Selasa, 20 Mei 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Satay Sedap <b>di Kuala Terengganu</b> | My Selera

Posted: 17 Feb 2014 06:43 AM PST

Sempena cuti Tahun Baru Cina, penulis sempat pulang ke kampung dan singgah makan satay di restoran yang baru sahaja dibuka di Kampung Bukit Tok Beng. Kami sekeluarga memang merancang nak makan satay di Cendering yang diberi nama Satay Ori. Memang tempat favorite kami sekeluarga.

Tetapi kami membatalkan hasrat untuk makan di Cendering memandangkan ramai rakan-rakan mencanang yang ada sate sedap di Bukit Tok Beng. Rupa-rupanya restoran yang dikatakan ada sate sedap tu hanya berada di depan jalan besar rumah kami. Isk isk isk.. Macam mana boleh terlepas pandang ni?

Restoran ini mudah dan senang dicari. Jika datang dari arah Jambatan Kuala Terengganu, restoran yang diberi nama Syed Stulang Seafood ini terletak kira kira 200 meter dari traffic light Sek. Men. Ibrahim Fikri. Selepas traffic light mesti akan nampak signboard elektronik "SATAY" seperti gambar di bawah.

Sate sedap di Kuala Terengganu 1

Landmark Sate sedap di Kuala Terengganu

Konsep makan sate di sini open air, hanya menggunakan kemah dan payung besar. Masa kami datang memang full house. Mungkin disebabkan tengah mujsim cuti atau sebab satay di sini memang sedap dan popular walaupun baru sahaja dibuka.

Sate Sedap di Bukit Tok Beng Kuala Terengganu 3

Kedai ni masih baru. So tiada sign board luar kedai. Dan menu pun pakai kertas warna yang besar tampal belakang kaunter.

Pada mulanya bila dah sampai, katanya satay dah habis. Tetapi bila dah duduk dia kata boleh lagi kalau nak order 30 cucuk. Fuh, nasib baik…… itu pun satay ayam yang baru dikeluarkan dari stok. Satay daging memang dah habis, tapi kalau nak kena tunggu lama.

Sate Sedap di Bukit Tok Beng Kuala Terengganu 2

30 cucuk Sate Ayam Sedap di Kuala Terengganu.. RM 0.70 sen/cucuk

Satay di sini memang betul sedap dan besar-besar saiznya. Jika diperhatikan pada warna satay ayam ni kami boleh teka yang ianya dibakar bersama kuah satay atau ada kuah lain selain dari perapan sate itu sendiri. Pelik bila dengar tapi sedap. Kuah dia pun sedap dan pekat.

Sate Ayam Sedap di Bukit Tok Beng Kuala Terengganu 1

Sate Ayam dan Sepinggan Nasi Impit bersama Bawang dam timun

Tak lengkap kalau tak order nasi impit. Nasi impit kami order untuk 6 orang makan. So kami dapat tiga pinggan macam ni. Harga, kami agak kurang pasti. Mungkin 1 pinggan RM4.00 untuk 2 orang makan.

Kami pun ada order masakan panas mee goreng basah dan juga kuey teow kungfu.. Tapi kami terpaksa cancel order sebab selepas sejam menunggu dan selepas habis kami makan sate termasuk nasi impit semua, order masakan panas baru nak buat. Hmm.. Kecewa sikit.

Bila bayar dekat kaunter dan komplen kepada cashier, kami dimaklumkan rupa-rupanya tukang masak ada dua orang sahaja. Sebab itu pesanan dapat lambat. Tetapi kalau nak makan nasi lemak atau laksa mungkin dapat cepat. Tapi kalau masakan panas kena pikir 2 3 kali sebab akan lama menunggu. Lepas ni tauke Syed Stulang Seafood kena fikir-fikirkan untuk tambah chef atau tukang masak sebab kedai dah popular dan ramai pengunjung.

Overall, kami bayar semua dalam RM47.00. Sate ayam 30 cucuk, nasi impit 3 pinggan (6 orang makan), air buah 3 gelas, dan air biasa 4 gelas..

Syed STulang Seafood
Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir, 21300,
Kuala Terengganu

VN:F [1.9.22_1171]

Rating: 1.0/5 (2 votes cast)

Satay Sedap di Kuala Terengganu, 1.0 out of 5 based on 2 ratings


Norfanil


Suka makan, dalam masa yang sama suka travel.. Sedap makan, puas hati travel! Feel free to visit my personal blogNorfanil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads