Sabtu, 7 Disember 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


terkini ! bah besar <b>di kemaman</b>, gambar penduduk <b>...</b> - Kedahkini

Posted: 04 Dec 2013 12:56 AM PST


Kemaman tenggelam, Adun cadang kerajaan isytihar darurat.

Kerajaan dicadang mengisytiharkan darurat di Kemaman, Terengganu kerana puluhan ribu terperangkap dalam banjir yang paling besar dalam sejarah bandar itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, berkata kerajaan perlu mengabil tindakan segera bagi menyelamatkan mereka yang terperangkap.




PENDUDUK TERPAKSA MENDAPATKAN PERLINDUNGAN DI TANGGA TANGKI AIR KERANA KEADAAN BANJIR DI KEMAMAN SEMAKIN TERUK...mereka terpaksa naik ke tangki untuk mengelakkan kaki lama berendam .. dan air semakin meningkat ini boleh membahayakan nyawa dan harta benda.

Gambar-gambar di rakam mengenai suasana banjir di Kemaman Terengganu... Dimaklumkan Keadaan disana semakin buruk.

Semoga pihak berwajib segera menghulurkan bantuan.



Dari Dewan Rakyat:  Suasana gamat di dalam dewan apabila Bung Mokhtar menyuruh Fuziah balik Kuantan ketika cuba membentangkan usul menyelamat mangsa banjir.

Bekalan dihentikan,pencawang elektrik ditenggelami
KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.

Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini.  Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.

Di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.

Kenyataan itu menyebut tiga daerah yang terjejas akibat banjir ialah Segamat, Labis dan Mersing.

TNB turut membuka bilik gerakan dan komunikasi di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk memantau keadaan banjir dan menyalurkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan elektrik kepada pengguna.

Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) dan TNB menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan elektrik terutamanya pada musim hujan ini.

Pengguna boleh menghubungi talian khidmat TNB (TNB Careline) di talian 15454 atau melalui talian bilik gerakan TNB 09-515 5663/5678 (Pahang), 09-6241009/09-6267348 (Terengganu) dan 07-2192130 (Johor) untuk maklumat lanjut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads