Jumaat, 8 November 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 04 Nov 2013 08:57 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong 2013 di Muzium Negeri Terengganu,kerja kosong 2013 di Muzium Negeri Terengganu,career at Muzium Negeri Terengganu.

Lima gelombang banjir <b>di</b> jangka melanda <b>negeri</b> | <b>Terengganu</b> Today

Posted: 06 Nov 2013 09:33 AM PST

BANJIRKUALA TERENGGANU – Sebanyak lima gelombang banjir dijangka melanda negeri ini berikutan ramalan hujan lebat dan air pasang besar yang berlaku pada musim tengkujuh kali ini.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Mohd. Sarif Hassan memberitahu, mengikut ramalan, gelombang pertama dijangka berlaku pada 4 hingga 10 November manakala 17 hingga 24 November ini bagi gelombang kedua.

"Gelombang ketiga pula dijangka berlaku pada 2 hingga 9 Disember ini dan gelombang keempat dijangkakan berlaku pada 15 hingga 21 Disember ini," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, gelombang kelima pula dijangka berlaku tahun hadapan namun tarikhnya belum dapat dipastikan lagi.

"Ketika ini kita dalam tempoh jangkaan gelombang pertama namun setakat ini masih tidak berlaku banjir lagi.

"Tetapi semalam (kelmarin) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air sungai di Stesen Sekolah Menengah Sultan Badrul Alam Shah, Kemaman sudah melebihi paras bahaya dan di stesen JPS Kuala Terengganu sudah berada di paras amaran," katanya.

Jelasnya, MKN sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir yang lebih besar kali berbanding hanya tiga gelombang pada musim tengkujuh yang lalu.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 198 kawasan di negeri yang sering dilanda banjir dijangka menghadapi bencana sama kali ini iaitu 30 kawasan di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Katanya, ketika banjir berlaku, pihaknya akan membuka bilik gerakan 24 jam dan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline MKN di talian 09-6316021 atau 09-6222231.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari http://etindakan.terengganu.gov.my ataupun http://portalbanjir.mkn.gov.my untuk maklumat terkini tentang keadaan banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads