Isnin, 3 Februari 2014

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Suspek kes samun kedai telefon bimbit <b>di Besut</b> ditahan <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 11:08 PM PST

Mohd Azroy dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam atas tuduhan merompak sebuah kedai telefon bimbit menggunakan sepucuk pistol.

Polis menahan seorang daripada dua suspek yang menyamun sebuah kedai telefon bimbit dengan menggunakan sepucuk pistol Revolver di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut, Besut, 28 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan polis di tempat letak kereta Kota Putera, Besut, kira-kira jam 1.45 pagi16 Januari lalu.

"Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek ini melarikan hampir 100 telefon bimbit dan tablet pelbagai jenama  dianggarkan bernilai RM40,000. Malah, suspek turut melepaskan tembakan ke arah seorang peniaga kedai makan yang cuba untuk membantu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Manoharan berkata, susulan penahanan seorang suspek, polis menemui semula 12 telefon bimbit termasuk satu yang digunakan suspek  dan enam yang dijual kepada orang awam, manakala selebihnya dipercayai disimpan suspek yang masih bebas.

"Hasil siasatan, suspek turut mengaku melepaskan tembakan ketika rompakan berkenaan, bagaimanapun polis masih mengesan pistol digunakan yang dipercayai disimpan suspek yang masih bebas. Usaha memburu seorang lagi suspek giat dijalankan. Kita sudah kenal pasti identitinya, malah yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, tertuduh (suspek yang berjaya ditahan), Mohd Azroy Zawawi didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Mohd Azroy bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan menggunakan senjata iaitu sepucuk pistol terhadap harta milik Chong Aik Leong , 50, iaitu pelbagai jenis telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan kesalahan di sebuah kedai telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, kira-kira jam 2.55 petang 28 Disember 2013.

Bagi kesalahan itu, Mohd Azroy berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.-sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads