HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.
Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas.
"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.
"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.
Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.
Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.
Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. – BERNAMA
HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.
Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira,...
<p style="text-align: left;">HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.</p>
Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas.
<p style="text-align: left;">"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.</p>
<p style="text-align: left;">"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.</p>
<p style="text-align: left;">Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.</p>
Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
<p style="text-align: left;">Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.</p>
<p style="text-align: left;">Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. - BERNAMA</p>
Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.
Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.
Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.
Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.
Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar. Pihak polis telah pun memanggil enam orang pelajar tersebut untuk memberi keterangan. Difahamkan juga pihak sekolah telah pun menggantung pembelajaran beberapa orang pelajar yang terbabit.
Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.
Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.
Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.- KOSMO
Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.
1. JURUTEKNIK KOMPUTER 2. PEMBANTU AM PEJABAT 3. PEKERJA AWAM
Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Karung Berkunci No. 3 23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah DUNGUN, TERENGGANU (Bahagian Khidmat Pengurusan)
tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 September 2012
Sepatutnya hari Jumaat, datanglah masjid awal-awal dan buat iktikaf. Puak-puak PAS di Terengganu ni lain pula.
Hari ini jugalah mereka nak buat Kembara Oren konon nak selamatkan Felda di Terengganu. Entah apa yang nak diselamatkan apabila semua tempat dah reject si Mazlan Alimin.
Dia orang nak syok sendiri tiada siapa boleh tahan. Ini negara merdeka dan sesiapa bebas untuk bersuara asal tak bawa budaya samseng dan huru harakan keadaan keamanan awam.
Membantu puak-puak PAS bengong ini untuk syok sendiri adalah Satipul Bahri Mamat, Timbalan YDP PAS Dungun yang melepaskan kembara begong di Ketengah Jaya pada pukul 9 pagi.
Tujuan yang disebut adalah untuk memberi penerangan kepada warga Felda tapi sebenarnya membuat fitnah Felda telah menggadai nasib peneroka.
Tengoklah risalah yang dijaja. Ini bukan penerangan tapi penipuan dan budaya politik samseng. Sabar aje lah Tan Sri Isa. Lagi difitnah, lagi banyak pahala Tan Sri dapat.
Konvoi tersebut akan ke Felda Kertih 2, Kertih 3, Jerangau, Bukit Bading dan Tenang.
Mereka canangkan 110 kenderaan akan sertai konvoi tetapi yang ada hanya 25 orang saja. Di pelancaran Ketengah Jaya pun hanya dihadiri 50 org peserta konvoi yang BUKAN pun peneroka.
Dalam masa sama peneroka Felda Ketengah Jaya sendiri hadhir seramai 200 orang peneroka (bkan impot macam PAS) membantah Kembara Oren ini.
Belum start dah gagal. Balik kampung la Mazlan Alimin ... mana mamat ni ada kampung? Kampung sendiri pun tolak dia!
UNDI RAKYAT 2013: Peratus undi peneroka Felda Ketengah Jaya dijangka tinggi
05 May 2013 01:49pm
SESAK... Beginilah suasana di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya, Dungun pada sebelah pagi
Oleh Fairus Azareen (fairus@abnxcess.com)
KETENGAH JAYA — Proses mengundi di Bandar Ketengah Jaya berjalan lancar dengan peratusan pengundi yang tinggi berbanding PRU-12.
Kawasan ini merupakan sebuah penempatan peneroka Felda yang terdiri daripada Felda Kerteh 1, Felda Kerteh 2, Felda Kerteh 3, Felda Kerteh 4, 5 dan 6.
Petugas BN menyemak daftar pemilih pengundi di Dungun.
Ia juga merupakan kawasan bersempadan antara daerah Kemaman dan Dungun di mana, Felda Kerteh 5 dan 6 termasuk dalam kawasan Kemaman dan yang lainnya dalam daerah Dungun. Ikuti rakaman suasana pengundian dari lensa ABN News.
Satu perbincangan telah dibuat dengan Ketua Peneroka Felda Kerteh 5 Encik Rashid Muhamad di depan kediaman beliau di felda tersebut. Ianya bertujuan bagi merangka satu program Remaja Raikan Ramadhan (3R) yang bakal diadakan di Masjid Felda Kerteh 5 pada 3-4 Ogos 2012.
Program 3R ini ditumpukan kepada para remaja berusia 15 hingga 19 tahun yang bersekolah di dua buah sekolah menengah di sini iaitu SMK Ketengah Jaya dan SMK Semarak B5.
Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.
Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.
Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.
Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.
Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.
Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.
KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membelanjakan kira-kira RM1 juta kepada 4,834 penerima sumbangan dari Tabung Amanah Masyarakat Ketengah tahun ini bagi membantu golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban kewangan kepada mereka yang berkenaan.
"Jumlah penerima sumbangan juga semakin meningkat berbanding seramai 3,157 orang tahun lalu, 2,610 (2011) dan 1,064 (2010) 2010 dan insya-Allah akan lebih ramai diberi bantuan seiring dengan peningkatan sumbangan dari lima anak syarikat Ketengah.
"Pada tahun ini, sumbangan dimulakan di Cheneh dan akan diadakan di Ajil, Hulu Terengganu, Al Muktafi Billah Shah di Dungun dan Bandar Seri Bandi di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 360 penerima bantuan itu di Bandar Baru Cheneh di sini hari ini.
Lima anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam bidang perladangan perlu memberi sumbangan kepada tabung itu mengikut peratusan keuntungan yang ditetapkan pihak pengurusan Ketengah – Ketengah Jaya Sdn Bhd, YTI-Ketengah Perwira Sdn Bhd, Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd dan Ketengah Perwira Sdn Bhd.
Ketengah ialah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diperbadankan pada 12 April 1973 dan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
"Selain bantuan untuk ibu tunggal, OKU dan orang miskin, Ketengah juga menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah dari keluarga kurang mampu," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan