Ahad, 2 Mac 2014

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Percutian <b>di Pulau Kapas</b>, Terengganu | Luqman Zakaria

Posted: 21 Sep 2013 05:37 AM PDT

Assalamualaikum.
Untuk Edisi Travelog pada kali ini, aku ingin membawa korang semua menjelajah Pulau Kapas yang terletak kira kira 6 kilometer dari persisiran pantai Marang, Terengganu. Mengambil jurusan pengurusan pelancongan ketika belajar dahulu memberi peluang kepada aku dan kawan kawan menjejakkan kaki di Pulau Kapas untuk merasai sendiri pengalaman menyelam dan meneroka hidupan laut yang sangat awesome.
AIr yang jernih dan bersih menjadikan pulau kapas salah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti snorkelling. walaupon aku tidak tahu berenang, Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 
Rasanya tak perlu describe kegembiraan dorang.tengok muka semua pon dah tahu.
Semua orang menikmati aktiviti snorkelling termasuk aku tapi kesian juga pada diri sendiri sebab terpaksa berpaut pada tali bila nak snorkelling dengan reaksi muka yang tidak boleh digambarkan. Aku pernah buat buat pandai berenang tapi ibu jari kaki terkena duri landak laut pulak. Alhamdulillah tak ada apa apa. 
Masih mampu feeling feeling titanic seorang diri walaupon kaki mengalami sedikit kecederaan. Sebenarnya tengah kecewa masa nih, jeles tengok kawan kawan berenang bebas di lautan biru. Aku pulak terpaksa duduk atas bot sambil tengok mereka mereka semua kuak kupu kupu dalam laut mencari ikan duyung yang cantik macam Neelofa. eh! dan akhirnya kitorang jumpa ikan duyung itu. tapi tak sama pun macam Neelofa.
Aktiviti snokerlling dilakukan sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tanning session pulak sepanjang hari. hehs. Apa yang boleh aku conclude, aktiviti ini sangat memenatkan tapi pada masa yang sama ianya menyeronokkan. Sebelum meninggalkan Pulau kapas, Kitorang bergambar secara berirama (Ramai ramai) untuk kenang kenangan.

kitorang stay di pulau kapas selama satu hari sahaja dan selepas itu meneruskan jelajah ke Masjid Kristal, pekena nasik kukus dan shopping keropok losong di terengganu. Aku harap entry ini cukup untuk meyakinkan korang bahasawanya Pulau kapas juga merupakan salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads