Selasa, 17 Disember 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


DAP sedia bantu PAS <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakah Daily

Posted: 02 Jul 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban turut menjelaskan walaupun PAS mempunyai kekuatan sendiri di Terengganu, namun apa-apa pertolongan yang diperlukan dari DAP akan dipenuhi.

"Saya yakin PAS mempunyai kekuatan mereka sendiri terutamanya di Terengganu, tetapi sebagai rakan DAP akan membantu mengikut apa yang mereka perlukan," sambung beliau.

Menurut beliau memandangkan komposisi Melayu di kawasan Kuala Besut adalah lebih 98 peratus Melayu, DAP mungkin diperlukan untuk peranan sokongan.

"Kalau di pantai timur kempen itu akan dikendalikan oleh PAS, cuma kita akan memainkan peranan sokongan.

"Kita lihat bentuk sokongan yang diperlukan oleh PAS, DAP sedia membantu dan apa yang pasti pimpinan utama DAP akan turun berkempen pada PRK nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang menegaskan PRK ini merupakan pilihanraya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat, kemenangan PAS akan mengubah keseluruhan senario politik di Terengganu.

Suami isteri jual air ketum diberkas <b>di Besut</b> - The Borneo Post Online

Posted: 03 Dec 2013 02:50 PM PST

BESUT: Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai bersubahat dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat Jerteh, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses dan membungkus air ketum.

Menurutnya pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.

"Siasatan ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni lagi daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum diproses", katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kamaruddin berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum di belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas berjumlah 100 bungkus.

Beliau berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan harga RM2.50 sebungkus.

Katanya, suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika serbuan dijalankan.

Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads