di negeri terengganu - Google Blog Search |
Tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b> | ! Love Is Cinta ! Posted: 31 Dec 2013 10:42 AM PST Tempat menarik di Kuala Terengganu memang banyak! tapi biasanya bila ke Terengganu cuma singgah di Pantau Rhu 10 sahaja. pantai yang sangat cantik dan nyaman, terasa tenang bila berada di situ. tapi untuk kali ini berlainan sedikit kerana mek cah diberi peluang untuk berkunjung kebeberapa tempat yang menarik di Kuala Terengganu. terima kasih Sumai Hotel Apartment kerana membawa kami dari bloogers.com ke beberapa tempat yang menarik di Kuala Terengganu. Misi jelajah bandar Kuala Terengganu bermula dengan Bukit Panorama yang terletak berhampiran Sumai Hotel yang kami menginap. hari yang hujan tidak menghalang aktiviti kami melihat panorama bandar Kuala Terengganu dari bukit yang indah lagi nyaman. sangat cantik melihat lautan luas ciptaan Allah. subhanAllah sungguh cantik negeri Kuala Terengganu. so syokk! bergambar! Kedatangan kami di sambut baik oleh pihak Museum, siap ada diskaun lagi untuk tiket masuk ke sana. untuk maklumat lanjut tentang Museum Terengganu boleh ke laman web rasmi iaitu "http://museum.terengganu.gov.my/". :P Alhaii, terasa macam budak sekolah bila bunyi museum. walaupun jiwa ku bukan berjiwa seni ataupun sejarah maka aktiviti ini mampu memupuk diri mek cah supaya lebih cintakan sejarah melayu dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah. kepada pencinta sejarah dan kesenian boleh la berkunjung ke sini kerana selain dari melihat sejarah-sejarah melayu tetapi banyak juga aktiviti lain yang disediakan seperti pertunjukan ular, dan sebagainya. kepada yang berani boleh la tengok aksi yang ganas ini. geli tau tengok ular besar macam ni, takut termimpi-mimpi okay! yang pasti layan sahaja. Lolzz
RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM sesi mendengar taklimat dari yang berpengalaman sbelum kami dibenarkan menaiki bot mengelilingi Pulau Taman Tamadun Islam. yang kami gelak tu disebabkan tut!! opsss nanti sila pakai jaket keselamatan dengan betul, pastikan perempuan memakai seluar sepanjang aktiviti ini berlangsung. lolzz menaiki River Cruise yang dikemudi oleh dua orang kapten. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul. eh! macam syokk je kitorang posing! STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ] Pencinta barangan batik asli terengganu boleh la ke STR SDN. BHD. banyak koleksi batik yang membuatkan korang rambang mata. batik asli terengganu boleh dijadikan ole-ole tanda kenangan bila ke sini. harga yang berpatutan dan kualiti yang mantap!. bila ke sini kami diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik dengan sendiri. memang rumit tapi akhirnya kami dapat menghasilkan 1 batik tema blogging. ohsem dan sweet tak kami?Mihmih "Hotel Sumai : Hotel Apartment Murah", mampu membantu korang mencari jawapan di mana keistimewaan negeri Terengganu. Na na na Ganung kiter. Terima kasih SUMAI HOTEL APARTMENT kerana menaja percutian kami. :) # SUMAI HOTEL APARTMENT menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT . Untuk maklumat lanjut sila ke entri ini "Hotel Murah di Kuala Terengganu" dan dapatkan harga promosi . harga istimewa menanti pembaca blog ini. Papaii. Tweet |
Tempat Menarik <b>di Kuala Terengganu</b> - Pabila Mambang Berkata-Kata Posted: 30 Dec 2013 05:28 PM PST Pasti ramai yang sudah tahu bahawa tahun 2013 merupakan Tahun Melawat Terengganu . Apa yang pasti bagi tahun 2014 pula, program Tahun Melawat Malaysia telah dilancarkan. Melalui program ini, pelancong ataupun penduduk tempatan boleh melawat beberapa tempat yang menarik di alam Malaysia. Di Malaysia, terdapat beberapa tempat menarik serta unik yang boleh dikunjungi. Di entry kali ini, mambang hanya nak menulis tentang beberapa tempat yang sempat mambang singgah ketika program bersama Blooggers Dot Com dan SUMAI HOTEL APARTMENT baru-baru ini. TAMAN PANORAMA Pada hari pertama kami di Kuala Terengganu, setelah selesainya sarapan di Bintang Laut Restaurant @ SUMAI HOTEL APARTMENT kami telah dibawa untuk ke Taman Panorama yang terletak hanya 10 minit sahaja dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Meskipun tidak ramai yang mengetahui tentang Taman Panorama ini, namun ia merupakan salah satu Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut dikunjungi oleh semua pelancong setelah menjejakkan kaki anda di Kuala Terengganu. Taman Panorama atau Bukit Panorama adalah sebuah tempat untu anda melihat seluruh panorama kota Kuala Terengganu. Bagi mereka yang gemar untuk mendapatkan angin segar secara percuma, bolehlah singgah di sini sambil melepaskan stress setelah penat bekerja. TAMAN TAMADUN ISLAM ( TTI ) Ok untuk destinasi seterusnya, kita ke Taman Tamadun Islam. hahaha dah macam tour guide plak kn... Sepanjang hidup mambang selama 20 tahun, ini merupakan kali kedua mambang menjejakkan kaki ke sini. yang first dulu masa rombongan sekolah...hahaha Di sini, terdapat lebih kurang 23 buah monumen masjid yang dicipta dan masing-masing mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri. MUZIUM NEGERI TERENGGANU Selepas ini, kita akan bergerak pula ke Muziun Negeri Terengganu. vroooommmmm.....hahaha Ok dah sampai...hahaha Muzim Negeri Terengganu ini terletak berhampiran dengan Taman Tamadun Islam, jalan kaki pon boleh sampai... Di sini, segala sejarah berkaitan Terengganu disimpan secara rapi dan dijaga dengan teliti oleh pihak muzium. Bagi mereka yang ingin menimba ilmu mengenai sejarah, bolehlah melawat ke sini. Tapi ingat ! Hanya buku nota sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk. Kamera tak boleh ! hahaha RIVER CRUISE, TAMAN TAMADUN ISLAM Setelah penat berjalan, kita akan kembali ke lokasi Taman Tamadun Islam tapi untuk kali ini, bukan nak tengok monumen lagi. Kali ini, kita akan menaiki River Cruise yang yang dikemudi oleh dua orang kapten dari mereka. Bayaran sebanyak RM 20.00 seorang akan dikenakan untuk satu trip. Ok sila pakai jaket keselamatan dengan betul sebelum kita menjelajahi Sungai Terengganu ini. STR SDN. BHD [ Batik . Kain Putih . Pencelup . Kain Songket ] Amacam perjalan ok tak ? hahaha Kami diberi kesempatan untuk mencanting serta mewarna batik sendiri. Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk menghasilkan sehelai batik. Itu pun dengan kerjasama 10 orang blogger dan beberapa orang staff dari SUMAI HOTEL APARTMENT . Cuba korang bayangkan la jikalau hanya seorang atau dua sahaja yang melakukan proses mencanting dan mewarna batik ini. Sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam dua atau tiga jam untuk sehelai batik ! Sedikit info di sini : SUMAI HOTEL APARTMENT juga menyediakan beberapa pakej trip untuk anda kunjungi sekiranya anda menginap di SUMAI HOTEL APARTMENT . Baca di sini untuk info mengenai SUMAI HOTEL APARTMENT : Hotel Murah di Terengganu |
You are subscribed to email updates from di negeri terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan