Khamis, 8 Mei 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Pekebun Ditemui Separuh Rentung Dalam Kebun Sawit <b>di Setiu</b>

Posted: 16 Apr 2014 11:11 AM PDT

Seorang pekebun ditemui mati dengan sebahagian anggota badannya rentung di kebun sawitnya di Kampung Alor Serdang, di Besut malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohammad berkata, mangsa, Roslan Abd. Manaf, 55, dijumpai kira-kira pukul 7.55 malam oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan kebun sawit itu.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, kita menemui mayat mangsa terbaring dengan sebahagian badannya terdapat kesan terbakar dan mendapati sebahagian semak di kawasan mayat mangsa ditemui turut terbakar. 

Kita tidak menolak kemungkinan mangsa telah membakar semak dan mungkin mengalami sesak nafas serta terjatuh ke dalam api," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, api kebakaran semak itu disyaki telah menyambar badan mangsa.

"Mangsa sering ke kebunnya kira-kira pukul 9 pagi untuk membersihkan kawasan kebun itu.

"Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Anak Ikan itu dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat," katanya.

 Hasil siasatan awal polis tidak menemui kesan jenayah ke atas mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads