Jumaat, 13 Disember 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Banjir <b>Di Dungun</b> Makin Surut, 25 Pusat Pemindahan Ditutup <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 05:02 AM PST

DUNGUN – Penduduk daerah ini menarik nafas lega apabila banjir semakin surut pada sebelah petang sementara cuaca secara keseluruhan di Terengganu semakin cerah.

Sebanyak 25 daripada 34 pusat pemindahan sudah ditutup dan seramai 1,858 mangsa sudah dibenarkan pulang.

Pegawai Daerah Dungun merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Akil Mat berkata kini hanya tinggal sembilan pusat pemindahan dengan 2,984 mangsa.

Pusat pemindahan itu ialah Balai Raya Kampung Nyor, Dewan Majlis Sukan Negeri di Gong Pasir, Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Besar, SK Tok Kah, SK Tanjung Pati, SK Durian Mentangau, Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjung Pagar serta SK Serdang.

"Kita jangkakan pusat pemindahan ini akan ditutup dalam tempoh dua tiga hari lagi," katanya.

Mohd Nor Azizi Kamarudin, 38, dari Kampung Kuala Jengai berkata beliau bersyukur kerana banjir yang melanda kampungnya sudah mulai surut.

"Alhamdulillah, kini saya dan orang kampung mampu menarik nafas lega selepas banjir mulai surut dan kami boleh pulang ke rumah masing-masing setelah empat hari kami terputus hubungan dengan masyarakat luar.

"Boleh dikatakan semua orang kampung saya berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Jengai kerana boleh dikatakan hampir 90 peratus kawasan kampung kami ditenggelami air," katanya.

Namun katanya walaupun banjir sudah mula reda, beliau dan penduduk kampung yang lain sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku gelombang banjir kedua seperti selalunya.

Rohana Said, 49, dari Kampung Che Lijah pula berkata meskipun banjir sudah mulai surut, tetapi beliau masih belum dibenarkan pulang kerana banjir belum benar-benar reda.

"Banjir dah surut, tetapi masih lagi ada air. Jadi kak (kakak) tak dapat balik lagi. Esok mungkin kak dibenarkan balik kalau air betul-betul surut.

"Kak memang tak sabar nak tengok rumah yang dah empat hari ditinggalkan," katanya yang ditempatkan di SK Tanjung Pati.

Tinjauan mendapati penduduk yang sudah dibenarkan pulang mengambil kesempatan mencuci rumah serta barangan yang dinaiki air.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads