Isnin, 20 Januari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Kedahkini: BANJIR <b>DI KEMAMAN</b> BAGAI TSUNAMI

Posted: 29 Dec 2013 04:26 PM PST

Kemaman dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun
Keadaan banjir di Kemaman beberapa minggu lalu.Kemaman menjadi lumpuh apabila dilanda bencana banjir baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga kini.

Bekalan elektrik dan air bersih terputus, pencawang dan loji terjejas sementara perhubungan telefon turut terganggu. Balai polis, balai bomba dan penyelamat, sekolah serta pusat kesihatan dinaiki air sehingga mencecah 1.5 meter.

Pergerakan pengangkutan banyak yang terhalang sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk memasuki kawasan yang terputus hubungan bagi memindah atau menghantar bekalan keperluan terutama makanan kepada mangsa.

Bencana bah di Kemaman kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 50 tahun dan ada yang menganggapnya ibarat dilanda tsunami kecil.

Kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut tenggelam seperti Felda Neram Satu, Cheneh, Binjai dan Geliga.

Apabila banjir mula melanda pada 2 Disember, ia hanya membabitkan 133 mangsa, namun jumlah itu meningkat secara mendadak dan melepasi angka 1,000 orang pada keesokan harinya dan melebihi 8,000 orang pada hari ketiga.

Kemuncaknya ialah pada 7 Disember, apabila lebih 19,000 mangsa terpaksa berpindah.

Seorang mangsa Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih masih dapat mengingati bagaimana beberapa buah rumah malah kedai makan miliknya sendiri dihanyutkan air.

Beliau sekeluarga terpaksa meredah air banjir di tengah malam akibat air naik secara mendadak.

"Air yang mengalir deras melanda kampung saya tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara ini satu masa dahulu," katanya.

Keadaan banjir luar biasa turut melahirkan semangat pengorbanan luar biasa dalam kalangan pasukan keselamatan dan penjawat awam.

Pada satu ketika, enam petugas termasuk seorang doktor dan jururawat serta kakitangan pejabat daerah terpaksa menyabung nyawa apabila bot yang mereka naiki terbalik dalam perjalanan ke sebuah kampung.

Mereka berpaut pada bot berkenaan sehingga mereka diselamatkan sebuah lagi bot pasukan keselamatan.

Anggota polis dan bomba serta kakitangan kesihatan masih sanggup bertugas walaupun keluarga dan rumah mereka sendiri terjejas akibat banjir. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads