Isnin, 11 November 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


KedahLanie.info: Bayi mangsa kes kereta dilarikan <b>di Dungun</b> kini <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2013 05:21 PM PST

Bayi lelaki iaitu mangsa seorang remaja yang melarikan sebuah kereta di Dungun semalam kini dilaporkan stabil selepas koma dua hari.
Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan itu koma selepas tercampak keluar daripada kereta Nissan Grand Livina yang dilarikan remaja itu terlibat dalam kemalangan.
Menurut bapanya Abdul Pirhat Karim, 34, anak sulungnya itu telah sedar dan menunjukkan tanda positif serta boleh bernafas tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan petang tadi.
Katanya anaknya juga sudah boleh dipindahkan ke wad rawatan kanak-kanak selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
"Alhamdulillah anak sudah beransur pulih dia juga sudah mula menunjukkan tanda positif dan memberi tindak balas, boleh menangis dan mengeluarkan suara," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun Abdul Pirhat berkata anaknya masih dipantau ekoran gegaran di di bahagian kepala akibat kemalangan itu manakala isterinya yang mengalami patah tulang rusuk juga semakin pulih dan masih dirawat di hospital sama.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata siasatan awal mendapati suspek bersama bapa saudaranya dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas mendapatkan rawatan tradisional di Perak.
Namun ketika berhenti di kawasan rehat itu suspek dipercayai bertindak agresif dengan membawa lari kereta mangsa.
"Motif sebenar kejadian belum diketahui namun keluarga suspek menjelaskan suspek memang jenis liar. Keluarganya juga menjelaskan suspek sudah berhenti sekolah sejak di tingkatan dua dan memang jenis tidak terurus," katanya.
Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif ujian dadah dan dia kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 November ini untuk siasatan lanjut.
Isnin lepas dua keluarga melalui detik cemas apabila remaja itu melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun.
Kejadian kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka koma. - Bernama, 6 November, 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads