13 di kuala besut - Google Blog Search |
Apa Kata DAP Tanding <b>Di</b> DUN <b>Kuala Besut</b>? – Perak Today Posted: 30 Jun 2013 08:49 AM PDT DUN Kuala Besut yang kosong semalam akibat pemergian penyandang Allahyarham Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, hampir keseluruhannya pengundinya adalah terdiri dari orang Melayu (99%), dengan 1% sahaja orang Cina. Penulis melihat, inilah masanya yang sesuai untuk DAP membuktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia ini bahawa parti itu adalah parti berbilang kaum dan dasar-dasarnya diterima oleh semua kaum dalam negara kita ini. Bukan oleh kaum Cina sahaja seperti yang kita lihat hari ini. Lagipun, bukankah pembangkang sekarang sudah ada satu nama, Pakatan Rakyat. Sana Pakatan Rakyat, sini Pakatan Rakyat, sehinggakan jumlah undi ketiga-tiga parti pembangkang diambil kira sebagai mewakili Pakatan Rakyat – peliknya, entah bila lambang Pakatan Rakyat ada dalam kertas undi pun kita tak tahulah. Jadi inilah masa dan peluangnya pembangkang nak menunjukkan ke'Pakatan Rakyat' sangat tu. BN dah tunjuk bukti, letak calon dari UMNO bertanding di kawasan majoriti cina, contohnya di Gelang Patah di mana Datuk Seri Ghani Othman bertanding menentang Lim Kit Siang. Kalah menang itu soal lain, yang penting kita berani dan dah buktikan pun. Kalah pun sebab DAP main isu perkauman, sementara BN tidak dibenarkan buat begitu. Jadi kita cabarlah DAP untuk bertanding di DUN Kuala Besut dalam pilihanraya kecil yang akan datang kali ini. Jajalah nama Pakatan Rakyat tu sana sini, kok benarlah seperti mana dakwaan bahawa rakyat sebenarnya mengundi calon dari Pakatan Rakyat, bukan calon DAP, PAS dan PKR. Anwar pun (disebalik dakwaan SPR menipu, pilihanraya tidak adil), menganggap pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kuala Besut ini sebagai peluang baik untuk Pakatan. Letaklah calon Melayu ke atau cina lebih baik tapi bertanding atas tiket DAP. Kalau calon berkenaan berjaya menang di Kuala Besut, penulis terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat ini sememangnya jenama politik yang layak untuk menyaingi BN dalam PRU14 akan datang – walaupun belum berdaftar lagi. Kalau tidak, terima sajalah hakikat Pakatan Rakyat hanya satu sandiwara, nak menipu rakyat kononnya pembangkang bersatu, tak lebih dan tak juga kurang. Penulis pun dah letih dengan drama pembangkang bersatu ni, dari Angkatan Perpaduan Ummah, Gerakan Rakyat, Barisan Alternatif sampailah ke Pakatan Rakyat sekarang, satu pun tak berdaftar sebagai parti politik sah dan menentang BN secara depan berdepan, tau tau bila menang, dakwa itu kemenangan Pakatan dan sebagainya. - mykmu.net |
Pelajar Ditahan Berhubung Kes Kemalangan Pegawai Polis Trafik <b>...</b> Posted: 19 Jul 2013 05:10 AM PDT KOTA BAHARU: Seorang pelajar berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit melanggar seorang pegawai polis trafik di Kuala Besut, Terengganu Rabu lalu, ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak polis masih menyiasat kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Beliau melawat Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini hari ini. Pegawai tersebut sedang menerima rawatan akibat kaki kanannya terputus dalam kemalangan itu. Keadaannya dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu lagi. "Saya lihat keadaan serta emosi beliau agak stabil dan menerima dengan tabah apa yang berlaku," kata Jamshah kepada pemberita. Farid Hasni dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, ditugaskan berkhidmat untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, menyebabkan beliau terhumban kira-kira 10 meter. Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye yang turut melawat Farid Hasni berkata pihaknya akan membantu kebajikan keluarganya. "Saya berjanji akan bantu mendapatkan sumbangan kaki palsu untuk beliau di samping berusaha menukar beliau ke Terengganu supaya lebih dekat dengan keluarganya," jelasnya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan