Sabtu, 14 Disember 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Remaja lemas ketika mandi di tali air <b>di Marang</b> | Terengganu Today

Posted: 12 Dec 2013 02:02 AM PST

Orang ramai memenuhi tebing tali air di Kampung Alor Parit untuk melihat kerja-kerja mencari mangsa.

Hasrat seorang pelajar untuk menghadiri sesi temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang selepas mendapat 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas.

Muhammad Asyraaf Zulkifli, 12, yang beralamat di Jalan Khatib Abas, Kampung Undang lemas ketika mandi manda bersama rakan-rakannya di sebuah tali air di Kampung Alor Parit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya di sini, malam kelmarin.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 9.40 malam selepas kerja-kerja mencari dijalankan sepasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Wakaf Tapai, Marang, pasukan polis serta Jabatan Pertahanan Awam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Penguasa Bomba, Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat remaja terbabit ditemui selepas 20 minit anggota skuba melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang, namun mayat mangsa hanya ditemui apabila sepasukan anggota skuba dari balai ini dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa kira-kira jam 9.20 malam (kelmarin).

"Mereka ambil masa kira-kira 20 minit sebelum menemui mangsa kira-kira jam 9.40 malam di dasar tali air itu, berdekatan tempat mangsa lemas," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Parit di sini, malam kelmarin.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Undang semalam.

JENAZAH Muhammad Asyraaf  Zulkifli dibawa ke HSNZ, semalam.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi bilik mayat di HSNZ apabila bapa mangsa, Zulkifli Mohd Ravi@Mohd Ruddin, 41, dan saudara serta guru Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Undang, Samsuddin Zakaria, 56, berkumpul menuntut jenazah.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian anak ketiga dari enam beradik bersekolah di SK Undang itu sempat meminta wang daripada isterinya, Rohana Mat Amin, sebanyak RM1 sebelum berbasikal keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berdekatan.

"Namun, saya tak sangka selepas itu dia sanggup berbasikal dalam hujan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari rumah kami semata-mata untuk mandi manda bersama rakan-rakannya di kawasan tali air itu.

"Malah, arwah tak pernah ke sana sebelum ini mahu pun mandi di kawasan tali air tersebut dan selalunya hanya bermain di kawasan sekitar rumah sahaja," kata kakitangan Jabatan Perhutanan itu kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian Muhammad Asyraaf juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi perwatakan dan sebagainya.

Guru pendidikan agama, Samsuddin Zakaria, 56, yang juga berada di bilik mayat HSNZ berkata, Muhammad Asyraaf merupakan seorang pelajar pintar dan berdisiplin, malah ringan tulang kerana sering membantu guru-guru di sekolahnya.

"Apa paling menyedihkan saya adalah arwah sepatutnya menghadiri temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang, Kuala Terengganu pada hari Khamis (hari ini) namun, hasratnya itu tidak kesampaian.

"Muhammad Asyraaf mendapat 3A 2B dalam UPSR pada tahun ini dan keputusan peperiksaan itu telah melayakkannya untuk menghadiri temu duga itu," katanya yang memberitahu anaknya juga berkawan baik dengan arwah.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads