13 di kuala berang - Google Blog Search |
!!..911Bell119..!!: OPKIM <b>di</b> perkampungan orang asli <b>Kuala Berang</b> Posted: 06 Nov 2013 04:51 AM PST Alhamdulillah, program dibawah exco Kebajikan dan Keselamatan Kelab Syariah, UKM telah selamat dijalankan di Kg. Sg Berua, Kuala Berang Terengganu bermula 1 November sehingga 4 November 2013. Perlu positifkan diri dalam menghadapi segala perkara yang berlaku diluar perancangan program. Namun., dengan hasil kerjasama daripada team pimpinan dan peserta, program dapat berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan. :) Ini merupakan pengalaman yang terindah dan tidak dapat dilupakan dalam hidup. Mengenali cara kehidupan dan budaya orang asli di kawasan pendalaman. Sungguh jauh berbeza dengan kehidupan aku. Membuatkan diri ini rasa bersyukur dengan nikmat yang diberiNya. :) Biar gambar sahaja yang bercerita Ketika sesi pendaftaran peserta Aku rasa breakfast aku, aku makan nasi dagang. Sebab nasi kandar biasanya terkenal di Penang kan..So, ambik jalan selamat, nasi dagang. haha. Taklimat ringkas daripada penyelaras bahagian dakwah JAKIM. Bersama dengan sebahagian adik-adik asli. eh.. Kunjungan Mesra ke rumah-rumah penduduk kg. sg. Berua. Geng ketuk-ketuk Kg. Sg. Berua. Gigih team nie masak untuk makan-makan sambil tengok tayangan movie. Tayangan movie bersama penduduk kampung orang asli di kg.sg berua Senamrobik di waktu pagi Santai pagi. Lawat Kawasan. Subhanallah. Nice view ^^ Praktikal cara mengambil wudhuk Temu ramah bersama salah seorang penduduk kg sg berua. Cabaran itu memang banyak tatkala berkomunikasi dengan orang-orang asli disitu. Pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk menarik perhatian penduduk disana untuk turut serta dalam program yang dijalankan. Sesungguhnya, banyak yang aku pelajari tentang kehidupan masyarakat Asli di sana. Mereka tiada pantang larang yang diamalkan. Cuma mereka mempunyai tabiat dan gaya hidup tersendiri. Semoga anak-anak kecil yang kami curahkan sedikit ilmu itu mampu menjadi agen perubahan dalam masyarakat orang asli disana suatu hari nanti. InsyaAllah. |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan