Rabu, 9 Oktober 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Supermom <b>Pulau Kapas</b> Terengganu | FAIZ SAAID

Posted: 01 Oct 2013 04:13 PM PDT

Tajuk dia macam pelik sikit, adakah Supermom pergi pulau untuk cari kapas ? Hoo, tak tak, ini adalah rujukan kepada team Supermom yang terdiri dari adik beradik Shaklee kami, nak buat rombongan dan jalan-jalan Kuala Terengganu. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Macam-macam suka dan duka kami di sana. Hehehe best woo, sebab merasai feel naik bot pergi Pulau Kapas

Jeti Marang , Terengganu

Oklah dari Kuala Terengganu, kena drive dalam 20 minit ke Jeti ke Pulau Kapas. Hoo, kiranya kat situ banyaklah bot yang boleh bawak korang pergi pulau tuh. Kami naik bot, sorang 40 ringgit pergi balik. Rasanya boleh dapat murah lagi, kalau pandai cakap. Oklah pengalaman naik bot tuh, memang best dan kekadang tu rasa takut juga. Arreessa takut sangat, sampai mama Ainul kena peluk. Bebudak lain senyap je, rasa takut, tapi apapun enjoy je naik bot !!!

Mandi Manda

Apa lagi dah sampai, kami pun mandilah. Hoo air dia, memang cantik lah, best woo, siap nampak ikan lagi , nasib baik tak kena gigit. Tapi habis kulit kena terbakor, takpa nasib baik bulan ni promo kolagen, kalau mahal sangat tak mampu, boleh kome ambil vitamin E. Bagus le ambil collagen shaklee, buat masker, kasi kulit terbakor tuh elok. 

Kena Tanam

Hahaha, paling tak ingat , bila aku offer diri aku kena tanam, sampai kena tanam dengan pasir, hahahah, memang gilelah. Tapi terasa insaf, bila teringat kat jasad yang ditimbus tanah. Hooo, takpalah, hahhaa, memang feel. Tapi betulke mama Ainul cakap, ada orang merawat badan yang lumpuh dengan mengamalkan pasir dan lumpur ? hoo tu menarik tuh untuk dibuat kajian !!!

Jamming dengan orang tempatan

hoo antara aktiviti yang paling best ialah, dah lama tak jamming dengan orang tempatan, macam aku buat dulu kat kuta beach bali. Hoo, feel lah, sebab dah lama tak jamming macam tuh. Sepatutnya dah lama beli gitar kecik haritu, takpalah, nanti next bonus, kena beli gitar kecik satuh , Yehaaa !!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads