Rabu, 12 Februari 2014

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Sekitar dua YB kunjungi pesakit <b>di</b> Dun <b>Batu Rakit</b>.

Posted: 10 Jan 2014 04:33 AM PST

Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh bersama Adun kawasan ini, Bazlan Abdul Rahman menghabiskan masa hampir empat jam mengunjungi 14 pesakit di tiga buah kampung di dun itu untuk menyampaikan bantuan, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh pejabat Parlimen Setiu dengan kerjasama Dun Batu Rakit itu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit serta mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat.


Turut sama dalam lawatan itu ialah isteri Zulkifly, Husainah Mohamad dan isteri Bazlan, Siti Zaimah Mahmod, Setiusaha UMNO Bahagian Setiu, Mohd Azmi Nazir, beberapa Pengerusi JKKK , Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dun Batu Rakit. Dalam lawatan itu pesakit menerima sumbangan sejumlah wang tunai dan sebuah hamper yang disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Setiu dan Pejabat Dun Batu Rakit. 

Bazlan berkata, kampung-kampung yang dikunjungi pada hari ini ialah Kampung Mengabang Panjang, Kampung Mengabang Lekor dan Kampung Pagar Besi.

"Selepas ini kita akan melawat pesakit di kampung-kampung lain pula di kawasan Batu Rakit ini untuk menghulurkan bantuan kepada pasakit bagi meringankan bebanan mereka," katanya.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam Teganukita yang turut bersama dalam lawatan itu:-




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads