Jumaat, 17 Januari 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Hotel Murah <b>Di Kuala Terengganu</b> | Nabila Biela

Posted: 29 Dec 2013 03:58 AM PST

!Assalamualaikum!

Sedang mencari hotel murah di Kuala Terengganu?? haa nilah nak cerita ni. Ingat tak lagi yang aku bersama 9 blogger lain ke Kuala Terengganu untuk menginap di Sumai Hotel Apartment? masih ingat kan?kan? ala buat-buat ingatlah ye..hehe..sebab aku nak ceritakan keseronokan dan kebestsan menginap di Sumai Hotel Apartment ni..*kebestsan pun boleh..hihi*
Gambar kat atas tu di restoran di Sumai Hotel Apartment ni. Owhh lupa nak bagitau, yang sebenarnya Sumai Hotel Apartment ni ialah satu-satunya hotel apartment di Terengganu tau. Selain bilik dan penginapan yang selesa, makanan yang disediakan pula sangat sedap tak terkira jadi sesuailah aku katakan Sumai Hotel Apartment ni antara hotel murah di Kuala Terengganu bukan??

Bagi yang sukakan ketenangan dan pemandangan pantai yang cantik, amat sesuailah menginap di Sumai Hotel Apartment ni kerana hotel ini betul-betul berdekatan dengan pantai Batu Burok yang cantik di Kuala Terengganu. Bilik cantik mengadap pantai lagi, apa lagi korang nak??hihihi

Banyak membebel je kan aku ni? biliknya tak tunjuk-tunjuk lagi..hee..yela..seperti yang aku katakan tadi, Sumai Hotel Apartment ni satu-satunya hotel apartment di Terengganu, jadi yang ingin menginap bersama sebuah family besar, mahupun yang ingin mengadakan seminar..sangat sesuailah menginap di sini kerana sebuah apartment terdapat dua, tiga dan ada yang sampai empat bilik. Yang pasti sangat selesa dan besar!! Jadi mohla kita tengok jenis-jenis bilik yang terdapat di Sumai Hotel Apartment ni.

SUPERIOR APARTMENT
* 4 bilik + sarapan untuk 4 orang
* 2 bilik air + dapur + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu
 
hotel murah kuala terengganu 
               


DELUXE APARTMENT
* 3 bilik + sarapan untuk 4 orang
* 2 bilik air + dapur + peti sejuk + ruang makan + ruang tamu

* 2 katil single + 1 bilik air + peti sejuk
Amacam?? mewah kan apartment ni??sebenarnya ada banyak lagi pakej lain yang disediakan. Macam mana dengan harga??haa..nilah nak habaq ni..hee..bagi pembaca blog aku ni, ada harga yang sangat istimewa untuk korang tau...tapi harga yang ditawarkan ni bermula dari 1 Januari 2014 sampai 28 Febuari 2014 je tau..jadi apa lagi..meh kita tengok pakej dan harga istimewa untuk korang pulak ye..yeeepiiii!!! ^__^
PAKEJ DAN HARGA YANG DITAWARKAN


Okay, dah abis dah citer pasal bilik di Sumai Hotel  Apartment ni tapi masih belum abis cerita pasal percutian kami disana tau. Jadi nantikan entry tempat menarik di Kuala Terengganu pulak nanti ya! Tempat-tempat tu semuanya berdekatan dengan hotel ni, memang power rangersss best..ahak..ahak..ahak.


p/s: siaplah entry hotel murah di Kuala Terengganu..daaaa..hiii


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads