Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.. MeggiKetam Memang Popular Di Kuala Besut. Hari ini sudah 8 bulan syira tinggal di Jerteh. Setiap kali berjalan-jalan ke Kuala Besut, syira nampak memang banyak kedai yang menaikkan menu Meggi Ketam. Syira hanya tersenyum. Ada juga orang jual Meggi. Ish Ish... Meggi kan murah je, masak kat rumah sudahlah... haha.. tapi hari ini syira sudah terkena. Termakan juga Meggi Ketam setelah lihat banyak blog yang update mengenai keenakkan
Alemy Meggi Ketam Semerak.
Perjalanan Cari Kedai Alemy Meggi Ketam Semerak
Urusniaga : Mulai jam 5.00petang hingga 2.00 pagi.
Tempahan hubungi : 012-0524657 dan 019-9584657
Datang awal untuk berbuka puasa, tempah dulu sebab bila baca katanya memang lama kena tunggu. Pelanggan pun ramai. Tapi ketika syira sampai, hanya ada 4 orang pelanggan sahaja. Tapi syira tetap tempah dulu dan datang semasa hampir maghrib.
Laici ais pilihan suami. Tidak berapa manis. Memang kena dengan tekaklah. Seperti biasa, fresh orange pilihan syira. Sedap. Air pun kaw dah...haha
Meggi Ketam syira. Fuh, memang puas hati. Tengok ketam pun sudah naik juling. Agak-agak berapalah harga sekuali ni. Makan dulu, harga kita fikir kemudian. haha.. Dalam hati risau juga kot-kot satu kuali ni mahunya Rm20.00, memang masaklah.. hahaha
Kasi close up sikit. Siapa yang terliur boleh masak sendiri kat rumah. Lagi jimat. Jimat sangat-sangat. Hehe.. Sesekali merasa masakan orang pun boleh juga. huhu
Tamak.... order satu kuali seorang.... jangan risau. Suami syira kuat makan , kalau syira tak habis, biasanya suami yang akan habiskannya...sayang sekali membazir. hehe
Untuk harga satu kuali meggie ketam ini ia dikira berdasarkan berat ketam yang ditimbang. Setiap hidangan ada dua ekor ketam. Ketam memang fresh, puas hati ngatoh ketam sahaja. Meggie tu kalau tak makan pun tak pe. hehe
Jangan terkejut, meggie ketam ini bukan sekadar ada meggie dan ketam, tapi turut ada telur ayam dan 2 ekor udang besar yang segar. Memang okeylah... Cuma pada syira, cara meggie di masak tidak kena dengan selera syira. Cerewet sangat. Sebenarnya syira memang tak berapa suka makan apa yang orang masak, suka makan yang diri sendiri masak je, tapi bila suami selalu amalkan sebulan sekali makan diluar, syira pun dapatlah biasakan diri sikit-sikit. huhu.
Habis licin. Sakit gigi akibat penat gongong ketam. Masa berjalan dengan pantas. Makan dengan cepat-cepat untuk solat Maghrib lak. Bila makan rushing kenikmatan tu lain sikit. Bila siap makan, tibalah masa untuk membayarnya, semuanya hanya Rm 37.00 termasuk air. Kiranya murah lah....
Tidaklah ramai pelanggan yang datang seperti yang dipaparkan di dalam blog-blog orang lain. Mungkin gaji belum masuk kot. hehe.. Ada 2 orang pelangcong mat salleh turut menikmati meggie ketam ni. Nampak macam mereka sedikit kekok. Tapi syira hanya hadiahkan senyuman kepada mereka.
Sekian sahaja kisah syira ketika kami menikmati
MeggiKetam Memang Popular Di Kuala Besut . Tapi syira cakap sudah pada suami, sekali ni je dah, lepas ni tak nak datang dah sebab tak kena dengan selera syira. hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan