Sabtu, 19 April 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: <b>di negeri terengganu</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Apr 2014 07:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: <b>di negeri terengganu</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Apr 2014 07:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: <b>di negeri terengganu</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 07:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: <b>di negeri terengganu</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 07:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ada Guru Enggan Guna E-Book <b>Di Terengganu</b> - Perkhidmatan <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2014 12:51 PM PST

KEMAMAN, 22 Feb (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kesal dengan segelintir guru di negeri ini yang enggan menggunakan e-Book setelah kerajaan negeri menyediakan kemudahan itu dengan peruntukan besar setiap tahun.

Pengarah jabatan itu Zakaria Husin berkata pihaknya masih menerima aduan ibu bapa mengenai guru yang tidak menggunakan kemudahan e-Book di sekolah.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana e-Book sudah mempunyai sukatan pembelajaran yang sama lengkap dengan buku teks. Jadi, ia lebih mudah dan tidak membosankan pelajar untuk sesi pembelajaran dalam kelas," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan buku kepada lima sekolah terlibat banjir di Kemaman oleh sebuah syarikat penerbitan di sini, Sabtu.

Zakaria berkata golongan pendidik di negeri ini perlu kreatif dalam menggunakan alat bantuan mengajar itu bagi menjadikan suasana dalam kelas lebih menarik dan interaktif.

Beliau berkata e-Book didapati berkesan melonjakkan prestasi akademik pelajar di negeri itu, dan sehingga kini, tiga buah sekolah menggunakan kemudahan itu 100 peratus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga dan SK Seberang Takir di Kuala Terengganu serta SK Telok Kalong di sini.

"SK Paya Bunga kini muncul lima sekolah terbaik di seluruh negara dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) malah kehadiran pelajarnya juga 100 peratus," katanya.

Bagi merungkai permasalahan itu, Zakaria berkata JPNT akan menemui 351 Guru Besar di seluruh Terengganu.

Setiap tahun, kerajaan negeri Terengganu membelanjakan RM25 juta untuk membeli e-Book dan menyelenggaranya.

BERNAMA: 22 Februari 2014

PANTAI MENARIK <b>DI KUALA TERENGGANU</b> | ! Bukan Sekadar Rupa

Posted: 07 Apr 2014 11:59 PM PDT

Satu yang aku suka mengenai kampung halaman aku sebab banyak pantai menarik di Kuala Terengganu. Itu baru Kuala Terengganu tau. Tak larat aku nak tulis entri pantai menarik di Negeri Terengganu sebab banyak sangat. Ada juga yang aku tak pernah pergi. So mampu tulis entri mengenai Pantai Menarik di Kuala Terengganu jela kakaka. =D

 

Pantai Airport

 

pantai airport terengganu

 

Pantai Airport terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Sambil main kejar-kejar tepi pantai, boleh tengok kapal terbang nanti haha.  Antara kemudahan disediakan di Pantai Airport ialah :-

 

- Gerai jual makanan/minuman tepi jalan (pelbagai pilihan air,makanan ringan bergoreng,sate ikan,jagung bakar dan sebagainya)

- Kedai makan yang menjual ikan celup tepung. Memang banyak kedai jual ikan celup tepung tapi kena pandai pilih lah kedai mana yang best. Biasa yang ramai orang itulah yang best kan haha. Aku suggest kedai Pok Awang sebab aku selalu jugak makan situ. Kedai makan yang tepi jalan menghala ke pagar airport tu pun best.

- Kereta kuda. Kalau korang nak rasa pengalaman naik kereta kuda yang dihias cantik, boleh cuba di Pantai Airport. Aku tak sure kereta kuda itu bawa korang ke mana. Yang pasti tak bawa sampai bandar Kuala Terengganu ar kakaka. =p

- Pondok rehat di tepi pantai. Boleh bungkus ikan celup tepung, air kelapa, sate ikan kemudian makan di pondok rehat sambil menikmati angin pantai Airport. Syok nya!

 

- Setiap hari Jumaat akan diadakan jualan bundle. Aku kira jualan bundle yang paling besar aku pernah pergi kot. Sangat banyak pilihan pakaian yang dijual. Aku sendiri sering beli pakaian dekat sini sebab murah tapi cantik walaupun bundle kan. Kita pakai baju bundle je ok kakaka.

Pantai Batu Buruk

 

pantai batu buruk

 

Pantai Batu Buruk terletak bersebelahan Hospital Sultanah Nur Zahirah. Biasa lepak di Pantai Batu Buruk waktu malam. Anak muda macam aku memang ramai lepak di sini waktu malam. Antara yang menarik terdapat di Pantai Batu Buruk :-

 

- Terdapat A&W dan KFC di sana. A&W betul-betul tepi pantai. Sambil makan A&W boleh la merasa angin pantai yang sejuk itu. KFC pulak bawah hospital. Boleh take away kemudian makan tepi pantai hehe.

 

- Gerai tepi jalan yang menjual pelbagai makanan ringan bergoreng,minuman,sate ikan,rojak buah,jagung bakar dan banyak lagi. Takde bajet nak makan KFC,boleh beli dekat gerai tepi jalan ini je =D

 

- Ada penjual layang-layang. Boleh main layang-layang dengan anak nanti.

 

- Terdapat taman untuk para pengunjung beriadah terutamanya berjoging. Pernah joging sini sekali je. Itupun abang yang ajak haha. Jauh wei rumah aku dengan Pantai Batu Buruk nie.

 

- Kereta kuda juga turut disediakan. Boleh pusing-pusing satu Pantai Batu Buruk. Tang harga tu tak confirm berapa.

 

- Ada hotel & resort berdekatan Pantai Batu Buruk. Boleh check in terus bila dah penat bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk. Malamnya boleh sambung lepak tepi pantai lagi. Paginya boleh jogging di Taman Pantai Batu Buruk.=D

 

- Surau juga turut disediakan untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung beragama islam.

 

- Terdapat Food court dan kedai makan yang best. Aku selalu juga makan Nasi Ayam Hainan dekat food court sana. Sedap dan kedai selalu penuh. Malam lepak dekat Intai-Intai. =D

 

Pantai Tok Jembal (Pantai UMT)

 

Menarik mengenai Pantai Tok Jembal ini ialah pantai ini boleh mandi tau. Haritu pergi sini ramai gila orang mandi-manda.Aku macam teruja gila sebab baru tahun lepas aku tahu dekat sini boleh mandi T__T . Iyelah kebanyakan pantai di Kuala Terengganu mana boleh mandi.

 

Lokasi dia pun punyalah strategik kalau bukan orang KT confirm tak jumpa cari hahaha. Ada dua lokasi pantai yang boleh mandi. Satu di jalan mati Pantai Tok Jembal, satu lagi depan sikit berdekatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

pantai tok jembal sumber gambar

 

Haritu kitorang pernah BBQ HARI RAYA dan photoshoot pre convocation Syerah dengan Amir dekat Pantai UMT. Kitorang saja pilih tempat tu sebab tak ramai sangat orang mandi-manda situ. Boleh melakukan aktiviti tanpa mengganggu ketenteraman orang mandi manda dan tanpa gangguan juga haha. Biasa petang-petang memang ramai student UMT lepak dekat sini.

 

gambar pantai tok jembal

 

Cuba fokus pemandangan cantik di Pantai UMT ini. Jangan fokus ke model pre konvokesyen tu tau wakakaka. Aku tak berkesempatan lagi mandi di sini. Amir, Zack, Kodin dah mandi masa BBQ HARI RAYA tahun lepas. Dia cakap best mandi. Tak boleh berenang pun boleh mandi sebab air tak dalam.

 

Pantai tu dah ditembok dengan batu besar jadi macam bentuk teluk. So, boleh mandi dalam teluk tu lah. Ombak pun tak kuat sebab dihalang oleh tembok buatan tu. InsyaAllah selamat. Sama juga macam Pantai Tok Jembal yang aku cerita tadi. Korang faham kan apa yang aku nak sampaikan di sini? Macam susah pulak nak reka ayat nak explain ke korang haha =D

 

pantai tok jembal gambar

 

Lawa tak ? Tak lawa lagi ke camnie ? \0/

 

pantai tok jembal terengganu

 

Pantai Mengabang Telipot

 

Tiada apa yang paling best di Pantai Mengabang Telipot selain WARUNG POK NONG. Mereka yang berkunjung ke Pantai Mengabang Telipot wajib singgah di Warung Pok Nong tau. Boleh merasai sendiri pengalaman memakan sotong celup tepung segar yang sangat enak sehingga menjilat ibu jari.

 

gambar ikan celup tepung

 

Aku and the geng selalu juga menjamu selera di WARUNG POK NONG. Kadang-kadang kalau member luar datang KT, kitorang bawak ke Warung Pok Nong. Ternyata mereka pun gemar makanan laut celup tepung di sana terutama sotong celup tepung. Glamour Warung Pok Nong haha.

 

 

Korang yang berkunjung ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di pantai menarik yang telah aku senaraikan di atas ok. Confirm korang akan seronok di sana dan semestinya akan rindu untuk kesana lagi macam yang terjadi ke aku sekarang nie la hihi =D

 

 

P/s : Rindu nak lepak dengan kawan-kawan tepi pantai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads