13 di setiu - Google Blog Search |
teganuku: Bakal Pengantin Maut Nahas <b>Di Setiu</b> Posted: 04 May 2014 11:21 AM PDT Hasrat dua bakal pengantin untuk menziarahi kematian anggota keluarga di Kuala Krai, Kelantan tidak kesampaian selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 46 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Balai Polis Sungai Tong semalam. Dalam insiden kira-kira 1.30 petang itu, Mohd Hafizan Jusoh @ Ab Ghafar, 35, dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu dan tunangnya, Rosnazira Mahmud, 33, dari Kuala Krai, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abd Rahman Raja Mohamad berkata kereta mangsa jenis Proton Iswara dipercayai bertembung sebuah Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki. |
You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan