di negeri terengganu - Google Blog Search |
Pemuda Umno <b>Terengganu</b> Berdiri Teguh <b>Di</b> Belakang <b>...</b> - teganukini Posted: 23 Apr 2014 05:51 AM PDT Pergerakan Pemuda Umno Terengganu hari ini berikrar berdiri teguh di belakang Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Said. Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri Mohd Johari Abu Bakar berkata untuk memperkukuh dan mengembalikan kegemilangan Umno negeri, Pemuda harus memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan parti. "Sekarang kami mahu bekerja keras dan mengikut apa saja yang diarahkan oleh ketua kami. "Kami Pemuda Umno Terenganu berdiri teguh di belakang Datuk Seri walau apapun terjadi kerana kami ingin memastikan Umno/Barisan Nasional (BN) Terengganu cemerlang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Santai Pemuda Umno Terengganu bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi. Mohd Johari berkata pada PRU ke-14 nanti terdapat kira-kira lima juta pengundi baharu di seluruh negara yang akan keluar mengundi. "Sehubungan itu kami sekarang akan menumpukan kepada pengundi baharu dan melancarkan kempen keahlian dan daftar pemilih Pemuda Umno di seluruh negeri," katanya. Sementara itu Ahmad Said berkata Badan Perhubungan Umno Terengganu akan membantu Pemuda bagi menjalankan pelbagai aktiviti terutama dalam usaha memperkuat parti, bersama Pergerakan Wanita dan Puter Umno juga.Beliau berharap ketiga-tiga sayap parti itu bersatu tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi kembali kerusi yang terlepas kepada pembangkang dan mempertahankan kerusi yang ada. Pada PRU ke-13, Umno/BN negeri hampir kecundang apabila hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menang empat kerusi Parlimen, sama banyak dengan pembangkang. |
teganuku: Dadah Bernilai RM19 Ribu Dirampas <b>Di Kuala Terengganu</b> Posted: 07 Apr 2014 11:50 AM PDT ![]() Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri, Supt Md Tahir Kassim berkata seorang suspek berumur 46 tahun turut ditahan. Beliau berkata kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai baru bertapak di kawasan tersebut. |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan