Khamis, 30 Januari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Tiga beradik parah, motosikal dirempuh <b>di Kemaman</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 06:07 PM PST

Anggota bomba mengusung mangsa ke ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Hasrat tiga beradik untuk berbelanja di pasar raya berakhir dengan tragedi apabila mereka cedera parah termasuk salah seorang daripadanya putus tangan dan hancur paha serta kaki selepas terbabit dalam nahas, malam kelmarin.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 8 malam di Kilometer 132 jalan pintasan Kuala Terengganu – Kuantan di hadapan Pasar Raya Besar Giant Kijal.

Ketika kejadian, mangsa, Mohd Isma Nizam Razali, 15, bersama adik-adiknya, Mohd Firdaus, 14, dan Mohd Izzat, 4, dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Meraga Beris menuju ke pasar raya dengan menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Bagaimanapun, semasa tiba di lokasi kejadian dipercayai sebuah kereta Honda Civic dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun, cubaan itu gagal sebelum bertembung dengan motosikal yang dinaiki tiga beradik itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, akibat perlanggaran itu, ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan menyebabkan Mohd Isma putus tangan kanan dan lebih perit, kaki dan paha kanan mangsa turut hancur.

Katanya, Mohd Firdaus pula mengalami patah tangan kanan dan kaki kanan sementara Mohd Izzat mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

"Pemandu kereta yang berusia 31 tahun dan juga beralamat di Kampung Meraga Beris, turut mengalami kecederaan kerana matanya dimasuki serpihan kaca kesan cermin kereta hadapan yang pecah.

"Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman, namun Mohd Isma dan Mohd Izzat dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, ketika dimasukkan ke hospital, keadaan Mohd Isma kritikal dan doktor turut mengesahkan kemungkinan kaki kanan mangsa terpaksa dipotong.

Kata Che Suza, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads