Selasa, 14 Januari 2014

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


KONTENA BAWA SUMBANGAN BANJIR TIBA <b>DI KEMAMAN</b>

Posted: 09 Jan 2014 01:06 AM PST

KEMAMAN, 9 Jan (Bernama) -- Sebanyak 43 kontena membawa barangan untuk mangsa banjir di daerah ini dijadual tiba dalam tempoh empat hari sehingga Sabtu ini, sebelum program dirasmikan pada Ahad. Setakat 8 pagi tadi, 22 kontena membawa barangan keperluan rumah iaitu tilam, bantal dan set dapur tiba, kata Penyelaras dan Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fikri Ibrahim kepada Bernama di sini. Katanya kesemua barangan itu disimpan di Dewan Datuk Seri Amar di sini sebelum pelancaran program yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad. Esok, sebanyak 15 kontena membawa barangan elektrik iaitu televisyen dan peti sejuk dijadual tiba, katanya. Menurut Ahmad Fikri, kesemua barangan terbabit akan diagih secara berperingkat kepada kira-kira 14,000 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini. Agihan barangan ini dijangka siap pada Mac, katanya. Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilapor berkata kementerian itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia akan mengagihkan kira-kira 30,000 unit televisyen kepada keluarga yang terbabit dalam banjir awal bulan lepas. Kemaman antara daerah yang teruk dilanda bencana itu yang turut menyaksikan puluhan ribu keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan. -- BERNAMA AEO AEO NM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads