. Pergerakan Puteri Islam Malaysia   
20. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
21. Majlis Belia Negeri Perlis    
22. Majlis Belia Negeri Kedah      
23. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang   
24. Majlis Belia Negeri Perak   
25. Majlis Belia Selangor       
26. Majlis Belia Negeri Sembilan   
27. Majlis Gabungan Belia Melaka  
28. Majlis Belia Negeri Johor   
29. Majlis Belia Negeri Pahang   
30. Majlis Belia Negeri Terengganu  
31. Majlis Belia Negeri Kelantan  
32. Majlis Belia Wilayah Persekutuan
33. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
34. Majlis Belia Sabah    
35. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
36. Majlis Belia India Malaysia
37. Junior Chamber International Malaysia
38.Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia
39. Persatuan Belia Sikh Malaysia  
i. Hubungan dengan Kerajaan
MBM mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan, terutamanya melalui Kementerian Belia dan Sukan dalam hal-hal yang bersangkutan dengan belia dan gerakan belia. MBM juga turut bekerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan samada sebagai perunding atau jawatankuasa dalam beberapa badan yang ditubuhkan oleh agensi berkenaan.
ii. Hubungan dengan lain-lain badan bukan kerajaan
MBM saling menjalinkan hubungan baik dengan lain-ain agensi bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna, Alam Sekitar, PEMADAM, Pergerakan Wanita, Persatuan Kebajikan dan sebagainya.
iii. Hubungan dengan Pertubuhan Antarabangsa
Dalam hubungan antarabangsa, MBM mengamalkan Dasar terbuka dan liberal tetapi selari dengan Dasar Luar Negara kerajaan. MBM sentiasa memperkukuhkan hubungan antarabangsanya di samping terlibat secara aktif menyertai program-program antarabangsa yang dianjurkan.
Keutamaan hubungan antarabangsa MBM ialah melalui pertubuhan peringkat sub-regional, regional dan antarabangsa lainnya. Dalam hal ini, pertubuhan-pertubuhan yang menjadi keutamaan MBM dalam Dasar Luarnya adalah CAYC, AYC, WAY dan lain-lain.
Perhimpunan Agung merupakan peringkat tertinggi dalam menentukan dasar dan pendirian Majlis, Perhimpunan yang bersidang setahun sekali ini juga bertanggungjawab memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, menerima dan meluluskan laporan tahunan, penyata dan neraca kewangan. Setiap badan gabungan menghantar perwakilan ke Perhimpunan ini.
Di bawah Perhimpunan Agung ini terdapat Dewan Tertinggi yang dianggotai oleh Jawatankuasa Kerja MBM dan seorang wakil dari tiap-tiap badan gabungan MBM. Dewan Tertinggi adalah quasi-legistive dan bertanggungjawab menentukan dasar, pendirian serta program MBM yang tidak dapat diputuskan oleh Perhimpunan Agung. Di samping itu Dewan Tertinggi juga berkuasa memandu perjalanan Jawatankuasa Tetap dan Khas yang dilantiknya.
Kemudian terdapat pula Jawatankuasa Keja (EXCO) yang berfungsi sebagai badan petugas Majlis. Jawatankuasa Kerja yang dipilih oleh Perhimpunan Agung ini terdiri daripada seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Kehormat, dua belas orang Ahli Jawatankuasa Kerja dan seorang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai ex-officio. Jawatankuasa Kerja melaksanakan semua program selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung dan Dewan Tertinggi.
Berikut terdapat Jawatankuasa  Tetap yang bertugas dalam perkara-perkara tertentu seperti Pentadbiran, Hal Ehwal Antarabangsa, Kewangan, Penerangan, Pendidikan, Pembangunan, Perindustrian, Pertanian, Hari dan Minggu Belia Negara dan Hal Ehwal Wanita. Bagi melaksanakan tugas-tugas selain daripada  yang dinyatakan di atas, MBM telah membentuk beberapa Jawatankuasa Khas seperti Bangunan, Integrasi Nasional, Sukarelawan, Remaja, Anti Dadah dan lain-lain.
Seterusnya terdapat sekretariat yang menjalankan kerja-kerja pentadbiran, perhubungan dan perkhidmatan. Sekretariat MBM diketuai oleh Setiausaha Agung dengan dibantu seramai 6 orang kakitangan sepenuh masa.
THE Malaysian Youth Council (MYC) is the national umbrella body of youth organisations in Malaysia. The council was established on July 23, 1948. It has three million members in 40 affiliates.

MYC aims to instil in Malaysian youths an integrated character in terms of mind, body and spirit. It also promotes responsibility, independence, volunteerism and patriotism as youths are the protagonists towards the progress and prosperity of the people, religion and nation.

Its aim is to achieve the objectives of the National Youth Development Policy in accordance with Vision 2020.

The MYC focuses on the demands of youths to be heard, their issues to be addressed and their roles upgraded.

Its main target is to establish integrated and inter-sectoral youth development to determine national development and revive the youth movement to build a strong Malaysian youth identity.

MYC achieves its targets by strengthening youth organisations through idealism, activism and intellectualism. It also encourages the exploration of new fields in youth and national development and heightens the spirit of volunteerism among youths.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


the emmiey&#39;s: escape to <b>Pulau Kapas</b>, Terengganu

Posted: 12 Apr 2012 02:00 AM PDT

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk aku lihat keindahan dunia ciptaannya :)

actually, dah lama aku teringin nak pergi pantai atau pulau. tempat yang best untuk tenang kan diri dengan pemandangan yang sangat cantik, angin sepoi-sepoi, bunyi ombak. hee best sangat. tinggal dekat bandar ni penuh dengan bunyi2 bising kereta lalu lalang, traffic jammed, dengan pencemaran udara, bunyi and so on.. huhu lagipun, aku tak pernah merantau kat tempat lain, sedih. dari tadika sampai universiti, aku masih dalam area selangor atau kuala lumpur. huhu nasib lahh.. hehe

so, hari tu aku dengan kawan2 decide nak pergi jalan2 la sempena cuti midsem yang seminggu ni. most of us, orang selangor and kuala lumpur, so we decided nak pergi area pantai timur. macam best. btw, ade kawan kitorang duduk area terengganu.. yayy lagi senang lah nampaknya :)

so selepas ditetapkan tarikh dan masanya.. kami pun bertolak ke Terengganu :)
(serius excited sebab first time naik bas nak pergi jauh2 dengan kawan2)

bosan dah naik KTM dgn bas rapid bile balik rumah. jom naik bas ekspress pulak.
beg2 tu bakal beranak. soon, soon... trust me. :P
memang best bila perjalanan tu cuaca sgt baik dan view sgt cantik.
terharu mcm tak percaya dah sampai terengganu. haha
 (over =__=" padahal mata gatal tgk brg2 nak shopping :P )
first night. lepas makan keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan kerang bakar.
hee makan tepi laut tuuu ^__^
Pulau Kapas, here we come :)
dapat bilik betul2 depan laut. rumah untuk family. ade tingkat atas and bawah. 

first day kita penuhkan dgn aktiviti. jalan2 sekitar pulau, lepas tu baru snorkeling and canoeing.
first time snorkeling. awesome ! alhamdulillah. hee 

second day, lepas subuh terus pergi tepi pantai hee 
since tak ramai orang hari tu, kitorang dapat offer untuk snorkeling kat 
tempat yang lagi best. yayayy memang best sgt.
cantik sangat dasar laut, macam2 warna, jenis ikan, terumbu karang, hidupan laut.
hanya dapat rakam dalam memori je :)
satu jam lebih snorkeling, habes sunburn semuaaaa hehe

settle dekat Pulau Kapas. sekarang balik ke mainland.
shopping dekat Pasar Payang. hehe
penuh boot kereta dgn keropok, kain batik, baju. beg.. hoho
nama pun perempuan kannn.. hehe 
tapi malam tu dah bertolak balik dah. nasib baik cukup tangan nak bawak segala barang2 tu. kalau tak, 
last but not least. hehe gonna miss this two cute and brilliant kids. fatimah and diyak. 
hehe insyaAllah ade masa, kak amy dtg lagi okay.. :)
alhamdulillah. akhirnya dapat jugak escape :) yay yay tapi bila balik je konfem kerja yang sangat banyak menanti. huhu takpe, tingkatkan semangat ! ^__^ semua boleh settle :) thank you kawan-kawan. thank you eyda n family yg jadi tourist guide kitorang + homestay + masakan mak kau yang sangat sedap tu :) 
thank you eyna, kiah, kak long sudi escape bersama-sama. :P hehe 
thank you mak n abah bagi izin :)
thank you Allah untuk kesempatan ni :)
#done escape. back to reality....with new spirit ! ^__^
#thanks nazrin untuk angry bird putih ! haha mentang2 aku dah hitam, perli la tu bila bg yang putih tu. =__='
#balik2 je demam T__T dugaan. 
#dapat rase perasaan seorang perantau, acehhh lepas ni nak naik kereta api pulak lah. :P
#short and sweet 3days and 2night escape.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa

Posted: 31 Mar 2012 04:12 PM PDT

Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.


Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Komen:

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Baiki Jalan <b>Jabor</b>-Kota Bharu

Posted: 12 Dec 2011 03:02 PM PST

KUALA TERENGGANU 12 Dis. – Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dan Kelantan membaiki segera jalan rosak dari Jabor melalui Bukit Besi, Ajil sehingga Kota Bharu demi keselamatan pengguna.

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada pengguna kerana keadaan jalan berkenaan yang kini semakin teruk.

Katanya, ramai pengguna mengemukakan aduan kepada cawangan PPPM di Kelantan dan Terengganu kerana tidak berpuas hati setelah mendapati jalan berkenaan mengalami kerosakan teruk yang dibimbangi boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, berdasarkan aduan, terdapat banyak lubang sehingga sedalam 15 sentimer selain lopak berair setiap kali selepas hujan, bermula dari Jabor menghala Bukit Besi, Dungun.

"Begitu juga laluan ke Kota Bharu di mana jalan juga berlubang di sana sini. Banyak kenderaan mengalami kerosakan dan ada yang terbabas selepas terlanggar lubang.

"Kita amat berharap pihak berkenaan khususnya JKR di kedua-dua negeri terbabit segera mengambil tindakan sewajarnya termasuk menampal segera lubang-lubang tersebut kerana ia membahayakan keselamatan pengguna," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Firdaus berkata, berikutan masalah itu, laluan tersebut seolah- olah tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh kenderaan ringan dan hanya untuk kenderaan berat sahaja.

Beliau menambah, maklum balas positif daripada pihak berkenaan amat dialu-alukan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Katanya, para pengguna mengharapkan keadaan jalan yang berbaloi dengan jumlah insurans dan cukai jalan yang dibayar mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Welcome To Smiles19 World !: 5 Masjid Tercantik <b>Di</b> Malaysia

Posted: 05 Apr 2012 07:13 AM PDT


Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

 
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Post by,
Anis Shuhada Azizan
1K3
Smiles19 XD

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


FUH!!!MUJUR KHALWAT DI BERLAKU <b>DI DUNGUN</b> BUKAN <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 08:09 PM PDT

SURA GATE, DUNGUN – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan 5 sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selasa, 17 April 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


HELANG RECREATION CLUB: CPJ BALAI POLIS <b>PAKA DI</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 11:21 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tahniah dari HRC untuk Balai Polis Paka - CPJ yang diketuai oleh Kopral Zaimi, gabungan kerjasama SRS Paka dan Balai Polis Paka membuahkan kejayaan. Tahniah untuk semua ,,teruskan usaha murni ini
Webmaster

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: HIMPUNAN <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 07:57 PM PDT

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Tempat-tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b> Part 3

Posted: 11 Apr 2012 04:50 PM PDT

Assalammualaikum dan peace yo!
Ok bebeh, kito sambung penggembaraan Upin dan Ipin seterusnya. Lopeh yo kami melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu tu, kami terus bergerak ke Muzim Negeri Terengganu. Macam biaso, pose cantek dulu.....tadaaaaaaaaaaaaa

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Antara tinggalan sejarah yang terdapek di dalamnya termasuklah Batu Bersurat. Muzium ni berhampiran dongan Perkampungan Keropok Lekor dan Taman Tamadun Islam.Kalau nak teroka keseluruhan muzium ni akan amik maso berjam-jam. Sampai Ecah muntah hijo pun tak tentu abes pusing laie. Antara gelari-galeri yang terdapek dalam muzium tersebut termasuklah
  1. Galeri Tekstil
  2. Galeri diRaja
  3. Galeri Kraf
  4. Galeri Senjata
  5. Galeri Sejarah
  6. Galeri Petroleum
  7. Galeri Islam
  8. Galeri Ilmu Kejadian
  9. Galeri Pelayaran & Perdagangan
  10. Galeri Perikanan & Taman Laut

Tak banyak sangat yang atok dapek share kan kat sini sobab kamera tidak dibenarkan bawak masuk ke dalam. Huntuk maklumat lanjut sila ke link ni http://museum.terengganu.gov.my/

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Percutian <b>Di Pulau Perhentian</b> | IklanMudah.com - Sememangnya <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2012 04:38 PM PDT

Description

2 Days 1 Night Discovery Package
•1 night chalet accommodation
•Return Boat Transfer (2 Ways)
•1 Breakfast, 1 Lunch, 1 Dinner)
•1 Snorkeling trips at Pulau Perhentian – (Equipment provided)

……bermula dari RM250.00 (Quad Sharing)

3 Days 2 Nights Discovery Package A
•2 Nights chalet accommodations.
•Return Boat Transfer (2 Ways)
•2 Breakfast, 2 Lunch, 1 Dinner & BBQ Dinner
•2 Snorkeling trips – (Equipment provided)
- 1st day snorkeling trip to Pulau Perhentian.
- 2nd day snorkeling trip to Pulau Rawa & Susu Dara Island

……as low as RM420.00 (Quad Sharing)

for more detail : http://perhentianbesar.blogspot.com

contact : azmi 019 9281774
aglybiz@yahoo.com

Ad Reference ID: 474f8cab08d0fbe

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


3 lot tanah <b>di Batu Rakit</b>,Mengabang Lekor,Terengganu | Azmiral.com

Posted: 07 Feb 2012 09:07 PM PST

Lokasi tapak area Batu Rakit, kg Mengabang Lekor hanya 800m ke jln besar.
Berhampiran dgn Giat mara lebih kurang 400m.
Lebih kurang 1km lebih ke Sek.Men.Keb Batu Rakit,Mengabang Lekor.
Lebih kurang 5.6km ke MRSM.
Harga Bungalow dari RM275,000.00 keatas…..
Harga mengikut keluasan rumah yang diminta.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Hotel & Resort in <b>Pulau Redang</b> Island Malaysia 2012 | Asia Holiday <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 05:14 AM PDT

SARI PACIFICA RESORT & SPA, REDANG ISLAND

Nestled on the famous Redang Island, this property is simply radiant. Encircled by magnificent natural surroundings, this well preserved resort gives guests the access to one of the best diving and snorkelling sites in the world. This luxurious boutique resort commands a tranquil atmosphere from the white sandy beach and a spectacular view of the South China Sea. With 74 magnificent villas onsite, Sari Pacifica Resort & Spa, Redang boasts excellent on site facilities including swimming pool, international kitchen, ferry service, dive & sport equipment, business centre, restaurant & bar, jungle trekking, snorkelling & scuba diving, turtle watching, and marine park. Sari Pacifica Resort & Spa, Redang is ideal.

Please note that the hotel is closed during the East Coast Monsoon season between November and February when the frequent rains are punctuated by intermittent sunshine.

BOOK NOW

THE TAARAS BEACH @ SPA RESORT

This tropical island resort, located 45-kilometers off the coast of Terengganu, is close to 30 popular dive spots. Guests will enjoy a tropical ambience that is unique to Redang Island. The location offers guests unprecedented access to a myriad of amazing natural recreation areas, including one of the most beautiful coral reefs in the world, ideal for sport divers. Within a close proximity of the hotel are the dive sites of Big Mount, Pulau Paku Kecil, and Boulder Dash. The hotel also features a vast selection of on-site dining choices that offer a compilation of international and authentic local dishes in a romantic ambience. The Taaras Beach @ Spa Resort is the perfect property for travelers who want sensuous tropical atmosphere, a vast selection of on-site facilities, and a myriad of recreational areas near by.

- Ferry transfer from Shahbandar Jetty to Redang Island (169-seaters) RM 45 nett per adult per way & RM 25 nett per child per way. Rates inclusive of 1 bottle of drinking water.
- Return shuttle transfer from Redang Jetty to resort is on complimentary basis for guests who using Berjaya Redang's appointed ferry, otherwise RM 5.00 nett per person per way is applicable for the shuttle service.

Please note that the hotel is closed during the East Coast Monsoon season between November and February when the frequent rains are punctuated by intermittent sunshine.

Please note that all accommodations are designed for two persons per room with the exception in some room types suitable with a baby cot for an infant up to 2 years of age. Family friendly connecting rooms and suites are available with advance notification to the resort required.

BOOK NOW

REDANG BEACH RESORT

Each rooms features modern amenities for guests' utmost comfort. The hotel boasts meeting facilities for the business travelers. After a day of work or exploring, sauna, steamroom are some of the ways to unwind. Everything Redang Beach Resort does is centered around the guest' experience, ensuring comfort and relaxation.

Please note that the resort provides a schedule boat transfer daily to/from Syahbandar Jetty and Island. For more details, please contact the resort directly.

Daily boat schedule:
Syahbandar Jetty to Island: 9.00 am, 10.30 am and 3.00 pm
Island to Syahbandar Jetty: 11.00 am, 7.00 am (6.30 am standby), 1.00 pm (12:00 pm standby).

The resort also provides a shuttle service at an additional cost. The charges are as follow:
By Land Transfer:
2 ways KT Airport – Jetty – KT Airport: RM 30.00/person/seat
2 ways KT Bus Station – Jetty – KT Bus Station: RM 20.00/person/seat

BOOK NOW

REDANG ISLAND RESORT

Guests will find all of the finest amenities in each of the 98 rooms in this popular 3-star hotel. Included in all rooms are internet access – wireless, non smoking rooms, air conditioning. In addition, this property in Redang Island has room service, smoking room, Wi-Fi in public areas, restaurant. Those looking for first-rate sporting and leisure facilities will find pool (kids), outdoor pool. This charming property has long been a favorite in Redang Island for both business and leisure travelers. Redang Island Resort can be easily booked with our secure online booking form. Simply enter your dates and click to proceed.

Please note that the hotel arrange for transport

By Sejahtera Pertama Ferry

Ferry Fares
: RM 110.00 nett per adult return
: RM 55.00 nett per child return

From: Shahbandar Jetty, Kuala Terengganu
Daily Departure – 10.30 am and 3.00 pm
From: Pulau Redang Jetty
Daily Departure – 07.00 am and 1.00 pm

By Air

Only Berjaya Air flies into Pulau Redang from Subang Skypark Air Terminal.
For flight schedule and reservations, please visit their website directly.

BOOK NOW

from your own site.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


H.A.T.I: Makan Petang <b>Di</b> Kuala <b>Kemaman</b>

Posted: 16 Apr 2012 06:40 PM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam bertemu :-) Harini saya MC sebab muka belah kanan saya membengkak...sbb sakit gigi, Kelmarin kurang BW sebab sakit gigi di tahap gaban. Kerja separuh hari je, sebab tak tahan. Kul 1pm, Fain ambik kat ofis dan bawak jumpa dentist. Ye la..dah berbulan , takut punya pasal nk jumpa dentist.. Skali, kelmarin mmg tak tertanggung lagi. Masa tunggu giliran tu, memag dah seram2 sejuk.. Tapi kata orang ubatnya, cabut jer gigi tu..so, redha je la. Skali bila dentist check.. terkejut mak jemah... bila doc kata " awak kena operate ".. Secara spontan, terus terbangun saya ni. Gigi saya ni, xleh cabut biasa, kena operate sebab tertanam ke dalam gusi..
 Aduyaiii... tapi menjadi problem, sebab masalah kesihatan saya y kronik tu kalo nak buat operation. Sepatutnya, hanya bius separuh je.. tp kes saya mybe kena bius penuh kerana masalah injap jantung ni. 1 jam sebelum operate, kna masukkan dulu ubat jantung. Tapi apa2 pon, kena jumpa pakar dulu sebab katanya kes saya complikated.. Bukan complikated sebab gigi yang sakit tu, tp kerana masalah kesihatan saya n bersangkutan dengan gigi ni. Apa2 pon, tunggu xray dulu bulan 5 ni. Sementara tu, terpaksalah saya menanggung kesakitan dulu. Hari2 kena telan ubat tahan sakit.. Hua..hua.. Tiba-tiba saya terfikir... rupanya tuhan masih sayangkan saya. Diberikan kesakitan ni agar saya sentiasa ingat pada-Nya. Yelah, berkaitan kesihatan saya yang makin baik dari hari ke hari... tp kini di uji dengan masalah gigi ni, yang nampak x serius rupanya melibatkan nyawa. Insyallah, akan terus bersabar.. kalo sebelum ni saya bersabar dgn segala kesakitan dan ujian y saya hadapi..insyallah..kali ni saya boleh.. Insyallah..
Ok..stop dulu cakap pasal gigi.. Sambung cerita lepas jumpa pakar nanti. Tak terperasan lok..dah t'pnjang lebar mukadimah hari ni.. Makan petang di Kuala Kemaman, ekceli ni kisah weekend 2 minggu lepas. Tapi x sempat nak publish n draft n3. Apa-apa pun, ttp nak share kat sini sebab nak tunjuk makanan-makan femes amos kat KUALA KEMAMAN ni.
Kalo datang Kuala Kemaman ni, memang penuh sepanjang jalan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis keropok handmade yer.. Seperti keropok keping daripada ikan dan udang. Selain tu keropok gonde/lekor , elbagai jenis ikan kering, ikan jeruk, sotong kering dan macam2 lagi yang sumber dari laut TERENGGANU NAN INDAH :-) Dan kat atas ni salah sebuah kedai yang terdapat di Kuala Kemaman ni. Saya dah x ingat nama kedai ni..

Fain sibuk memilih sotong kering yang pedas sebagai kudapan dalam kereta. Bau memang perhhhhhhh... semerbak.. Tapi rasanya... ada ummpphhhhhh!!! Dengan rasanya pedas desikkkk.

Dan, petang tu kami makan-makan petang kat kedai ni dulu. Order air teh "o" untu fain & milo kosong untuk saya. Kat sini, kalo air Teh Ais disebut sebagai "Tea o ping". Kalo teh susu disebut " Tea Ping". Gini citernyer..apa2 jenis air yang berais... sebutan dibelakangnya ada perkataan "ping". Contoh, Sirap Ping, Milo Ping.

Semestinya inilah febret orang ganu. Kepok lekor goreng.

Dan ni, kepok lekor rebus.. Yang belum digoreng. Fain mmg suka makan keropok rebus. Memang sedap yer, bila cicah dengan air lada.

Dan makanan febret saya yang femes tu, Satar dan Otak-otak

Otak-otak terengganu sangat2 berbeza ye dengan otak-otak Johor. Sebab otak-otak ni, dibakar dengan isi ikan ori yang berempah. Fuhhh.. memang sedap. Tapi kat kedai yang saya makan ni, kecik sikit isinya. Kalo kat sini  kedai yang femesnyer " Warung Otak-Otak Che Wan". Bayangkan saya yang duk di kemaman n membesar disini, baru sekali jer jejak kedai tu. Sebabnya sentiasa full. Tu yang malas.. Nak parking sekian hal dah. Tapi kat gerai2 lain sepanjang jalan Kuala Kemaman pon sedao2 yer..

Dan ini isi satar. Fuhh... meletop! Kalo warung satar plok, yang femes ames tu " Warung Aziz Satar". Warung ni pon sentiasa full. Kebanyakan orang luar yang datang. Selain tu, kat sini banyak makanan aneka celup tepung seperti ikan, udang, sotong dan ketam.

Last but not least, si ratu hatiku... Yang suka makan kerepek febret dia tu.. Mesti wajib beli.
Dan tak ketinggalan... tuan tanah yang sakit gigi
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Refleksi keagungan monumen Islam | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 08:35 PM PDT

TAMAN Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu sememangnya memberikan aura luar biasa kepada pengunjungnya.

Ia ibarat membawa pengunjung menjelajah menyaksikan keindahan reka bentuk seni bina monumen penting Islam dari seluruh dunia.

Taman itu juga merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia dari segi kesenian reka bentuk serta kebudayaan yang menonjolkan keunggulan Islam.

Bagi menghidupkan aura taman itu, ia dibina hasil sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan serta tidak ketinggalan mendapatkan juga kepakaran tenaga luar negara.

Secara keseluruhan, kira-kira 21 buah monumen dibangunkan di dalam taman tema itu mengikut skala nisbah 1:8 daripada saiz asalnya.

Antara monumen yang terdapat di sana ialah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India dan Masjid Kuddus Mina dari Indonesia.

DIBINA dalam nisbah 1:8 daripada saiz sebenar monumen, ia masih mengekalkan reka bentuk dan dekorasi luaran.


Momumen menarik lain ialah Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As-Sakhrah dari Palestin dan Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia.

Bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan pengunjung, sesetengah monumen yang dibina di sana turut dilengkapi dengan panggung khas untuk tayangan video. Ia sebagai menyahut kehendak orang ramai yang mahukan maklumat secara interaktif.

Untuk memasuki Taman Tamadun Islam itu, bayaran tiket sebanyak RM10 dikenakan bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak serta warga emas yang berusia lebih daripada 60 tahun.

Pelancong luar pula dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Sebagai tanda kenangan, pengunjung juga diberikan sebuah buku kecil sebagai pasport yang mengandungi maklumat ringkas mengenai setiap monumen yang terdapat di dalam taman tema tersebut. Pengunjung boleh mendapatkan cap khas pada pasport berkenaan apabila singgah di monumen tersebut.

MASJID PATTANI dari negara jiran Thailand.


Lebih menarik lagi, mereka yang menyimpan pasport berkenaan untuk lawatan kali kedua dan seterusnya akan mendapat potongan harga yang disediakan oleh pihak taman tema.

Selain itu, sebagai kemudahan kepada para pengunjung, trem, basikal dan buggy disediakan untuk disewa bagi memudahkan perjalanan di dalam taman tema.

Sebuah kafe kedai cenderamata bagi membeli tanda kenangan turut terdapat di taman tema itu.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


DAP Terengganu: DAP Bersama Pakatan Rakyat Pembukaan Bilik <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:41 AM PDT

DAP Terengganu: DAP Bersama Pakatan Rakyat Pembukaan Bilik Gerakan bukan Islam di Wakaf tapai Pada 6 April 2012

ads