Selasa, 7 Januari 2014

13 di besut - Google Blog Search

di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Wanita bisu parah dipukul penyamun <b>di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 16 Dec 2013 05:10 PM PST

Keadaan Mariam selepas dipukul suspek dalam kejadian di Felda Tenang pagi semalam.

Seorang wanita bisu parah dipercayai dipukul penjenayah dalam cubaan samun di Felda Tenang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mariam Yahya, 50an, yang cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan dikatakan menggagahkan diri pergi ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Peneroka, Mohamad Hassan, 43, berkata, banyak pihak mendakwa mangsa turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.
Menurutnya, mangsa yang merupakan anak kepada peneroka, tinggal seorang diri di rumah berkenaan selepas kematian ibu bapanya.

"Dia masih bujang dan sebelum ini sering tidur lewat malam kerana menjaga ternakan ayamnya yang dikatakan sering dicuri dan dikhianati pihak tidak bertanggungjawab.

"Ketika saya dan peneroka buat rondaan di tanah rancangan ini sebelum ini, kami sering menasihati mangsa agar masuk ke dalam rumah memandangkan sekitar jam 3 pagi pun, dia masih berada di luar rumah menjaga ayamnya," katanya.

Mohamad berkata, dia terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa.

"Banyak pihak tidak menolak kemungkinan suspek cuba menyamun mangsa, namun mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak sedemikian," katanya.

Katanya, sejak kebelakangan ini peneroka di sini sering meronda pada waktu malam setelah banyak kes pecah rumah berlaku.

Sebelum kejadian ini, sepasang warga emas di sini turut disamun oleh lelaki bersenjata tajam di rumahnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, motif sebenar kejadian belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap, namun polis berusaha mengesan suspek.

"Mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan kerana kecederaan di bahagian muka dan anggota badan yang dialaminya," katanya.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Peniaga cedera ditembak perompak <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakah Daily

Posted: 29 Dec 2013 02:19 AM PST

BESUT: Seorang peniaga nyaris maut akibat ditembak dua lelaki yang merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut semalam.
    
Mangsa hanya luka di perut dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.
    
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.55 petang apabila suspek yang menaiki motosikal menyerbu premis tersebut.
    
Mereka mengacukan pistol ke arah tiga pembantu kedai dan mengarahkan ketiga-tiga wanita berkenaan memasukkan telefon yang dipamer di premis itu ke dalam beg plastik yang dibawa para perompak, katanya.
    
Beliau berkata kejadian itu disedari seorang peniaga kedai makan yang terletak besebelahan kedai telefon itu yang cuba membantu, tetapi telah diacukan pistol oleh para perompak.
    
Kamaruddin berkata para perompak itu melepaskan tembakan ke arah peniaga berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal mereka yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.
    
Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis yang dirompak itu, katanya.

VIDEO: Rompakan Bersenjata <b>Di Besut</b> - MyNewsHub

Posted: 05 Jan 2014 08:34 PM PST


28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak  di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai 'handphone' berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka dari kedai terbabit.

Pertanyaan Nor Hasmadi tentang apa sedang berlaku kemudiannya dibalas dengan tembakan daripada salah seorang lelaki berkenaan yang baru sudah merompak.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, kedua-dua suspek sedang diburu.

Mereka terdiri daripada lelaki mengacukan pistol yang berbadan kecil, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 165 sentimeter selain memakai cermin mata hitam; serta seorang lagi suspek yang berperanan memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik beg. Dia memakai baju T hitam dan berseluar jeans warna biru, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 178 sentimeter.

Berikut adalah rakaman kejadian rompakan pada hari berkenaan. – REM RAMZI

 

VIDEO: Rompakan Bersenjata Di Besuthttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-162014-122410-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-162014-122410-PM-150x150.jpgAuthor MNH myVideoTerkini,,

28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak  di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu. Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai 'handphone' berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka...

28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak  di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu. Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai 'handphone' berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka dari kedai terbabit. Pertanyaan Nor Hasmadi tentang apa sedang berlaku kemudiannya dibalas dengan tembakan daripada salah seorang lelaki berkenaan yang baru sudah merompak. Menurut Ketua Polis Daerah Besut, kedua-dua suspek sedang diburu. Mereka terdiri daripada lelaki mengacukan pistol yang berbadan kecil, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 165 sentimeter selain memakai cermin mata hitam; serta seorang lagi suspek yang berperanan memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik beg. Dia memakai baju T hitam dan berseluar jeans warna biru, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 178 sentimeter. Berikut adalah rakaman kejadian rompakan pada hari berkenaan.<strong> - REM RAMZI</strong>   <iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/-mPbI6vRhgw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>