Khamis, 2 Januari 2014

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Hulu Terengganu</b> terima bantuan <b>...</b> - teganuki ta

Posted: 31 Dec 2013 09:42 PM PST

Oleh: Mastura Jamaldin

Seramai 875 pelajar mangsa banjir di Hulu Terengganu menerima bantuan barangan persekolahan sempena sesi baru persekolahan yang bermula hari ini.

Bantuan kepada pelajar dari Kuala Berang, Telemong dan Ajil itu bagi meringankan bebanan keluarga mangsa berikutan banyak mengalami kerosakan harta benda akibat musibah banjir itu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu  Dato' Jailani Johari, berkata sumbangan daripadada agensi seperti KUB, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), JASA serta Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu amat dihargai.

"Banjir sebenarnya mempunyai hikmat tersendiri keranamelaluinya,mangsa mendapat perhatian dan pelbagai intensif khas disediakan oleh pihak berwajib termasuk dari kerajaan Pusat dan negeri seperti bantuan kewangan.

"Saya juga berharap bantuan yang diterima pada hari ini dapat member motivasi kepada pelajar supaya lebih cekal selepas dilanda musibah," katanya di Hulu Terengganu, semalam.

Selain bantuan persekolahan, Dato'Jailani merangkap Ketua Umno Bahagian turut memberi penghargaan kepada warga sukarelawan banjir yang membantu ketika menghadapi gelombang banjir pertama dan kedua, baru-baru ini.

 Beliau juga berharap sikap prihatin terus dipupuk dalam kehidupan masyarakat Hulu Terengganu, terutama ketika menghadapi bencana alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads