Isnin, 19 Mei 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


PAS: "Krisis Perak" Takkan Berulang <b>Di Negeri Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2014 06:01 AM PDT

K.TERENGGANU: PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009. Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat pada sidang media petang tadi.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN UMNO yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.





PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

"Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Pada tahun 2009, tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat jatuh kepada BN dan menteri besar baru dari BN dilantik menggantikan menteri besar dari PAS.#sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads