Jumaat, 14 Mac 2014

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


A view from kacamata : MH370:Pesawat kelihatan <b>di Pulau Kapas</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 06:30 AM PDT


Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.


 "Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

"Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya.

"Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek," katanya.

Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang.

Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.

source: Harian Metro

mh370 - 8 pemuda dengar letupan kuat arah timur laut <b>pulau kapas</b>

Posted: 11 Mar 2014 06:18 AM PDT

LOKASI yang dipercayai bunyi letupan kuat pada hari kehilangan pesawat MH370. FOTO Tg Syamim Tg Ismail
Marang : Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.
Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu. 
Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik. 

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya. 

"Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya. 

"Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek," katanya. 

ALIAS Salleh, 36, menunjukkan satu laporan polis yang dibuatnya selepas mendengar bunyi letupan yang kuat dari arah timur laut Pulau Kapas pada hari kehilangan pesawat MH370 dilaporkan. FOTO Tg Syamim Tg Ismail
Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu. 
Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang. 

Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads