Selasa, 27 Mei 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Kenapa Bekalan Air <b>Di Kuala Terengganu</b> Bertukar Payau?

Posted: 24 May 2014 12:59 AM PDT

84d7341737273514f80e6a7067000588Musim kemarau berpanjangan yang melanda Terengganu ketika ini telah menyebabkan kemasukan air masin ke muka sauk Loji Rawatan Air Losong berikutan paras air sungai lebih rendah dari paras air laut.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Husain Embong berkata, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) musim Monsun Barat Daya iaitu musim kering bermula pada pertengahan Mei yang berterusan hingga Sept ini.

"Jadi kesan fenomena itu telah dirasakan di daerah Kuala Terengganu apabila paras air pasang yang tinggi telah menyebabkan berlaku kemasukan air masin ke muka sauk Loji Rawatan Air Losong," katanya semalam.

Dalam keadaan normal bacaan paras kepekatan garam dalam kualiti air mentah berada di bawah 50 PPM (bahagian per juta), kata Husain yang dipetik dari laporan Bernama.

Beliau berkata, mengikut piawaian antarabangsa dan Kementerian Kesihatan, apabila paras bacaan kepekatan garam dalam kualiti air mentah melebihi 250 PPM, proses rawatan air perlu dihentikan.

Namun katanya, SATU masih meneruskan operasi loji itu bagi memastikan bekalan air dapat diterima oleh pengguna secara berterusan walaupun rasanya kurang selesa.

Beliau berkata, bekalan air dari Loji Rawatan Air Losong disalurkan kepada hampir 200,000 pengguna melibatkan kampung-kampung seperti Losong, Durian Burung, Paloh, Pulau Rusa dan beberapa desa di sekitarnya.

Katanya, SATU sentiasa berusaha dan sedang memantau secara rapi perkara ini dan proses rawatan air dikurangkan pada paras kepekatan garam dalam air mentah yang tinggi.

Menurutnya lagi, SATU juga sedang berunding dengan Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) Tasik Kenyir untuk melepaskan kuantiti air lebih banyak bagi mengimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk.

"Namun perkara ini agak sukar dilakukan kerana ianya bergantung kepada pengoperasian empangan dan penjanaan tenaga oleh TNB," katanya.

Beliau berkata, SATU tidak boleh menentukan atau menjangkakan tempoh ketidak selesaan pengguna kerana ianya adalah di luar kawalannya dan bergantung kepada faktor cuaca.

Hanya bekalan air dari Loji Rawatan Air Losong sahaja yang menghadapi masalah ini sementara operasi pembekalan air di daerah-daerah lain masih stabil dan berjalan seperti biasa samada dari segi kuantiti dan kualiti air yang dibekalkan, katanya.

Loji Rawatan Air Losong mengeluarkan air sebanyak 33.2 juta liter air sehari dan ia beroperasi 24 jam tanpa henti bagi membekalkan air terawat kepada pengguna dengan selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads