Rabu, 4 Disember 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Lelaki bersenjata pistol samun stesen minyak <b>di Rantau Abang</b> ABN <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 07:14 PM PDT

DUNGUN – Sebuah stesen minyak di Rantau Abang disamun dua lelaki bersenjatakan pistol dalam kejadian jam 7.15 malam semalam.

Dalam kejadian itu, dua perompak terbabit melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 dan kad pra bayar bernilai RM600.

Ketika kejadian, dua pekerja berada di kaunter sebelum didatangi dua lelaki bertopeng dan memakai cermin mata hitam sambil mengacukan senjata.

Suspek kemudiannya meminta dua pekerja berkenaan duduk dan menyerahkan wang sebelum bertindak menyelongkar laci sebelum melarikan kesemua wang hasil jualan petang itu.

Dalam masa yang sama, suspek turut bertindak memotong wayar telefon sebelum melarikan diri sengan sebuah kereta jenis Perodua Viva ke arah Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd Noor, suspek melakukan jenayah itu ketika tiada pelanggan dalam premis tersebut manakala seorang lagi suspek bersedia menunggu di dalam kereta.

Polis kini sedang giat memburu penjenayah terbabit dan kes disiasatan mengikut Seksyen 392/395 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads