13 di jerteh - Google Blog Search |
Makan Petang <b>Di</b> Mee Rebus Kawah <b>Di</b> Bawah Jambatan <b>Jerteh</b> <b>...</b> Posted: 26 Nov 2013 08:15 PM PST Dulu hairan juga kenapa kedai ini selalu penuh dengan orang, rupa-rupanya ada kedai yang jual Mee Rebus Kawah. Oleh kerana syira dan suami kurang menggemari Mee Besar atau Mee Kuning, jadi kami memilih untuk mencuba pada sebelah petang , bolehlah di jadikan minum petang. Kalau dari Bandar Jerteh, tak perlu masuk Jambatan, lalu sahaja bawah jambatan Jerteh tu, nanti akan nampak kedai di sebelah Kanan. Inilah Kedai Mee Rebus Kawah yang simple dan kecil. Walaupun agak uzur namun pelanggannya boleh tahan ramai. Suasana di dalam Kedai Mee Rebus Kawah. Meja lama dan kerusi lama masih digunakan. Masa nak duduk tu takut juga kerusi patah, hehe. Ingat yea, jika anda seorang yang tidak boleh makan kalau tiada air cond atau kipas, maka Kedai Mee Rebus Kawah Jerteh ini tidak sesuai untuk anda datang. Suasananya tidak lah panas, cuma setelah pekena mee rebus tu, kena pula makan lada pedas, masa tulah baru rasa kipas diperlukan. hehe Inilah sikap orang melayu kita. Bila sudah hisap rokok dengan selamba badak hitamnya puntung-puntungnya dibuang begitu sahaja. Sungguh kecewa bila orang islam yang terkenal dengan Kebersihan itu Separuh daripada Iman tidak dapat dipraktikkan dalam kehidupan. Boleh dikatakan ramai juga orang tua bangka yang tanpa rasa bersalah hisap rokok di dalam kedai dan lempar puntung rokok macam tu je. Kalau nak harap tuan kedai sapu sampah memang tak sempat sebabnya tokey kedai dan semua pekerja bizi menyiapkan tempahan. Paling kelakar ada ayam yang datang ziarah. Biasalah tempat terbuka macam ni, tanpa ada dinding ayam sukalah, nasib baik ayam ni tak berak, kalau tidak sure kembang juga tekak ni. huh Memilih untuk meminum air milo ais. Satu gelas kecil RM2.00 , so total semuanya ialah RM4.00 sebab kami ambil dua gelas. hehe. Oleh kerana sekarang mereka perlukan pekerja pembancuh air, maka air kami sampai agak lewat juga. Tidak sempat nak kejar tangan kot. Inilah Mee Rebus Kawah yang dikatakan sedap dan popular itu. Eh, pada syira dan suami Mee Rebus Kawah ini biasa-biasa sahaja sebabnya Mee ada sikit je, yang banyak ialah sayur, daging hiris ada 4 keping semuanya, tidak ada ayam dan tidak ada telur, boleh dikatakan kami kenyang makan sayur sahaja. Namun, jika anda seorang :
Mee Rebus Kawah ini pastinya tidak sesuai untuk anda makan. Ini adalah berdasarkan kepada selera tekak syira yea. Senarai harga yang ditampal siap-siap. 1 pinggan RM4.50, ingatkan semakin banyak beli dapat harga murah, rupanya tidak pun, so apa motif tulis harga macam ni. haha Inilah cara penyediaan Mee Rebus Kawah. Pekerja sedang sibuk masak sayur supaya layu. Kacau dan terus kacau. So setiap hidangan akan di masak banyak-banyak. Agak lama jugalah kena tunggu kalau ketika sampai Mee Rebus baru hendak di masak. Masa syira ambil gambar ni, tuan kedai ni cakap, mek jangan ambil gambar, malu pokcik kedai buruk, baru ni geng sultan Pahang mari pun pakat ambil gambar, malu sungguh wase. Tapi syira cakap, saya promosi dalam blog saya, bagi ramai lagi orang datang, tak payahlah mek, lening pun dop dan nok layan doh. Nampaknya kaya sungguh pok cik ni. hehe Mee Rebus Bawah Jambatan Jerteh Waktu Operasi : Tengahari Hingga Ke 10 Malam [ Kadang-kadang tak tentu juga, sebab ada kalanya bila lalu ada kalanya buka waktu malam dan adakalanya tutup] |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan