Selasa, 21 Januari 2014

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Kanak-kanak 2 tahun dibunuh kejam <b>di Paka</b>, Terengganu | RUMAH <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 06:23 PM PST

Kanak-kanak 2 tahun dibunuh kejam di Paka, Terengganu

Tuesday, January 21, 2014 at 1:30 PM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua Dungun, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Bunuh_Kanak_2_Tahun_Paka

Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham – MyMetro

Dungun: 2014/01/22

Bau busuk dari sebuah rumah kosong di Taman Permint Seri Paka Fasa Dua di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun, disyaki mangsa bunuh, semalam.

Sumber berkata, ketika ditemui di dalam tandas rumah kosong itu, sekitar mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan selepas terhidu bau busuk dari rumah itu.

"Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh," katanya.

Sumber itu berkata, terkejut melihat mayat kanak-kanak perempuan itu yang berlumuran darah, pengawal keselamatan terbabit segera memaklumkan kepada majikannya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Paka dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Paka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan seorang wanita yang tinggal di kampung berhampiran tempat kejadian, ada membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya yang berusia dua tahun, dua hari lalu.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada mangsa yang mati itu adalah kanak-kanak yang hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads