Sabtu, 29 Mac 2014

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pameran TATIUC <b>di Batu Rakit</b> berjaya.

Posted: 26 Mar 2014 05:45 AM PDT

TERTARIK...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman tertarik melihat bahan pameran di sebuah gerai ketika melawat pameran anjuran Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang diadakan di Wakaf Catur, Maras, Batu Rakit.

Pameran selama tiga hari bermula 24hb dan berakhir hari ini itu memberi banyak info mengenai peluang belajar dan kejayaan yang terdapat di Kolej Universiti milik kerajaan negeri itu.


"Saya harap orang ramai terutamanya pelajar yang mengunjungi pameran ini mendapat banyak manfaat daripada pelbagai aktiviti dan pemeran yang diadakan.Selain itu, pameran ini juga dapat memupuk hubungan silaturrahim antara penduduk dan warga TATIUC," katanya.

Bazlan yang juga Pengerusi TATIUC itu, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada TATIUC kerana menjayakan program itu dan mengharapkan program seumpama itu dapat diadakan di tempat-tempat lain pula selepas ini.

"Program ini berjaya menarik seramai kira-kira 100 penduduk penduduk dan pelajar hadir untuk melihat pameran dan mendengar info dari di lima gerai yang disediakan. Terima kasih kepada TATIUC kerana mengadakan program ini di Batu Rakit." katanya.-Aminudin Ismail.

 

Petronas Lancar Pusat Latihan Minyak & Gas Canggih <b>Di Batu Rakit</b>

Posted: 27 Mar 2014 12:13 PM PDT


KUALA TERENGGANU (28 Mac 2014) - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) semalam melancarkan kemudahan latihan bersepadu terbaharunya di kawasan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) dekat Batu Rakit di Kuala Terengganu.

Dikenali sebagai Pusat Latihan Minyak dan Gas Bersepadu Instep (IIOGTC), ia terdiri daripada loji latihan huluan dan hiliran sektor minyak dan gas yang dibina dengan bentuk dan fungsi yang sama dengan loji sebenar melibatkan kos pembinaan sebanyak RM250 juta.

Naib Presiden Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Petronas Raiha Azni Abdul Rahman berkata selain itu, IIOGTC turut dilengkapi pelantar gerudi, simulator penggerudian dan bengkel kejuruteraan.

"Ini adalah satu-satunya pusat latihan minyak dan gas yang canggih yang menempatkan semua teknologi yang diperlukan untuk pembelajaran akademik dan praktikal untuk pelatih di Instep bagi memenuhi keperluan industri.

 "IIOGTC dibangunkan untuk melengkapkan pelatih Instep dan pegawai Petronas dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran yang lebih sesuai dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian IIOGTC yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Sebelum ini, pelatih di INSTEP menjalani latihan amali di pelantar minyak di tengah laut bagi melihat sendiri proses di loji, namun kini mereka hanya perlu menjalani latihan di IIOGTC sahaja.

Raiha Azni berkata selain itu, kemudahan ini akan turut dibuka kepada penggiat industri minyak dan gas, sama ada dari dalam atau luar negara, yang mahu meningkatkan kemahiran jurutera dan juruteknik syarikat mereka.

"INSTEP yang ditubuhkan sejak 33 tahun lepas, kini telah melatih lebih 10,000 tenaga kerja teknikal yang mahir bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas di seluruh dunia.

"Malah, INSTEP juga menerima pelajar dari luar negara seperti Sudan, Papua New Guinea, Iraq dan Myanmar yang mengikuti pelbagai kursus teknikal di sini. Syarikat minyak dan gas seperti Talisman, Shell dan Exxon umpamanya juga menghantar pekerjanya menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran di sini," katanya.

Sementara itu, Shamsul Azhar dalam ucapannya berkata pelancaran IIOGTC ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi INSTEP  sejak ditubuhkan pada tahun 1981.


"Ini adalah antara pelaburan penting Petronas dalam bidang pembangunan modal insan yang bertujuan melahirkan pekerja berkemahiran tinggi untuk menyokong perkembangan pesat industri minyak dan gas di Malaysia," katanya.

Antara program teknologi petroleum yang ditawarkan di Instep ialah Makmal Analitis, Proses Pengeluaran, Elektrikal, Instrumentasi dan Mekanikal.

Terletak kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Instep juga menyediakan kemudahan asrama untuk 1,600 pelatih pada satu-satu masa, kompleks sukan, kafeteria, masjid, dewan kuliah dan loji latihan yang sama seperti operasi sebenar Petronas di lautan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia masih kekurangan tenaga mahir dalam sektor tertentu, terutama industri minyak dan gas, menyebabkan syarikat bersaing mendapatkan pekerja mahir yang terhad jumlahnya bagi menyempurnakan projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, kekurangan tenaga mahir menyebabkan kerajaan tidak dapat memacukan sektor-sektor tertentu yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, terutama aspek teknikal dan vokasional.


 "Sebab itulah kerajaan, terutama RMK-11 yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), banyak menekankan aspek vokasional dan teknikal.

"Sekiranya kita tidak dapat memenuhi lompong yang ada (bidang pekerja mahir), kita akan menghadapi masalah untuk membangunkan industri dan sektor yang telah dikenal pasti sebagai sektor penting untuk Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran INSTEP  semalam.

Khairy berkata kerajaan komited mewujudkan sasaran peluang pekerjaan sebanyak 3.3 juta di negara ini dengan kebanyakan pekerjaan baharu dalam bidang yang bersifat kompetitif dan teknikal menjelang 2020.

"Kalau kita tidak sediakan bekalan (tenaga mahir), maka kita akan terpaksa membawa masuk tenaga mahir dari luar dan ini akan merugikan kita.

"Ini kerana tahun depan akan bermulanya Komuniti Ekonomi Asean yang membuka peluang untuk pekerja mahir berpindah dari satu negara ke negara lain di Asean.

Oleh itu, kita perlulah rebut peluang ini dan menyediakan anak muda kita dalam bidang industri tersebut," katanya.


Sementara itu, Ahmad Said yang tertarik dengan cara pengendalian latihan INSTEP berkata kerajaan negeri akan menaja dan menghantar anak Terengganu menjalani latihan dalam bidang industri minyak dan gas yang dilihat berpotensi besar dalam industri.

"Kita akan tengok keperluan dan kemampuan, dan akan berbincang mengenai kos yang terlibat. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan berbincang dengan INSTEP.

"Kerajaan Terengganu bersedia membiayai kos supaya lebih ramai golongan muda diberi latihan dalam bidang minyak dan gas," katanya.

Kerajaan negeri komited membangunkan bidang pendidikan di negeri ini dengan setiap tahun kira-kira RM300 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads