Isnin, 26 Mei 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Panas: Pilihanraya <b>Negeri</b> Bakal <b>Di</b> Saksikan <b>Di Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 12 May 2014 07:41 PM PDT


Ini berita panas yang baru PDO terima sebentar tadi, dilaporkan kemungkinan besar satu pilihanraya neger yang pertama di Semanjung Malaysia bakal disaksikan di Terengganu susulan berita perletakkan jawatan lebih ramai ADUN Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat ini. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibuat setelah Menteri Besar Terengganu yang baru dilantik Datuk Ahmad Razid mendapat perkenan Tuanku Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Ini berikutan kemungkinan besar tiga lagi wakil rakyat BN akan bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Kini yang telah disahkan ialah Mat Said sendiri (ADUN Kijal) dan YB Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan diikuti oleh YB Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) hari ini. Bakal menyusul katanya ialah YB Dato' Mat Jidin (ADUN Permaisuri), YB Ir.Rosli (ADUN Kemasik) dan YB Nawi (ADUN Hulu Besut). Kedudukan Terkini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Terengganu sekarang ialah Pakatan Rakyat 15 kerusi DUN. Barisan Nasional (BN) 11 Kerusi DUN dan BEBAS 6 Kerusi DUN. Di mana jumlah keseluruhan ialah 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - PDO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads