13 di kuala besut - Google Blog Search |
Zul #Ikan #Bakar <b>Kuala</b> #<b>Besut</b> - kedai makan best <b>di</b> kelantan Posted: 13 May 2014 07:47 PM PDT Assalamualaikum, Kami menerima banyak pertanyaan dari sahabat facebook untuk mengetahui lokasi warung ikan bakar di negeri Kelantan. Bertindak atas pertanyaan tersebut, rasanya tidak salah untuk kami menerjah hingga ke Kuala Besut, di mana di sinilah bermulanya pendaratan ikan segar tersohor selain dari pengkalan Tok Bali dan Kuala Besar di Kelantan. Kali ini, kami mambbwa anda ke premis Zul Ikan Bakar Kuala Besut yang popular dikalangan penggemar makanan laut khususnya dalam hidangan ikan bakar berempah. Ia terletak betul-betul di kepala jambatan Kuala Besut bersebelahan jeti pendaratan ikan LKIM . KLIK untuk rajah Google Maps manalaka koordinat GPSnya adalah 5.828319,102.562211 Melangkah kaki melabuhkan punggung ke premis ini, sudah pastinya selera kita memuncak ingin meratah ikan , sotong mahupun udang celup tepung yang panas segar dari kuali sebagai 'appetizer' /pembuka selera. Boleh anda bayangkan ikan celup tepung panas di cicah colek menerjah masuk ke mulut anda? Aduss!! Bisa mimpi dong.... Sambil-sambil melayan anak-anak yang gembira meratah hidangan colek celup tepung , tugasan ibu dan ayah diteruskan dengan memilih jenis ikan mahupun pelbagai makanan laut lain di sudut mentah untuk sajian keluarga. Setelah dipilih, proses penimbangan ikan (harga per 100 gram) dilakukan untuk di bakar segera oleh kakitangan Zul Ikan Bakar yang cekap. Setelah menjalani proses penyiangan dan pembersihan, ikan ikan tersebut dibalut dengan kerajang perak bersama rempah ratus rahsia yang membawa kemajuan dan pengekalan premis ini untuk lebih 10 tahun lamanya.Satu hidangan yang cukup ringkas tetapi membuka selera . Premis Zul Ikan Bakar dimiliki oleh En, Zulkifli bin Muhammad, ia menjalankan perniagaannya bermula pada pukul 8.00 malam hingga 2.00 pagi setiap hari kecuali Isnin . Manakala harganya pula boleh dikatakan antara yang terrendah di pasaran yang seangkatan dengannya . Maklumlah, kedudukan Zul Ikan Bakar hanya bersebelahan jeti pendaratan ikan. Hadirin yang berkunjung ke sini kebiasaannya adalah secara bekeluarga. Sebagai PESANAN kepada pengunjung , premis Zul Ikan Bakar tidak menyediakan menu lain yang mungkin agak kurang selesa bagi mereka yang menikmati makanan secara berkuah. Oleh yang demikian, kami menasihatkan supaya pengunjung membawa/membeli makanan bungkus tambahan seperti sup dan sayur goreng sebagai pelincir dan penambah selera di samping menu utama. Bagi kami, melihat kemesraan ahli keluarga menikmati hidangan dan masa berkualiti bersama-sama cukup mengujakan. Suatu nilai sentimental yang tidak boleh diukur dengan wang. Selamat menjamu selera. Wassalam. |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan