13 di marang - Google Blog Search |
Sotong: Bersantai <b>Di Marang</b> Posted: 20 Feb 2014 05:36 AM PST Salam kunjungan dan selamat datang kepada semua pelawat blog sotonglaut. Pada hujung tahun lepas ambe sempat berkunjung ke Marang di atas urusan kerja. Masa luang sempat ronda-ronda cari makan di sekitar marang. Antara menu yang memang menjadi pilihan ambe dan kawan-kawan adalah sotong goreng. Selalunya kalau ambe makan di tepi pantai... ambe akan cuba pelbagai resipi sotong goreng celup tepung. Nampak je sama... rupa-rupanya rasa lain. Sepanjang ambe dok gila makan sotong goreng ni... memang tak boleh lawan sotong goreng di Teluk Lipat, Dungun. Ada satu gerai mokcik tu. Sotong goreng dia memang kaw. Jangan tertipu kalau nak beli sotong goreng ni. Jangan tengok cantik warna tepungnya... kena test merata-rata. Ambe masih dok cari kedai sotong yang boleh lawan dengan gerai di Dungun.. hehe. Sotong goreng celup tepung dari kedai berbeza Sotong goreng ni kalau dipadankan dengan ABC.. fuhh.. meme ganas giler sedapnya. Tak caya cuba korang test. Kalau sotong yang baru goreng... panas lagi best. Kalau nak tau power die... korang kena datang Terengganu dan cuba sendiri. |
[TERKINI] Haiwan Pelik Ditemui <b>Di Marang</b> | PELIK TAPI BENAR <b>...</b> Posted: 17 Feb 2014 07:00 PM PST [TERKINI] Haiwan Pelik Ditemui Di Marang | PELIK TAPI BENAR | MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking. Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin. baca lagi klik TRAJUK ENTRI ni Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik. "Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking," katanya kepada Sinar Harian. Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut. Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air. "Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu," katanya. Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai 'ngoang' di Sarawak manakala dipanggil 'jabot' di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan