Ahad, 9 Februari 2014

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Fosil tumbuhan kuno berusia 350 juta tahun ditemui <b>di Besut</b>

Posted: 28 Jan 2014 02:11 AM PST


Dato' Yunus (berbaju putih) menunjukkan tempat fosil ditemui

Oleh: Mohammad Ishak 

Daerah Besut dijangka menarik perhatian ahli geologi negara apabila penemuan fosil tumbuhan dipercayai berusia 350 juta tahun ditemui di tapak pembinaan projek ampangan Paya Peda,Hulu Besut.

Penemuan fosil oleh ahli kajibumi, Mohd Zaidi Mohd Yah yang juga jurutera projek pembinaan berkenaan pada 2011 kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil perhatian.

Selepas tiga tahun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang bertanggungjawab membuat kajian akhirnya tujuh sepesis tumbuhan berkarbon ditemui oleh pakar yang terbabit dalam kajian itu.

Berikutan penemuan fosil itu, Ketua Pengarah JMG, Dato' Yunus Abdul Razak membawa wakil media ke lokasi penemuan semalam untuk menyapaikan maklumat awam kepada orang ramai.

Yunus berkata, penemuan fosil berkenaan disifatkan rekod baru kepada JMG kerana ditemui begitu banyak dalam jarak yang dekat.

Katanya, proses kaijan oleh kakitangan jabatan itu mengambil masa lama untuk mempastikan bahan berkenaan benar-benar tulen dan mempunyai nilai warisan yang tinggi.

Menurutnya, penemuan fosil dilereng bukit selepas kerja-kerja meratakan tanah di tapak pembinaan ampangan terbabit dilakukan secara teliti oleh pakar untuk mendapatkan kepingan fosil yang pelbagai geologi.

Katanya, sehingga ini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi dimana dua daripadanya diberi penarafan luar biasa.


"Bagaimanapun penemuan di Paya Peda ini amat menarik kerana ditemui dalam kelompok setempat pada aras 150 meter ketinggian dari aras laut," katanya.

Antara fosil yang ditemui ialah berbentuk bunga, daun, akar, dahan dan batang pokok. Selain itu kajian juga menemui kesan tahi gunung berapi dan batu arang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads