Sabtu, 8 Februari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


BN kalah di Cukai, punca banjir <b>di Kemaman</b> – Mat Said | EkELEH <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 10:21 PM PST

Hanafiah_Chukai"Kerana BN kalah kepada pembangkanglah di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir."

Kata-kata angkuh Mat Said, MB Terengganu pada majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana Menteri di Kemaman semalam.

Kata-kata angkuh Mat Said menyebabkan ADUN Chukai, Hanafiah Mat(gambar) minta Mat Said bertaubat seolah-olah tidak percaya bala banjir diturunkan Allah.

Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi (Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?

Banjir berlaku di Kemaman bukan kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah al Saba' ayat 16, kata beliau lagi dipetik Free Malaysia Today.

Ayat 16 Surah al Saba' berbunyi seperti berikut yang bermaksud:  "Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara".

Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman yang bermaksud "Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)".

Semalam Datuk Najib menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads