Rabu, 11 Disember 2013

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


MB Terengganu &#39;Serang&#39; Giant <b>Kijal</b> Pulak Dah!!! | Terengganu Today

Posted: 07 Dec 2013 08:01 AM PST


Kalau selama ini cerita tentang MB Terengganu kurang diperkatakan, bahkan Menteri Besar yang tidak banyak cakap, kurang tersenyum, malah seringkali dilabelkan sebagai BODOH hanya kerana latar belakangnya sebagai BUDAK KAMPUNG DARI KELUARGA SUSAH, banjir besar di Terengganu kali ini menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.

Dan secara kebetulan penulis pula sedang berada di Terengganu untuk menghabiskan cuti apabila hujan lebat menghidangkan dan menghadirkan cerita yang benar-benar berlainan daripada tujuan asal penulis ke negeri tersebut.

Kecuali Mat Said dan beberapa orang pemimpin UMNO seperti Ahmad Shabery Cheek, yang lain penulis tidak kenal tetapi melihat kesungguhan mereka, penulis tahu, mereka adalah pemimpin UMNO setempat atau negeri.



Semalam, sewaktu bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melakukan ziarah dan tinjauan di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut, beberapa orang ibu mengadu kepada Menteri Besar tentang bekalan susu bayi dan anak mereka yang sudah kehabisan. Menteri Besar bersama-sama Ketua Pemuda UMNO Terengganu yang baru, MOHD JOHARI ABU BAKAR (bertopi putih dalam gambar di atas), mencatatkan aduan tersebut.

Sebaik-baik sahaja Timbalan Perdana Menteri balik ke Kuala Lumpur semula, Menteri Besar Terengganu itu bergegas ke GIANT Kijal dan membeli sendiri bekalan susu bayi serta bekalan makanan untuk dihantar ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Banggol, Paya Berenjut.



Sebuah trak tentera digunakan untuk mengangkut bekalan susu dan makanan yang dibeli sendiri oleh Menteri Besar Terengganu itu. Trak tersebut dimuatkan di hadapan Pejabat Pegawai Daerah. Dan disebabkan ruang tidak cukup, Ahmad Said menggunakan KERETA RASMI MENTERI BESAR untuk mengangkut bekalan susu dan makanan.

Tiba di pusat pemindahan, Menteri Besar Terengganu itu menggunakan kederatnya sendiri, bersama-sama sukarelawan dan mangsa-mangsa banjir menurun dan mengangkut bekalan makanan berkenaan.


Sudah empat hari nampaknya, Menteri Besar Terengganu berpusing-pusing di sekitar tempat-tempat yang dilanda banjir sama ada menggunakan kenderaan rasminya atau kenderaan persendirian mahupun menaiki helikopter.

Penulis yang selama ini berpandangan skeptik terhadap Menteri Besar Terengganu, mulai berubah tanggapan apabila melihat sendiri sikap yang ditunjukkan oleh Menteri Besar itu. Dia langsung tidak sama seperti yang dikhabarkan kepada penulis sekaligus membuatkan penulis berazam untuk 'menyiasat' sendiri apa yang telah dilakukannya di Terengganu demi rakyat Terengganu di sebalik fenomena RUNTUH!

SUMBER

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads