Rabu, 2 April 2014

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Sekitar BR1M <b>Batu Rakit</b>.

Posted: 09 Mar 2014 10:57 PM PDT

Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 415 penduduk dari beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit, hari ini.

Dari jumlah itu seramai 359 menerima wang sebanyak RM300 manakala bakinya menerima RM450 setiap seorang.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, berkata pemberian wang BR1M yang berakhir kira-kira jam 1 tengahari itu berjalan lancar, hari ini. "Pemberian wang BR1M ini membuktikan bahawa kerajaaan di bawah Barisan Nasional menunaikan janjinya dan saya mengharapkan penduduk di Batu Rakit ini akan terus memberi sokongan kepada BN supaya BR1M ini serta beberapa agenda lain akan dapat diteruskan," katanya.

Seorang penerima, Mohd Alimi Arifin, 29, berkata dia mengucapkan terima kasih kapad Dato Seri Najib Tun Razak kerana memberi BR1M kepada rakyat Malaysia kerana ia boleh membantu rakyat untuk membeli keperluan harian.

Seorang lagi penerima, Nor Amira Ali, 23, berkata, dia gembira atas keperihatin kerajaan terhadap golongan muda sepertinya dengan menghulur bantuan berjumlah RM300 dan akan terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya nasib rakyat Malaysia akan terus terbela.

Pemberian wang tunai BR1M melalui tuntutan baucer itu diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), Pejabat Daerah Setiu (PDS) dan Dun Batu Rakit.





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads