13 di kemaman - Google Blog Search |
H.A.T.I: Makan Petang <b>Di</b> Kuala <b>Kemaman</b> Posted: 16 Apr 2012 06:40 PM PDT Assalamualaikum & Salam Sejahtera Salam bertemu :-) Harini saya MC sebab muka belah kanan saya membengkak...sbb sakit gigi, Kelmarin kurang BW sebab sakit gigi di tahap gaban. Kerja separuh hari je, sebab tak tahan. Kul 1pm, Fain ambik kat ofis dan bawak jumpa dentist. Ye la..dah berbulan , takut punya pasal nk jumpa dentist.. Skali, kelmarin mmg tak tertanggung lagi. Masa tunggu giliran tu, memag dah seram2 sejuk.. Tapi kata orang ubatnya, cabut jer gigi tu..so, redha je la. Skali bila dentist check.. terkejut mak jemah... bila doc kata " awak kena operate ".. Secara spontan, terus terbangun saya ni. Gigi saya ni, xleh cabut biasa, kena operate sebab tertanam ke dalam gusi.. Aduyaiii... tapi menjadi problem, sebab masalah kesihatan saya y kronik tu kalo nak buat operation. Sepatutnya, hanya bius separuh je.. tp kes saya mybe kena bius penuh kerana masalah injap jantung ni. 1 jam sebelum operate, kna masukkan dulu ubat jantung. Tapi apa2 pon, kena jumpa pakar dulu sebab katanya kes saya complikated.. Bukan complikated sebab gigi yang sakit tu, tp kerana masalah kesihatan saya n bersangkutan dengan gigi ni. Apa2 pon, tunggu xray dulu bulan 5 ni. Sementara tu, terpaksalah saya menanggung kesakitan dulu. Hari2 kena telan ubat tahan sakit.. Hua..hua.. Tiba-tiba saya terfikir... rupanya tuhan masih sayangkan saya. Diberikan kesakitan ni agar saya sentiasa ingat pada-Nya. Yelah, berkaitan kesihatan saya yang makin baik dari hari ke hari... tp kini di uji dengan masalah gigi ni, yang nampak x serius rupanya melibatkan nyawa. Insyallah, akan terus bersabar.. kalo sebelum ni saya bersabar dgn segala kesakitan dan ujian y saya hadapi..insyallah..kali ni saya boleh.. Insyallah.. Ok..stop dulu cakap pasal gigi.. Sambung cerita lepas jumpa pakar nanti. Tak terperasan lok..dah t'pnjang lebar mukadimah hari ni.. Makan petang di Kuala Kemaman, ekceli ni kisah weekend 2 minggu lepas. Tapi x sempat nak publish n draft n3. Apa-apa pun, ttp nak share kat sini sebab nak tunjuk makanan-makan femes amos kat KUALA KEMAMAN ni. Kalo datang Kuala Kemaman ni, memang penuh sepanjang jalan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis keropok handmade yer.. Seperti keropok keping daripada ikan dan udang. Selain tu keropok gonde/lekor , elbagai jenis ikan kering, ikan jeruk, sotong kering dan macam2 lagi yang sumber dari laut TERENGGANU NAN INDAH :-) Dan kat atas ni salah sebuah kedai yang terdapat di Kuala Kemaman ni. Saya dah x ingat nama kedai ni.. Fain sibuk memilih sotong kering yang pedas sebagai kudapan dalam kereta. Bau memang perhhhhhhh... semerbak.. Tapi rasanya... ada ummpphhhhhh!!! Dengan rasanya pedas desikkkk. Dan, petang tu kami makan-makan petang kat kedai ni dulu. Order air teh "o" untu fain & milo kosong untuk saya. Kat sini, kalo air Teh Ais disebut sebagai "Tea o ping". Kalo teh susu disebut " Tea Ping". Gini citernyer..apa2 jenis air yang berais... sebutan dibelakangnya ada perkataan "ping". Contoh, Sirap Ping, Milo Ping. Semestinya inilah febret orang ganu. Kepok lekor goreng. Dan ni, kepok lekor rebus.. Yang belum digoreng. Fain mmg suka makan keropok rebus. Memang sedap yer, bila cicah dengan air lada. Dan makanan febret saya yang femes tu, Satar dan Otak-otak Otak-otak terengganu sangat2 berbeza ye dengan otak-otak Johor. Sebab otak-otak ni, dibakar dengan isi ikan ori yang berempah. Fuhhh.. memang sedap. Tapi kat kedai yang saya makan ni, kecik sikit isinya. Kalo kat sini kedai yang femesnyer " Warung Otak-Otak Che Wan". Bayangkan saya yang duk di kemaman n membesar disini, baru sekali jer jejak kedai tu. Sebabnya sentiasa full. Tu yang malas.. Nak parking sekian hal dah. Tapi kat gerai2 lain sepanjang jalan Kuala Kemaman pon sedao2 yer.. Dan ini isi satar. Fuhh... meletop! Kalo warung satar plok, yang femes ames tu " Warung Aziz Satar". Warung ni pon sentiasa full. Kebanyakan orang luar yang datang. Selain tu, kat sini banyak makanan aneka celup tepung seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Last but not least, si ratu hatiku... Yang suka makan kerepek febret dia tu.. Mesti wajib beli. Dan tak ketinggalan... tuan tanah yang sakit gigi Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan