Rabu, 14 Mei 2014

13 di dungun - Google Blog Search

di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


RTC <b>Di Dungun</b> Beri Kemudahan Penduduk - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2014 02:57 AM PDT


DUNGUN – Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al-Muktafi Billah di sini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini bakal memberi kemudahan kepada lebih 700,000 penduduk.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata projek menaik taraf RTC itu dengan kos RM8 juta bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

"Saya berpuas hati dengan pembinaan (RTC) kerana lokasi yang strategik di mana ia terletak di tengah-tengah bandar yang menghubungkan kawasan-kawasan yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1Ukhwah, 1Misi, 1Organisasi warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) hari ini.

Mohd Shafie berkata RTC itu juga bakal menjadi pusat maklumat kepada penduduk dan pelancong yang berkunjung ke kawasan tengah Terengganu.

"Segala-galanya ada di sini. Sekiranya pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, mereka tidak perlu ke bandar untuk memohon biasiswa pendidikan tapi boleh berkunjung ke situ (untuk membuat pemohonan).

"Pelancong juga boleh menggunakan perkhidmatan di RTC ini sekiranya mereka kehilangan pasport kerana kita juga ada Jabatan Imigresen (di RTC)," katanya.

Mohd Shafie berkata kewujudan RTC juga menyediakan peluang kepada penduduk untuk menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan di situ.

Beliau memberikan contoh RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh di Kelantan yang memberi pulangan pendapatan ratusan juta ringgit kepada penduduk setempat.

"Kalau dahulu seorang petani hanya mendapat RM1,000 sebulan tetapi selepas RTC (di Gopeng dan Wakaf Che Yeh) siap, mereka mendapat pulangan lebih daripada RM2,000 (sebulan)," katanya lagi. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

RTC Di Dungun Beri Kemudahan Pendudukhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/TR03_170414_SHAFIE_RTC.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/TR03_170414_SHAFIE_RTC-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

DUNGUN - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al-Muktafi Billah di sini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini bakal memberi kemudahan kepada lebih 700,000 penduduk. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata projek menaik taraf RTC itu dengan kos RM8 juta bagi meningkatkan tahap...

DUNGUN - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al-Muktafi Billah di sini yang dijangka beroperasi akhir tahun ini bakal memberi kemudahan kepada lebih 700,000 penduduk. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata projek menaik taraf RTC itu dengan kos RM8 juta bagi meningkatkan tahap perkhidmatan dan bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat. "Saya berpuas hati dengan pembinaan (RTC) kerana lokasi yang strategik di mana ia terletak di tengah-tengah bandar yang menghubungkan kawasan-kawasan yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1Ukhwah, 1Misi, 1Organisasi warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) hari ini. Mohd Shafie berkata RTC itu juga bakal menjadi pusat maklumat kepada penduduk dan pelancong yang berkunjung ke kawasan tengah Terengganu. "Segala-galanya ada di sini. Sekiranya pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, mereka tidak perlu ke bandar untuk memohon biasiswa pendidikan tapi boleh berkunjung ke situ (untuk membuat pemohonan). "Pelancong juga boleh menggunakan perkhidmatan di RTC ini sekiranya mereka kehilangan pasport kerana kita juga ada Jabatan Imigresen (di RTC)," katanya. Mohd Shafie berkata kewujudan RTC juga menyediakan peluang kepada penduduk untuk menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan di situ. Beliau memberikan contoh RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh di Kelantan yang memberi pulangan pendapatan ratusan juta ringgit kepada penduduk setempat. "Kalau dahulu seorang petani hanya mendapat RM1,000 sebulan tetapi selepas RTC (di Gopeng dan Wakaf Che Yeh) siap, mereka mendapat pulangan lebih daripada RM2,000 (sebulan)," katanya lagi. - BERNAMA